"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label UUM Event. Show all posts
Showing posts with label UUM Event. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Transformasi Diri bersama Maktab Mahmud Yan Kedah

Baru-baru ini saya sempat berkongsi pandangan bersama Maktab Mahmud Yan yang berkursus selama 3 Hari 2 Malam di Universiti Utara Malaysia. Sesi saya telah diadakan di Pusat Islam, UUM atas jemputan daripada Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Al Fadhil Ustaz Azman Abd Rahman yang merupakan mentor saya semenjak saya di bangku sekolah lagi. 

Saya sempat berkongsi SATU (1) kisah kejayaan tentang seorang insan yang kini dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia. Insan tersebut suatu ketika dahulu merupakan seorang yang hanya berkelulusan SPM dan lahir dalam keluarga yang tidak berada. Namun kini, beliau telah berjaya dalam hidupnya dan menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa beliau merupakan antara insan yang paling banyak mendirikan masjid di seluruh Kedah dan beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

[Para Pelajar MMCY yang sedang mengikuti perkongsian di Pusat Islam UUM.]


Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.


Share

Thursday, June 6, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Semua Mahasiswa-Mahasiswi IPTA seluruh Malaysia

Share

Sunday, July 24, 2011

Bengkel Menulis Biografi dan Autobiografi Anjuran Penerbit UUM

Kursus seperti ini yang dianjurkan oleh Penerbit UUM bukan merupakan kursus kali pertama saya lalui. Walaupun begitu, kursus penulisan biografi ini merupakan kursus yang pertama saya ikuti sepanjang sejarah hidup saya. Ada beberapa perkara yang menarik minat saya apabila berbicara tentang teknik menulis biografi ini. Dalam kursus tersebut, kami telah didedahkan oleh dua orang kuat UKM iaitu Dr Roosfa Hashim dan En Hasrom Haron.

Setelah mengikuti kursus ini barulah saya sedar rupa-rupanya terdapat sedikit perbezaan antara biografi dan memoir.

Memoir merupakan satu judul buku yang ditulis semasa seseorang tokoh itu masih hidup. Tokoh tersebut masih boleh diwawancara dan kadangkala tokoh tersebut sendiri menulisnya. Jarang sekali orang menulis memoir untuk seorang tokoh yang telah meninggal dunia.

Biografi pula merupakan satu judul yang kebanyakkannya ditulis tatkala tokoh tersebut telah meninggal dunia. Walaupun begitu banyak juga biografi yang ditulis oleh penulis yang tokohnya masih hidup.

Kedua-dua kategori ini menjurus penulisan yang bukan sekadar latarbelakang tokoh tetapi meliputi sisi-sisi kemanusiaan tokoh. Kewujudan buku-buku ini penting bagi merungkai segala sejarah yang berlaku pada diri seseorang tokoh dan sejarah tanah tumpah darah tokot tersebut.

Terdapat beberapa bentuk penulisan Autobiografi dan Memoir. Antaranya ialah:
a. Memoir Kerjaya
Satu judul yang banyak mengkisahkan tentang kerjaya seseorang tokoh dan cabaran yang dihadapi. Contohnya Memoir Seorang Guru dan sebagainya.

b. Memoir Perang
Ada juga buku yang disemadikan sejarahnya berkaitan perang. Dua atau tiga dekad yang lalu sudah banyak lambakan buku tentang Memoir Perang Vietnam dan sebagainya.

c. Memoir Pengakuan
Judul ini sangat menarik kerana penulisannya lebih menjurus kepada pengakuan dan pendedahan yang dilalui oleh tokoh tersebut. Selalunya buku seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh tokoh politik.

d. Autobiografi Kanak-Kanak
Ada juga penulis yang gemar membuat autobiografi yang hanya fokus kepada usia remaja dan kanak-kanak seorang tokoh sahaja. Ini bermakna keseluruhan cerita tersebut hanya berkisar permulaan hidup tokoh tersebut.

e. Autobiografi Lengkap
Buku seperti ini ialah buku yang banyak boleh didapati di mana-mana toko buku berhampiran. Segala sejarah bermula di permulaan hidup hingga ke pengakhiran hidup semuanya dicatat.

Ala Kulli Hal, telah menjadi satu kewajipan kita untuk menitip dan menulis kembali tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara tercinta. Tidak dilupakan, kisah perjuangan para ulama' samada ulama terdahulu ataupun ulama terkemudian di Malaysia perlu dinukilkan. Sejarah biografi kehidupan tokoh sudah lama dinukilkan dalam Islam. Sebagai contoh, Syamail Muhammadiyyah yang merupakan karya Imam At Tirmidzi merupakan karya agong biografi nabi yang 'details' dan menyeluruh. Jom kita menulis!

[Bersama staf akademik yang mengikuti kursus]

Share

Friday, July 22, 2011

Pusat Islam UUM menganjurkan Kempen Imarah Masjid Universiti

Share

Monday, July 11, 2011

Tahniah Kepada Kepimpinan Baru COLGIS

Ehsan : Pejabat Ketua Pendaftar UUM COLGIS

Majlis Penyerahan tugas dan amanat Penolong Naib Canselor UUM COLGIS telah diadakan pada 3 Julai 2011 bertempat di Dewan Angsana, EDC-UUM. Majlis berkenaan dihadiri lebih daripada 80 orang kakitangan UUM COLGIS daripada bahagian pentadbiran dan akademik.

Majlis dimulakan dengan aluan daripada mantan Penolong Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj Yeon dan diikuti dengan ucapan amanat daripada Prof. Madya Dr. Siti Alida John Abdullah selaku Dekan Pusat Pengajian Kerajaan yang menjalankan tugas sebagai Penolong Naib Canselor. Majlis diteruskan dengan penyampaian surat penempatan kepada Penolong Pendaftar di UUM COLGIS.


Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua penjawat yang telah menamatkan perkhidmatan di UUM COLGIS dan kakitangan yang telah berpindah ke jabatan baru. Majlis berakhir dengan jamuan ringan.

Dengan itu, diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua Penjawat Pentadbiran yang baru dilantik khususnya kepada Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS.

Share

Tuesday, June 14, 2011

Kenangan di Program Solat Cemerlang, Akademik Terbilang 2011

 [Barisan fasilitator-saya, Ustaz Izzat dan Ustaz Faisal]

 [Ketika berkongsi pandangan bersama pelajar]
 
Tahniah para pelajar yang menghabiskan waktu bercuti pada minggu lalu dengan menyertai Program Solat Cemerlang, Akademik Terbilang 2011 yang diadakan di Pusat Islam, UUM anjuran UUM CAS (Training and Consultancy). Anda semua Hebat dan Smart!

Terima kasih juga saya ucapkan buat Ustaz Faisal (Pen Pendaftar UUM CAS) atas kepercayaan dan kesungguhannya dalam memberikan saya peluang untuk berkongsi pandangan dalam program ini. Jasa anda, hanya Allah yang layak membalasnya.

Syabas juga saya ucapkan kepada semua waris atas kepercayaan anda semua. Walaupun program hanyalah sehari, kami nampak para pelajar yang hadir mahu berubah untuk menjadi lebih hebat dan sukses. Tahniah kepada semua waris dan ibubapa. Semoga anak yang hadir itu terus menjadi anak yang soleh lagi musleh. I'allah!

[Adik2 yang berani mencabar diri]

[Anak2 kakitangan dan staf UUM bersedia mengikuti program]


[seorang peserta termuda yang usianya hanya tujuh tahun]


[Adik ini paling bersemangat apabila menjawab soalan]


[dalam sesi ice breaking]


[sesi aktiviti berkumpulan bersama Ustaz Izzat]


Share

Saturday, May 28, 2011

Separuh Hari di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Salam Ceria dan Sukses Untuk Semua.

Pertamanya saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Puan Aminah, Ketua Jabatan Undang-Undang KAYM atas kesudian menjemput saya untuk berkongsi sedikit tips kejayaan dalam menjawab Peperiksaan Undang-Undang Perniagaan UUM. Saya yakin dan percaya walaupun pelajar untuk subjek ini hanya seramai lebih kurang 15 orang, sekiranya mereka memahami tips yang diberikan dan membuat persediaan yang rapi, i'allah kejayaan milik mereka.

Saya berdoa agar semua pelajar KAYM yang telah menduduki peperiksaan tersebut sukses di lapangan mereka. Takziah juga khas buat Puan Aminah atas kehilangan ibu mertuanya baru-baru. Semoga roh Allahyarhamha dicucuri rahmat Allah.

Share

Monday, May 23, 2011

Salam Sukses Peperiksaan!

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UUM yang menduduki Peperiksaaan Akhir Semester 2 sesi 2010/2011 bagi Undang-Undang Perniagaan dan Aspek Perundangan Dalam Keusahawanan. Tidak lupa juga buat semua mahasiswa IPTS kerjasama UUM (Kolej Teknologi Alpha, Kolej Yayasan Melaka, Maktab Kerjasama Malaysia dan IKIP). Semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan cekal. Anda berhak untuk berjaya. Buktikan!



Share