"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Terima Kasih Daun Keladi (AidilFitri di Gombak)

Sekalung peghargaan kepada semua rakan2 dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa utk menziarahi teratak saya di Gombak. Kehadiran anda semua amatlah bermakna buat saya dan isteri. Sedikit cebisan memori indah di rumah kami.

[Hadi & the Gang Maktab-Ex MMAS Class of 2002]

[Bersama Yasir, Taufik dan Syakir]

[Bersama Majistret Selayang Tuan Najib&isteri serta Jamal dan Yusof]

[Kenangan bersama Inspektor2 Sukarelawan Polis SUKSIS UIAM]

[Memori bersama Trainer Berbakat-Hariri&Zukhairi serta Majistret Gua Musang Tuan Hayyi]

Monday, October 19, 2009

Open Class di USIM dan Windfield College

Sambutan Aidilfitri bersama rakan2 pelajar memang menyeronokkan. Tambahan lagi keriangan itu berterusan sekiranya persiapan itu disediakan atas inisiatif sendiri. Saya sempat menyahut jemputan beberapa pelajar yang inginkan meraikan Sambutan Aidilfitri mereka bersama saya.

Ini cebisan 'snap shot' yang berjaya diambil sempena Aidil Fitri di Usim dan Windfield College.

[Persiapan rapi Majlis Aidilfitri di Tingkat 18, Plaza Nationwide]

[Antara Putra-Putra Macho dalam Jurusan Nursing]

[Makan Besar bagi para pelajar HAA 7 FKP]

[Masing - masing bersama kuih yang dibawa khas dari kampung]

Wednesday, October 14, 2009

Sekitar Aidil Fitri di Kedah 09

[bersama Khairul Fikri dan isteri, Pelajar Dental UIAM]

[Sepupu yang manja di rumah Terbuka Bedong]

[Rakan2 dari KL yang datang beraya di Bedong]

[Bersama YB Zulkifli Nordin sewaktu hari raya]

Sambutan AidilFitri tahun ini menjanjikan seribu satu kenangan dan memori apabila menyambutnya buat kali pertama sebagai suami orang. Raya pertama di kampung nenek di Kulim Kedah dan disusuli dengan kampung isteri di Alor Setar. Khutbah raya di Kulim begitu tersentuh apabila disampaikan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim.

Saya masih lagi mengingati beberapa isi penting yang disampaikannya. Antaranya dengan ehsan dari blognya yang telah saya ringkaskan:

1.Pengertian Taqwa
Sahabat bertanyakan Saidina Umar R.A tentang taqwa. Beliau menjawab dengan bertanya semula, Bagaimana kamu jika berjalan dimalam hari yang gelap gelita dijalan yang penuh ranjau dan duri dalam keadaan mata tertutup?" Sahabat menjawab, "sudah tentu kami akan berjalan dengan penuh hati-hati". Kata Saidina Umar, "itulah kehidupan didunia, penuh ranjau dan duri yang kamu tidak nampak".

Saidina Umar menyambung lagi dengan bertanyakan soalan, "bagaimana kamu pada masaya yang seperti tadi tiba - tiba datang seorang bermata celik membawa memimpin kamu melalui jalan itu". Sahabat terus menjawab, "sudah tentu sangatlah mudah perjalanan kami". Lantas Saidina Umar menjawab, "Itulah yang disebut ALLAH dalam al Baqarah sbg firmanNya yang bermaksud Itulah Al Quran, kitab yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi penyuluh dan petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang beriman dengan perkara yang ghaib (yang dia tidak nampak)".

2.Pengertian Iman
Puasa telah mengajar erti Iman. Kalau ibadah lain orang akan nampak amalan kita. Solat, haji, zakat dan lain-lain, semuanya orang nampak. Namun puasa suatu ibadah yang orang tidak akan nampak dan tahu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang tahu. Itulah iman-meyakini perkara yang ghaib.

3. Amalan Sunnah Nabi
Adalah menjadi tuntutan Islam supaya kita sentiasa mengamalkan sunnah nabi. Selain bersalam dan mengucapkan selamat hari raya, lebih afdhal diiringi dengan ucapan "taqobbalallah minna waminkum-moga ALLAH menerima semua 'amal 'ibadah kalian dibulan Ramadhan", dan hendaklah dijawab "minna waminkum taqobbal ya kareem-moga ALLAH menerima 'amal 'ibadah kamu juga". Ini merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi sekita menyambut Eid Mubarak sewaktu hayatnya.

Wednesday, October 29, 2008

Liqa Wada’ PMIK UIA


Saya telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Islam Kedah (PMIK) untuk memberikan sedikit taujihad sempena Liqa Wada’. Demi tidak menghampakan harapan Presiden PMIK, Pit Otai, maka saya mengambil keputusan untuk bersama mereka pada petang itu. Seperti yang dijanjikan, saya perlu berada di IRK Building sebelum pukul 5pm untuk melicinkan program. Tetapi lain pula kesudahannya apabila saya tiba jam hampir 5.20pm gara2 tertidur (keletihan ‘stay up’ kot..betul ker??) Tambahan lagi, motor saya pun pancit setelah digunakan oleh seorang sahabat saya (nakal betul dia – tak check angin dulu…). Oleh itu, saya terpaksa menunggu flight saya (Hisyam) utk tiba dari majlis.

Setiba di sana, semua mata terlompong kepada saya kerana lewat. Maka saya terpaksa membawa pengisian dengan menggunakan gear ‘auto’. Pengisian lebih kepada peringatan selepas ramadhan. Antara yang sempat disentuh, kita perlu ingat bahawa terdapat sepotong hadis yang mafhumnya, Jangan kamu menjadi orang yang hanya beribadah di bulan ramadhan TETAPI jadilah kamu seperti rahib2(orang kuat beribadat) yang beribadat tanpa mengira bulan. Seterusnya saya juga menyentuh beberapa ‘point’ yang telah diberikan oleh wakil kerajaan Kedah semasa Liqa Aidilfitri di SRIDU pada hari raya ketiga yang lalu.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Pit Otai kerana Berjaya menjadi pengemudi terbaik untuk bahtera PMIK. Walaupun terdapat sedikit ‘lacuna’, namun ia tidaklah menjadi racun yang memusnahkan seluruh system pentadbiran PMIK. Tahniah !!!

Tuesday, October 28, 2008

Al Badar Islamic School | 261008

[aik...kenapa macam tema merah jer rumah terbuka nie...?]

[Rupa bentuk bangunan sekolah yang dalam proses persiapan]

[Bersama Dr Yusnan(berbaju merah) yang sibuk setiap masa]

Pagi itu, saya dijemput oleh adik2 junior untuk bersama meraikan jamuan AidilFitri yang dianjurkan oleh Al Badar Islamic School. Penganjur sepenuhnya adalah Dr Yusnan, Pensyarah di Jabatan Bahasa, UIAM. Saya dimaklumkan bahawa penubuhan sekolah ini melalui idea beliau dan beliau merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan sekolah ini. Sekolah ini bakal menempatkan para pelajar sekolah rendah dan bakal mempunyai dua blok serta memuatkan 6 buah kelas dan 1 pejabat pentadbiran.

Apabila saya melihat raut wajah bangunan sekolah ini, maka saya terkenang kepada peringatan yang diberikan oleh Pak Long Zainal Asri (Ustaz). Beliau pernah mengungkapkan bagaimana 3 orang sahabat ketika berada di bangku universiti telah bersama dan berbaiah untuk memberikan sumbangan terbesar kepada ummah di bumi Kedah. 3 orang tokoh besar itu ialah Almarhum Dato’ Fadhil Noor, Sheikh Nikmat Yusof dan Sheikh Fakhrurazi Salleh. Masing – masing menuntut di sekolah yang sama, Maktab Mahmud Alor Setar dan meneruskan pengajian mereka ke Al Azhar As Syarif.

Ketika di universiti mereka berjanji bahawa setibanya di Kedah masing – masing akan menubuhkan sekolah agama. Maka hajat mereka tercapai apabila Almarhum Dato’ Fadhil Noor menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Muassasah Darul Ulum, Sekolah tersebut kini beroperasi di bumi Pokok Sena. Lulusan sekolah ini telah meliputi bumi Mesir, Madinah, Syria, dan sebagainya. Beliau juga dikenali sebagai tokoh penggerak Islam terkenal di Malaysia.

Manakala Almarhum Sheikh Nikmat Yusof telah menubuhkan Maahad Tarbiyyah Derang (MTD). Sekolah ini telah diasaskan di Derang dan para pelajar hampir keseluruhannya telah dihantar ke bumi Syria. Almarhum dahulu dikenali sebagai tokoh sastera yang terkenal dengan bait2 syairnya.

Sungguhpun begitu, Almarhum Sheikh Fakhrurazi Salleh, memilih untuk menubuhkan Sekolah Agama Daris di Sg Jagung. Seperti sahabat2nya, kawasan yang dipilih jauh dari bising dan kebingitan pusat bandar. Sekolahnya lebih fokus kepada 3 aliran iaitu Agama, Akademik dan Tahfiz. Saya merupakan salah seorang graduan dari sekolah tersebut ketika di bangku sekolah rendah dan bangga mempunyai seorang Mudir yang tegas sepertinya.

Oleh itu, persoalan yang perlu dibangkitkan, apakah sumbangan dan janji kita kepada Ummah? Kalau mereka tiga bersahabat pernah berbaiah dan kini meninggalkan dunia yang fana’ ini, seluruh ummah menangisi pemergian mereka. Tetapi kita, belum tentu lagi seperti mereka. Mungkinkah pemergian kita dinanti2 oleh Ummah dek fasad dan mungkar yang dilakukan kita. Nauzubillah.

Saya mengucapkan tahniah kepada Al Fadhil Dr Yusnan di atas keberaniannya mendepani cabaran semasa. Walaupun bajet yang tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau masih gigih dan tsabat dalam perjuangannya. Tahniah Doktor!!! Anda bila lagi??

Monday, October 27, 2008

Aidilfitri di rumah Ustaz Yaakob




Rumah Terbuka Ustaz Yaakob
Baru2 nie selepas jer abis 1st paper utk Final nie, Adam selaku ketua kelas dah mula membisik kepada semua orang. Katanya, hari nie ‘Open House’ rumah Ustaz Yaakob, Mualim kepada madah ‘Asbab Al Ikhtilaf ’. Secara tak langsung kehadiran kami ini akan dianggap sebagai participation selepas kelas. Yang pasti, pada petang itu, kami bergerak hamper 8 buah kereta menuju ke Kampung Padang Balang.

Rakan2 saya sebelah lelaki ini memandu 5 buah kereta dan perempuan 3 buah. Salah sebuah kereta dipandu oleh anak tok guru (Nik Asma Salsabila). First time tgk dia bawa kereta. Saya sempat bergurau dengan rakan2 dalam kereta saya (muslimat semuanya), “Nampak kaa Asma’ tu bawa keta?” Kepada Asma’, kalau terbaca entry nie jangan marah naa. Sampai jer kat semua jenis makanan ada siap kaunter lagi. Hebat UStaz Yaakaob!! Nasi Dagang, Satay, Laksa Kedah, Kuih, dsbg. Pendek kata, “macam2 ada!!”

Terima kasih Ustaz sebab sudi menjemput kami semua.

Saturday, October 25, 2008

Sambutan Aidilfitri di sekitar Gombak | 251008

Darul Quran Al Wildan
Setelah berjanji dengan Ustaz Fadhil, Mudir sekolah tersebut, saya dan rakan berangkat pada pagi itu untuk menikmati jamuan Aidilfitri di sekolah itu yang terletak di Batu 10, Gombak. Subhanallah. Setibanya kami di sana, kami disambut adik2 berjubah yang memakai ‘rosette’ dengan wajah yang jernih dan penuh ketakwaan. Sekali tengok mereka terimbas kembali wajah2 saya sewaktu muda belia di sekolah menengah. Saya kira persembahan yang diberikan sepanjang program itu bermula sangat menarik,. Bacaan Alquran, Tahfiz, Nasyid, Sajak sudah cukup untuk menyatakan bahawa anak2 yang ada di sini semuanya berkebolehan. Terima Kasih daun keladi Ustaz Fadhil yang benarkan kami berada di sana.

[bersama Ustaz Fadhil, Mudir Darul Quran Al Qildan]

[Ahli berjubah sedang menanti tetamu]

Sambutan Aidilfitri Iprisma
Di sebelah tengahari, saya dijemput untuk bersama meraikan kawan2 yang sudah bergraduasi dari UIA berserta adik2 UIA yang lain. Majlis yang diadakan di sebuah dewan di Gombak ini merupakan wadah pertemuan dan ikatan silaturahim sesame muslim. Secara spontan saya dipanggil juga untuk menjadi deejay. Apa lagi kekoklah citernya sebab memang saya tak ada pengalaman jadi deejay majlis. Hamper 2 jam di sana, saya sempat bawa pulang sedikit makanan dan berjumpa akak2 dan abang2 yang sudah lama meninggalkan medan perjuangan pendidikan.

[Dengan senior2 UIA termasuk motivator terkenal Tn Hj Fadzli Yusof-Takziah atas musibah]

[tulang belakang Sambutan Aidilfitri iPrisma]

[Nie teamate saya masa di AlFarabi Consultant dulu-Abg Azhari,Abg Hafiz, Nasrudin]

Open House Kuarters Staff UIA
Sesudah solat Isyak di masjid, tetiba terdengar satu pengumuman yang memaklumkan tentang majlis jamuan makan di Kuarters Staff UIA. Kalau diikutkan hati memang kenyang habis sebab hari ini sahaja sudah dua tempat open house saya ikuti selepas dijemput. Tetapi setelah dipujuk rayu oleh Yasir, rakan sebilik, yang mahukan saya menemaninya untuk makan malam, maka saya pun tidak mahu membuang masa.

[bersama ngan Yasir, roomate yang ajak sini]

Teringat kepada sepotong hadis sahih yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Maka Allah akan memenuhi hajatnya, dan barangsiapa yang memudahkan dari masalah sahabatnya, Maka Allah akan memudahkan segala masalahnya di Akhirat kelak.” Hadis itu yang menjadikan saya tetap kuat untuk menemani rakan saya walaupun sebenarnya pada waktu itu saya memang kenyang sangat.

[Bersama Asyraf Tajari...junior time kat maktab dulu]

[dah kali keberapa makan hari nie...]

Wednesday, October 22, 2008

Open House YB Azmin Ali di Ampang | 191008

[keberangkatan pulang DSAI dari rumah YB Azmin Ali]

[Nak bergambar juga ditengah kesibukan orang ramai menghantar pulang DSAI]

[Gambar terkini bersama YB Azmin Ali]

Kali ini, perjalanan saya terus menghala ke rumah YB Azmin Ali. Rumah beliau berhadapan dengan Kelab Darul Ehsan di Ampang. Ini merupakan pengalaman pertama beraya di rumahnya kerana sebelum ini saya hanya berkesempatan beraya di hampir semua pusat khidmat masyarakatnya.

Setibanya di sana, saya bersama rakan disambut dengan kepulangan Mantan Timb Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tidak sempat untuk bergambar hanya lambaian tangan mengiringinya. Selepas itu, halatuju pertama kami ialah bersemuka sendiri YB Azmin Ali. Terus sahaja saya bersapa yang menyatakan kami dari UIA dan belaiu mengakui masih mengenali kami. Entah betul entah tidak (orang politik selalu begitu) tetapi saya tetap pasangkan niat husnu zhan.

Menu makanan yang disediakan ala hotel. Disini kami bertemu dengan manusia pelbagai peringkat dari orang tua, kanak2 sehinggalah tokoh korporat. Yang penting, kemeriahan beraya di rumah lebih puas dari destinasi lain.

Monday, October 20, 2008

Rumah Terbuka YB Saari Sungip | 191008


Sambutan Aidilfitri YB Azmin Ali dan YB Saari Sungip
Alhamdullilah. Suasana hari raya masih lagi terasa. Hari ini saya bersama rakan nak dapatkan ‘free lunch’ maka terdorong hasrat untuk mencari ‘kenduri’ ahli2 Parlimen. Kami singgah sebentar dan dapat menjamah sedikit hidangan walaupun sebenarnya masa sudah habis. Biarpun sambutan hanya dari pukul 10.00am-12pm dan kami tiba 12.05pm saya dan rakan sempat lagi ‘tapau’ makanan yang ada. Maklumlah, orang bujang, tiada sapa yang nak masakkan untuk kami.

Sunday, October 19, 2008

Mesyuarat Agung LAWSOC & Jamuan Hari Raya YB Dr Hatta, YB Azmin Ali

AGM Lawsoc
Lawsoc mungkin satu nama yang tidak asing bagi saya. Persatuan ini pernah saya kemudikan 2 tahun yang lalu dan sempat meninggalkan beberapa ‘protégé’ untuk bersama menyebarkan dakwah di bumi UIA. Kini para protégé yang telah dilatih dua tahun lalu turut bakal menyusul mengikut jejak langkah ‘mentor’ mereka dengan meletak jawatan setelah setahun ‘berkuasa’.

Seperti biasa, AGM di AIKOL lain dari yang lain. Kalau melihat kepada mutu perbahasan, AGM di sini lebih membanggakan kerana masing2 ingin menunjukkan kehebatan mereka dalam bersuara kerana itulah pelajaran yang mereka ikuti sepanjang menuntut di AIKOL.

Tahun ini menyaksikan lima usul yang telah dibawa oleh Amir Hisham berkaitan isu quorum AGM, Financial Proposal, tugas presiden, ‘hold meeting with deputy dean’ dan sebagainya. Namun ‘motion’ ini tidak dapat dibincangkan apabila quorum tak cukup untuk membahaskannya. Namun AGM tetap SAH apabila Deputy Dean telah memberikan ‘consent’ utk diadakan AGM.

Teringat seketika masa saya AGM dulu. Pernah disebut dan dinukilkan oleh beberapa rakan tentang AGM saya. ‘The longest Lawsoc AGM ever since in AIKOL’

[Mukhlis merupakan seorang EXCO yang paling BERDEDIKASI]

[AGM [Lawsoc 07/08 tanpa Faridzul yang sedang bercuti sakit]

[Orang lama saja...]

Jamuan Raya YB Azmin Ali dan YB Dr Hatta Ramli
Saya sempat mencuri sedikit masa untuk menghilangkan rasa lapar dengan mencari hidangan percuma. Kali ini saya sempat bersama rakan, ACAP, yang kini bergelar Presiden Enginius, IIUM, ke Dewan Siantan di Selayang. Niat kami baik untuk makan dan bergambar dengan tetamu yang ada.

[tak dapat berjumpa, dengan banner pun kira jadilah]

Namun Allah Maha Kuasa, kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Setibanya kami di sana, MAKANAN SUDAH HABIS tanpa sempat dijamah. Mungkin tiada rezeki dan apa yang perlu dilakukan ialah BERSABAR kerana Allah inginkan kita makan yang lebih baik dari ini.

Friday, October 17, 2008

Eid Mubarak AIKOL 08

[Bergambar bersama Timbalan Dekan AIKOL-Prof Madya Dr Iqbal]

[bersama rakan2 sepengajian dalam Syariah]

[Suasana di foyer Mahkamah Mut AIKOL, UIAM]

Tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Undang - Undang UIA atas kesudian kalian menganjurkan sambutan Aidilfitri sebagai menutup tirai perjuangan anda di bumi AIKOL. Bagi saya dan mahasiswa yang lain, kami cukup bersyukur di atas majlis ini kerana ia satu usaha untuk menghubungkan semua mahasiswa undang - undang berada dan duduk sebumbung (under one roof).

Sambutannya memberangsangkan dan saya berada di situ hampir 3 jam. Makanan jangan diceritakan lagi. Sebaik pengumuman untuk bermulanya majlis jamuan makanan, terus sahaja para pelajar menyerang satay yang terhidang. Macam rakyat yang tak punya makan yang cukup. Saya pun termasuk sekali.

Walaupun berlakunya kesibukan dan terasa bahang pilihanraya kuliah, Persatuan Mahasisaw Undang - Undang masih lagi sempat untuk memikirkan hal ehwal kebajikan mahasiswanya. Cuma kali ini, persatuan mungkin terasa sedikit kehilangan kerana ketiadaan presidennya yang kini berada di Kedah atas sebab - sebab kesihatan.

Wednesday, October 15, 2008

Berakhirnya NAFAS Maaruf Club 07/08 | 131008

[Pandangan atas AGM Maaruf]

[Bersama Faisal-Presiden Penaja PERSADA]

[Bersama dengan wakil PMI UM dan Maaruf Club UIA]

Akhirnya penantian yang dikatakan satu penyeksaan telah berakhir buat kepimpinan Maaruf Club (MC). Semalam, kepimpinan yang diterajui oleh Mohd Ridhuan Bakar telah meletak jawatan sepenuhnya dan telah digantikan dengan pimpinan berdarah muda yang baru.

Sya teringat sewaktu ketika dulu, saya juga pernah berada di tampuk kepimpinan MC dan pada 'tenure'saya, MC dengan kejam telah diratah dan dinoda oleh pihak pentadbiran sehingga persatuan itu terpaksa dihukum gantung tanpa bertali dek kerana 'banner' yang tiada cop mohor kebenaran mereka. Mungkin itu satu ibrah yang ingin ditonjolkan agar semua dikalangan kita mengambil istifadah bahawa kiranya perjuangan itu benar maka sudah pasti laluannya tidak mudah dan penuh dengan ranjau berduri.

Dalam keberadaan saya sepanjang AGM MC, saya telah ditemukan dengan Presiden Penaja PERSADA (sebuah NGO-Persatuan Mahasiswa Darul AMan), Sdr Faisal (Mantan MPMUM). Pelbagai isu dan agenda sempat saya bincangkan bersama. Tambahan lagi, saya turut rasa tersentuh apabila beliau memberikan peluang dan mengalu2kan penglibatan saya dalam PERSADA untuk membantu Kerajaan Kedah yang sedia ada. Maka beliau telah merancang segalanya dan kini semua 'proposal' telah dihantar cuma menanti kehadiran dan penglibatan yang ampuh dari mahasiswa.

Tahniah kepada semua kepimpinan MC 2007/2008. Semoga Allah membalas jasa kalian. Saya juga mengharapkan agar tamatnya kepimpinan itu BUKAN bermaksud ternoktahnya perjuangan tetapi perjuangan tetap diTERUSKAN. Buat sahabat saya, Faisal, saya kagum dengan kemahuan anda yang menggunung cuma anda amat memerlukan sokongan dan bantuan dari rakan2 yang lain. Salam Perjuangan!!!

Tuesday, October 14, 2008

Open House di Darus Salam & Rumah Najib

[Kain rentang dihadapan majlis Aidilfitri]

[Saya dan Najmuddin di depan dewan besar Darussalam]

Pusat Perubatan Islam Darus Salam
Ramai yang tidak mengetahui tarikh sebenar rumah terbuka untuk Darussalam walaupun banner wujud di hadapan lampu trafik balai polis Gombak. Saya sendiri pun baru menyedari apabila satu maklumat pesanan ringkas (sms) telah dihantar oleh Ustaz Abd Manaf selaku Pengerusi Darussalam menjemput saya ke sana. maka pagi Ahad itu saya merancang dengan baik dan mengajak teman sebilik saya untuk ke sana.

Sesampai di sana, saya dapati Y.Bhg Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus selaku penasihat Darussalam nak beransur pulang. Hasrat untuk bergambar bersamanya meleset kerana saya agak malu apabila ramai tetamu yang hadir di situ rata2nya tua dan berkopiah putih.Namun peluang yang ada tidak disia2kan, lalu saya terus mencapai tangannya untuk bersalam dan mencium seperti mana tetamu yang hadir. Kebersamaan kita bersama Ulama' tidak perlu dilengahkan apatah lagi ditunda. teringat sepotong hadis yang berbunyi, 'sesungguhnya para ulama adalah pewaris Anbiya.'


[rasalah masakan Aidilfitri Chef Musfirah]

[3 Pelawat yang tak henti2 makan 'time' beraya]

[Rumah Lot Banglo yang menjadi idaman orang muda macam kami]

Open House di Banglo Mak Mertua Najib
Pada hari yang sama juga, saya bergegas untuk berkunjung ke kediaman Najib dan Musfirah. Alhamdullilah, kami disambut mesra oleh Najib. Saya telah dimaklumkan bahawa bapa mentuanya tiada di rumah tambahan lagi masakan semuanya dibuat oleh isterinya. Allahuakbar. Alangkah bahagianya punya seorang isteri yang sanggup buat segalanya walaupun sarat mengandung dan hanya mengira hari untuk 'deliver'.

Antara benda menarik ialah saya sempat untuk wat 'reunion bersama schoolmate' pada waktu yang sama. Banyak perkara yang telah dikongsi antara saya dan Najib serta rakan2 lain. Cumanya, pertemuan ini adalah satu ikatan hati dan memeriahkan semangat ziarah sesama Islam.

Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Najib dan sekeluarga kerana menyiapkan santapan buat kami semua pada hri itu. Selain itu, terima kasih buat Zukhairi yang sudi jadi 'driver' untuk ke rumah Najib. Moga Allah membalas balasan yang setimpal.

Monday, October 13, 2008

Rumah Terbuka YB Dr Hasan Ali dan Mak Angkat Suffian Donia

[Di hadapan kain rentang berdekatan Masjid Zakaria, Bt 8, Gombak]

[Padang Becak tapi orang tetap ramai]

[Dalam kawasan pagar rumah macam bazar ramadhan]

[Bersama tuan rumah (suffian) kat belakang-Ganu Belake ]

Masjid Zakaria & YB Dato Dr Hasan Ali
Maklumat yang saya dapat menyatakan bahawa program akan bermula jam 12pm dan berakhir jam 3pm. seperti yang dijanjikan saya pada mulanya ingin bertolak pada jam 12pm tetapi disebabkan meeting saya berakhir jam 12pm campur ngan rehat sampai 1pm maka saya sampai di sana jam 2pm. Apa yang mengejutkan, nasi dan air dah kering, termasuklah ais krim dan makanan ringan yang lain. tapi masih sikit lagi berbaki sisa2 daging yang ada. Kami pun menyatap sebagai tak mahu berdukacita dek datang tanpa perut terisi. Namun sasaran berikutnya di rumah Piang.

Danau Kota, Jalan Ong Tai Kim
Sampai saja di tanah itu, terus saya teringat pengalaman tahun lepas makan besar2an sambil dapat duit raya. Tahun ini seperti tahun lalu, kami disambut oleh mak angkat Pian yang baik hati sambil dijemput untuk menikmati 'stall'yang ada dalam pagar rumah dia. Sekali tengok macam bazar ramadhan. Semua 'stall' ini telah di'hired' melalui satu hotel. Nak apa? Cakap saja. Semua terhidang bukan kerana telah tersedia tapi disediakan secara 'live', dimasak dihadapan tetamu. Subhannallah. Macam dalam hotel tapi nie dalam kawasan rumah.

Saya bersama rakan yang ada Najmuddin seperti biasa terus mencapai makana yang ada sambil membahagikan tugasan. Alhamdulillah. Petang itu, kami sudah makan hampir semua makanan; Mee Goreng, Satay, Kuih jala, Kuih Raya, Rendang dan Nasi Himpit, Ais Batu Campur, dsb. Sekali terfikir mahu sahaja nak jadik kaya TETAPI kekadang teringat pula bahawa hampir semua sahabat nabi yang masuk syurga adalah dari golongan Fakir dan Miskin. Tetapi tidak salah untuk KAYA cuma cara kita bersyukur.

Terima Kasih Pian sekeluarga kerana mengajak dan menjemput ke rumah terbuka. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.