"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Bersama Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Bersama Tokoh. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

TOT AZAS di Wisma Mais Shah Alam

[Bersama Dr Badrul Amin]

Pada bulan Februari 2010 yang lalu, saya sempat mengikuti Training of Trainers (TOT) yang telah dibuat oleh pihak AZAS di Shah Alam. Apa yang menariknya ialah senarai jemputan yang dipanggil sebagai pembentang kertas kerja. Salah seorang pembentangnya ialah Al Fadhil Dr Badrul Amin, mantan pensyarah UIAM suatu ketika dulu.

Dr Badrul ada menyentuh suatu isi yang saya kira amat penting bagi Trainers. Antaranya ialah apabila kita berasa susah, gundah gulana dan tak senang hati, maka cepatkanlah anda mencapai wang dan teruskan sahaja dengan bersedekah. Tegasnya bersedekah tadi mampu menenangkan kembali jiwa kita. Ujarnya lagi dengan bersedekah tadi, wang kita akan bertambah, matlamat kita semakin fokus dan semangat kita semakin berkobar hasil keberkatan dengan bersedakah. Apa lagi yang ditunggu, jom BERSEDEKAH!

Tuesday, October 27, 2009

Forum : Real Life After Graduation

Semua gambar dengan ihsan dari blog: http://insyirahamsyar.blogspot.com/

[Memori bersama krew dan panelis forum]

Sebelum terlupa entry ini, saya mengucapkan tahniah kepada Quranic Youth Club (QYC) kerana telah berjaya menganjurkan forum yang bertajuk Real Life After Graduation di Eksperimental Hall, UIAM pada 2 Oktober 2009 lalu. Saya juga ingin melarik seribu penghargaan yang tidak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan dan pengalaman sebagai salah seorang panelis program.

Antara penalis lain ialah Ybhg Ustaz Pahrol Juoi dari Telaga Biru dan Puan Roselaini Abdul Rahman dari UTM. Keberadaan saya di atas pentas membuatkan diri saya begitu kerdil kerana berada seiring dan sejalan bersama panelis tersohor. Siapa tidak kenal Ustaz Pahrol Juoi, seorang editor Majalah Solusi terbitan Telaga Biru, penulis novel dan buku2 motivasi. Begitu juga Puan Roselaini, aktivis JIM yang berkarisma. Beliau sudah berkhidmat sebagai aktivis masyarakat lebih 20 tahun.

Saya berpandangan QYC cuba membawa para pelajar dan audiens kepada beberapa perspektif tentang kehidupan selepas bergraduasi:

Pertama, peranan graduan yang perlu dimainkan sebagai pendakwah yang lebih menjurus Lisanul Maqal iaitu penulisan dan pembinaan modal insan. Perkara ini disentuh dengan jayanya oleh Ustaz Pahrol.

Kedua,
peranan mereka untuk berjuang sebagai aktivis masyarakat yang lebih menjurus Lisanul Hal iaitu bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan.

Ketiga, peranan mereka yang baru bergelar 'fresh graduate' antara memilih jalan dan asas2 hidup oleh saya.

Fresh Graduate: Apa yang selalu dibuat??
Saya bawakan 3 huraian pertama dalam forum tersebut.

1.Sambung Belajar
Ada orang memilih untuk sambung belajar setelah tamat pengajian. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah memilih IPT yang sesuai. Ada orang pilih IPT lamanya kerana mudah utk mendapatkan sebarang kemudahan. Ada juga yang memilih IPT lain kerana ingin mencari pengalaman belajar di tempat berbeza, pensyarah yang lain dan membina pengaruh rakan baru.

Seterusnya anda juga perlu menentukan siapakah yang akan 'sponsor' sewaktu pengajian anda. PTPTN, JPA, MARA, Biasiswa Negari? Tepuk dada, tanya selera. Kemudian anda perlu tentukan tempoh pengajian. Adakah untuk belajar sepenuh masa atau separuh masa? Soalan lain pula ialah apakah metod pengajian yang sesuai untuk anda. Penulisan tesis atau 'coursework'. Pilihan di tangan anda.

2.Memilih utk bekerja
Ramai juga yang memilih untuk mencari pengalaman bekerja terlebih dahulu. Alasannya mudah iaitu untuk mengumpul dana samada untuk sambung belajar atau berkahwin. Saya suka untuk menyebut bahawa setelah bergraduasi, jangan biarkan diri anda menganggur walau sehari. Pastikan anda sudah mempunyai sebarang pekerjaan walaupun pekerjaan itu bersifat separuh masa.

Jangan malu untuk bekerja. Kerjalah walaupun gajinya sedikit kerana sementara kita menanti profession dan karier yang sesuai, kita tidak membuang masa dengan hanya menunggu dan makan minum serta tempat tidur kita ditanggung beres oleh kedua ibubapa kita. Tak malukah kita seorang yang berpengajian tinggi tapi masih lagi membebani kedua orang tua kita? Jawapannya terletak pada anda.

[Bersama tokoh pendakwah M'sia:Ustaz Pahrol Juoi]


3.Hajat Berkahwin
Kalau anda sudah memasang niat untuk 'mendirikan masjid', saya sarankan untuk diteruskan. Kadangkala pernikahan kita ini akan memandu kehidupan untuk lebih diberkati Allah. Banyak rezeki yang diperolehi hasil pernikahan. Namun, berkahwin tidak mudah seperti yang diungkap. Anda perlu berfikir panjang dalam membuat keputusan ini.

Persoalan yang bakal timbul ialah bersediakah anda untuk bergelar suami dan menggalas tanggungjawabnya? Antara lain, sudahkah anda bersedia untuk menyediakan hak asasi bakal isteri anda seperti makan, pakaian dan tempat tinggal? Bagaimana pula dengan persiapan mental dan fizikal anda untuk menempuh keluarga mentua?

Perlu diberi perhatian, kalau anda masih lagi bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, lupakan seketika hasrat ini. Bina dulu impian baru dengan bekerja dan mengumpul duit secukupnya. Jangan kecewakan hasrat bakal isteri anda, hidup pun sekadar perlu, makan pun tidak tentu apatah lagi untuk lebih bahagia dan gembira.

Kehidupan berkeluarga tambahan lagi di ibu kota seperti di Kuala Lumpur memerlukan kesungguhan padu dari individu yang komited dan berani. Tidak perlu untuk saya ingatkan bahawa kos dan taraf hidup di KL begitu tinggi. Huraian saya mudah. Contoh yang boleh diambil, kehidupan di Gombak, antara bajet asas yang perlu diberi perhatian:

Sewa Rumah : RM 500.00
Pinjaman Kereta : RM 350.00
Bil Utiliti : RM 100.00
Kos Makanan Harian: RM 20 x 30 hari ( Harga Minimum 2 org makan) : RM 600

Total Kos : RM 1550.00 (Anggaran Kasar)

Itu tidak termasuk untuk kos membeli belah di pasaraya, wang simpanan peribadi, wang simpanan untuk dua keluarga (keluarga suami dan isteri), keperluan asasi rumah, minyak dan servis kenderaan serta sebagainya. Kos bulanan mampu mencecah sehingga RM 3000.00 kalau dilihat secara teliti dan kemas. Tanggungjawab anda akan turut bertambah kalau bakal isteri anda tidak bekerja. Fikir-fikirkan.

Inilah antara isu yang telah saya bangkitkan dalam forum yang lalu. Semoga dapat memberi manfaat bersama.

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Konvokesyen Ijazah Shariah (LLB.S)

[Ijazah Kali Kedua diberikan oleh DYMM Sultan Pahang]

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah rahmat dan inayahnya dapat juga saya bergraduasi dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang Shariah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada dua ibu bapa saya yang sanggup untuk bercuti semata -mata untuk mengiringi saya ke majlis konvokesyen yang penuh bermakna ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri saya yang membantu saya sepanjang menghadiri majlis ini. Mungkin konvokesyen tahun ini penuh dengan makna kerana pada tahun yang lalu majlis konvokesyen hanya dihadiri oleh mak dan ayah sahaja tapi pada tahun ini saya diberikan anugerah oleh Allah dengan bertemankan isteri.

Jazakumullah juga diucapkan kepada semua saudara mara,sahabat2, rakan2 dan para pelajar yang mendoakan saya dan mengirimkan mesej ucapan tahniah kepada saya. I'allah doakan kepada saya pada tahun depan sekiranya diizinkan, saya sekali lagi akan bergraduasi dalam Master in Banking Law (LL.M) utk kali ketiga. Salam mesra semua!!!

[bersama bonda, isteri dan adik bongsu]

[Dua pasang pengantin lelaki utk Kelas Shariah 2008]

[Bersama Sidiq, Adam dan Pokdin dari kiri]

[bersama Isteri di luar dewan konvo]

Tuesday, October 28, 2008

Al Badar Islamic School | 261008

[aik...kenapa macam tema merah jer rumah terbuka nie...?]

[Rupa bentuk bangunan sekolah yang dalam proses persiapan]

[Bersama Dr Yusnan(berbaju merah) yang sibuk setiap masa]

Pagi itu, saya dijemput oleh adik2 junior untuk bersama meraikan jamuan AidilFitri yang dianjurkan oleh Al Badar Islamic School. Penganjur sepenuhnya adalah Dr Yusnan, Pensyarah di Jabatan Bahasa, UIAM. Saya dimaklumkan bahawa penubuhan sekolah ini melalui idea beliau dan beliau merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan sekolah ini. Sekolah ini bakal menempatkan para pelajar sekolah rendah dan bakal mempunyai dua blok serta memuatkan 6 buah kelas dan 1 pejabat pentadbiran.

Apabila saya melihat raut wajah bangunan sekolah ini, maka saya terkenang kepada peringatan yang diberikan oleh Pak Long Zainal Asri (Ustaz). Beliau pernah mengungkapkan bagaimana 3 orang sahabat ketika berada di bangku universiti telah bersama dan berbaiah untuk memberikan sumbangan terbesar kepada ummah di bumi Kedah. 3 orang tokoh besar itu ialah Almarhum Dato’ Fadhil Noor, Sheikh Nikmat Yusof dan Sheikh Fakhrurazi Salleh. Masing – masing menuntut di sekolah yang sama, Maktab Mahmud Alor Setar dan meneruskan pengajian mereka ke Al Azhar As Syarif.

Ketika di universiti mereka berjanji bahawa setibanya di Kedah masing – masing akan menubuhkan sekolah agama. Maka hajat mereka tercapai apabila Almarhum Dato’ Fadhil Noor menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Muassasah Darul Ulum, Sekolah tersebut kini beroperasi di bumi Pokok Sena. Lulusan sekolah ini telah meliputi bumi Mesir, Madinah, Syria, dan sebagainya. Beliau juga dikenali sebagai tokoh penggerak Islam terkenal di Malaysia.

Manakala Almarhum Sheikh Nikmat Yusof telah menubuhkan Maahad Tarbiyyah Derang (MTD). Sekolah ini telah diasaskan di Derang dan para pelajar hampir keseluruhannya telah dihantar ke bumi Syria. Almarhum dahulu dikenali sebagai tokoh sastera yang terkenal dengan bait2 syairnya.

Sungguhpun begitu, Almarhum Sheikh Fakhrurazi Salleh, memilih untuk menubuhkan Sekolah Agama Daris di Sg Jagung. Seperti sahabat2nya, kawasan yang dipilih jauh dari bising dan kebingitan pusat bandar. Sekolahnya lebih fokus kepada 3 aliran iaitu Agama, Akademik dan Tahfiz. Saya merupakan salah seorang graduan dari sekolah tersebut ketika di bangku sekolah rendah dan bangga mempunyai seorang Mudir yang tegas sepertinya.

Oleh itu, persoalan yang perlu dibangkitkan, apakah sumbangan dan janji kita kepada Ummah? Kalau mereka tiga bersahabat pernah berbaiah dan kini meninggalkan dunia yang fana’ ini, seluruh ummah menangisi pemergian mereka. Tetapi kita, belum tentu lagi seperti mereka. Mungkinkah pemergian kita dinanti2 oleh Ummah dek fasad dan mungkar yang dilakukan kita. Nauzubillah.

Saya mengucapkan tahniah kepada Al Fadhil Dr Yusnan di atas keberaniannya mendepani cabaran semasa. Walaupun bajet yang tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau masih gigih dan tsabat dalam perjuangannya. Tahniah Doktor!!! Anda bila lagi??

Saturday, October 4, 2008

Liqa Aidilfitri MAHASISWA KEDAH bersama Kerajaan Kedah

[Bersama Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria]

[bersama bakal dentist, Fikri, di SRIDU]

Seperti yang dijanjikan oleh pertemuan wakil kerajaan negeri, Tuan Hj Abdullah Jusoh, Exco Pendidikan Kedah, dua minggu sebelum hari raya, bahawa wakil kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan serampang dua mata bagi mengadakan dialog Aidilfitri. Saya bersama beberapa ‘junior’ sempat untuk berkongsi dan berdialog bersama wakil kerajaan negeri dalam sambutan Aidilfitri.

Maklumat Lemah
Ini antara perkara yang sempat saya bangkitkan dalam pertemuan itu. Kerajaan telah melakukan sehabis baik dari segi pentadbiran dan hal ehwal negeri serta kebajikan. Namun persoalan yang sering dibangkitkan oleh orang kampung, kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Islam tetapi maklumat tetap tidak sampai ke pengetahuan mereka.

Maka risalah, makalah, akhbar perlu diperbanyakkan agar maklumat sampai. Wakil kerajaan telah memberikan respon positif dengan menerima teguran ini. Bagi mereka Warta Darul Aman telah dicetak sebanyak 40,000 naskah tetapi disebabkan penduduk Kedah hampir 1.2 juta maka nisbah bagi satu makalah 1:100 orang.

Banyakkan Program Mahasiswa di bumi Kedah
Saya juga sempat mengajukan pandangan tentang keperluan untuk mempelbagaikan program bersama mahasiswa di Kedah. Tidak hanya tunggu untuk membuat sambutan Aidilfitri semata2. Maka pelbagai cadangan diajukan antaranya program anak angkat. Secara jujur, saya mengakui bahawa tidak adil jika kita terus menghakimi kerajaan yang baru sahaja memerintah Kedah tidak sampai setahun untuk meminta itu dan ini. Mahasiswa juga tidak harus mengamalkan dasar Tunggu dan Lihat. Mereka perlu proaktif dan pragmatik dalam memberikan idea yang bernas membantu mahasiswa.

Secara keseluruhan setelah tamat majlis itu, saya berpendapat bahawa kerajaan yang ada sekarang ialah sebuah kerajaan yang kuat dan bijaksana. Sehingga hari ini mereka telah berjimat sebanyak RM 28 juta dan berjaya memberikan bonus 1 bulan gaji untuk hujung tahun ini dengan bayaran sekali 'lump sum'. Tahun ini juga seperti yang dimaklumkan bahawa kerajaan terpaksa berjimat cermat kerana banyak bajet telah digunakan oleh kerajaan BN sebelum ini utk pilihanraya ke-11. Maka kerajaan sekarang akan mengeluarkan Bajet Sejahtera dan tahun depan rakyat bakal menikmati kenikmatan sebenar dari kerajaan Kedah.

Kedah Sejahtera

Thursday, September 25, 2008

Majlis Iftar Mawaddah Day: Menggalakan!!! | 230908

[Mahasiswi golongan paling laku dalam setiap acara di AIKOL]

[Tak bajet pun nak bergambar tapi Professor Abd Rahman yang ajak]

Timbalan Dekan Kulliyyah Undang – Undang Ahmad Ibrahim, Assoc Prof Dr Iqbal, tersenyum lebar bila mula nampak saya ada bersamanya dalam majlis iftar anjuran Persatuan Undang2 AIKOL (Lawsoc). Perkataan pertama yang dilayangkan kepada saya ialah, “Apa khabar Tuan Haji??” Itulah antara nada jenaka yang selalu bermain dibibirnya apabila bertemu saya.

“korang submit proposal bajet sikit, macam mana aku nak lulus banyak!-Dr Iqbal (Deputy Dean, AIKOL)”

Kadangkala ada sahaja benda yang nak di'bom’nya kepada saya. Allahuakbar!!! Alangkah indahnya ukhwah antara pensyarah dan pelajar. Kalaulah semua pensyarah begini, aman dan tenteram bumia UIA rasanya. Tiada lagi perkataan mencerca pensyarah, kata belakang dan mengumpat.

[backdrop Program Mawaddah Day Lawsoc]

Topik yang dibincangkan kami ialah tentang performance Lawsoc. Tapi bukanlah ‘heavy’ dan serius pun. Sekadar memberikan tumpuan kepada majlis2 makan. Saya mula bertanya kenapa dan mengapa bajet utk program makanan sikit atau tak banyak. Dengan mudah beliau menjawab, “korang submit proposal bajet sikit, macam mana aku nak lulus banyak!” Itulah kelebihan Dr Iqbal apabila bertemu dengan para pelajar yang ‘kamcing’ dengannya. Dia lebih mudah untuk bersapa menggunakan ‘aku’. Setelah mendengar jawapan yang diberikannya itu, saya terus memandang exco Lawsoc, Amirul Iman, sambil tersenyum. Kataku padanya, “Haah. Tunggu apa lagi? Doktor dah bagi 'greenlight'. Siap sedia paperwork utk Hari Raya Mass Gathering pulak.”

Tuesday, September 23, 2008

majlis Iftar Rector Message yang mengejutkan!!!

[Teammate-sapa lagi nak join jadi fasilitator UIA??]

[Banner Rektor Message yang tak nampak]

[bersama rakan2 yang bertugas hari itu-Imran dan Yusaof 'naik syeikh' pakai rank Inspektor]

Majlis Berbuka bersama Rektor hampir setiap tahun 'nature'nya sama sahaja. Cuma pada tahun ini saya agak terkejut dengan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam majlis yang berprestij ini.Apa yang membuatkan hati ini terasa geram ialah apabila kita mengetahui kehadiran tetamu ke majlis ini adalah terdiri dari pelajar antarabangsa yang rata2nya merupakan bekas penuntut di universiti Timur Tengah.


Isu besar yang berlaku pada hari itu ialah persembahan 'signature dance' setelah Ustaz Hamidon merasmikan beberapa buah makalah keluaran UIA. Signature Dance itu dipersembahkan oleh rata2nya pelajar antarabangsa yang kemungkinan besar dari Turki dan Bosnia kerana rupa mereka saling tak tumpah seperti bangsa eropah. Persembahan mereka merupakan tarian ala2 'break dance'. Cuba bayangkan perempuan yang memulakan tarian ini dengan kaki terbuka menendang sana dan sisni dalam bulan ramadhan bepakain ketat. Adalah ini formula terbaik Ramadhan kita? Nauzubillah.

Saya bukannya ingin membuatkan isu ini menjadi sensasi.Tetapi ini bukan cara kita untuk merasmikan sesuatu program. Memang benar bila kita katakan yang kita nak tengok cara dan bentuk gimik keluar dari kepompong 'stereotype' tetapi adab dan akhlak harus diutamakan.
Alhamdullilah, saya ucapkan syukur apabila selepas saja tamat persembahan beberapa pelajar antarabangsa terus meluru kearah pegawai CCAC dan menyatakan bantahan mereka pada CCAC atas persembahan tadi. Kalau harapkan pelajar Melayu, memang kita tiada 'spirit' seperti itu dan entah bila kita mampu berani seperti mereka dalam menyampaikan pandangan.

Ya Allah berikan kekuatan kepada pelajar Malaysia!!!

Monday, September 22, 2008

Majlis Iftar Bersama Timb. Ketua Polis Selangor

[Gaya Tersendiri sebagai Pengerusi Majlis-di belakang PC]

[Bersama Para Pegawai Inspektor Sukarelawan Polis]

Semalam mungkin merupakan Ramadhan terakhir saya merayakan bersama para anggota Kor Suksis UIAM. Selepas ini tiada lagi istilah beramah mesra bersama orang kenaamn polis. kalau ada pun, mungkin giliran saya pula menjadi VVIP.

[Sjn Nazri sbg Ketua Jurulatih Polis UIA]

Menjadi Pengerusi Majlis dalam program rasmi yang melibatkan orang kenamaan memang merupakan satu pengalaman yang mencabar. Dicabar dan Tercabar!!!Alhamdullilah, pada malam itu saya telah diberikan kata semangat oleh seorang Pegawai Polis, ASP Ismail. Katanya, "Suara awak tak beralun. Kalau ada turun naik, baru menarik." Terima kasih saya ucapkan kepada Uncle Ismail yang sudi membuat teguran. rupanya masih banyak lagi yang perlu saya pelajari utk menjadi 'MC' yang terbaik. Mungkin selepas ni kena amik tips dari Sdr Amin idris yang hebat sampai dah ke ASTAKA Majlis Tilawah Antarabangsa.

[Bersama Para Pegawai Polis yang belajar di AIKOL]

Saturday, September 20, 2008

Berbuka Bersama YAB Datuk Seri Ahmad Said

[Perwakilan UIA bersama YAB Menteri Besar Terengganu]

Malam tadi saya sempat meluangkan masa bersama rakan saya untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak – Anak Terengganu di Perantauan (PESAT). Majlis ini berlangsung dengan begitu meriah sekali apabila turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said. Yayasan Terengganu merupakan penganjur utama yang memberikan sponsor kepada majlis ini.

[Dewan berlangsungnya Grand Iftar]

Sebenarnya program ini dikhaskan kepada anak2 Terengganu sahaja tetapi disebabkan anak2 Terengganu di UIA masih lagi dapat dilihat kelompangan maka saya diajak untuk bersama memeriahkannya di sebuah dewan Felda bertempat di Jalan Semarak KL.

Saya juga amat tersentuh kepada beberapa ‘points’ penting yang dibawakan oleh Menteri Besar Terengganu itu. Antaranya berkaitan perubahan yang telah dibawa olehnya setelah merangkul kemenangan dalam PRU 12 yang lalu. Tambahan lagi, kegembiraan begitu terpancar di wajahnya apabila PM telah memberikan semula royalty kepada kerajaan yang sah ini. Banyak kelebihan yang telah beliau berikan kepada anak2 Terengganu termasuklah menyara 100 pelajar ke luar Negara dan yang terbaru beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan bas percuma pergi dan balik Terengganu untuk sambutan raya tahun ini.



Walaupun, berita ini disampaikan oleh menteri besar yang bukan bertanggungjawab di negeri saya, dan bukan juga negeri saya yang mendapat kelebihannya, namun saya yakin dan percaya kelebihan dan kehebatan negeri saya (KEDAH) turut dirasai cumanya dari segi promosi dan informasi yang tidak sampai kepada rakyat. Inilah antara kelemahan yang dilalui oleh Pakatan Rakyat kerana mereka gagal menyampaikan maklumat seluasnya kepada rakyat Malaysia. Maka segala tohmahan, fitnah dan cerca mula tesebar sehingga penduduk secara umumnya mudah terpengaruh akan cerita yang dibaca mahupun yang ditonton melalui media massa.

Kita berdoa agar walau negeri manapun kita berada, Allah akan memayungi rahmat dan inayah serta mengampunkan dosa dan tindakan para pemimpin kita. Ameen.

[Kereta Kerajaan yang Kontroversi-Air Mata Rakyat]

[berlatar belakangkan papantanda Kumpulan Felda Holdings Berhad]