"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Selamatkan SABAH!

As salam dan Salam Sejahtera, 

Pertamanya marilah kita memanjatkan setinggi penghargaan kepada Alla Jalla Wa 'Ala yang masih memberikan nikmat Islam, Iman, sihat dan lapang kepada kita semua. Sudah beberapa ketika terhenti dari menulis entri terbaru untuk blog ini dan i'allah cuba untuk 'revive' semula dan berikan yang terbaik dari sudut perkongsian memandangkan ada yang mengikuti perkembangan semasa blog ini. 

Sebelum terlambat dan yang terakhir untuk entri kali ini, izinkan saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga anggota keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada pencerobohan luar di Lahad Datu yang sudah berlarutan sehingga sebulan. Kita mendoakan agar roh para pejuang ini diletakkan dengan para anbiya', syuhada' dan solihin.



Share

Tuesday, December 9, 2008

Tuesday, October 21, 2008

GPMS Gesa kekalkan ISA

Ini adalah sebahagian kenyataan akhbar GPMS dalam Sinar Harian Edisi Sentral bertarikh 20 Oktober 2008 tentang ISA :-

Sementara itu, beliau berkata GPMS Selangor turut mahu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan kerana akta berkenaan mapu menjamin keselamatan negara ini daripada anasir-anasir yang berniat jahat sehingga boleh mengganggu gugat keharmonian serta hubungan antara kaum.

“ISA adalah benteng terakhir yang boleh menyelamatkan negara kita. Saya mohon kepada pihak yang mahu ISA dihapuskan agar berfikir semula kerana sekiranya tiada akta tersebut di negara kita, bagaimana pihak kerajaan mahu menangani kes-kes seperti rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan sebagainya,” katanya. Beliau yang juga Yang Dipertua GPMS Gombak mengingatkan kembali bahawa selama ini ISA telah menyelamatkan negara dari anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara.
“ISA adalah benteng terakhir yang boleh menyelamatkan negara kita."
-Mohamad Mustafa Latif,
Yang Dipertua GPMS Selangor

Komen:
Pertama saya melihat adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk membuat sebarang kenyataan dan ini merupakan salah satu kebebasan bersuara yang perlu dihayati. Namun saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana secara ilmiah dan akademiknya hampir semua tenaga akademik, pensyarah,pakar perlembagaan, pengamal undang - undang dan badan bukan kerajaan menolak isu ini dan mahu ISA samada dipinda keseluruhan ataupun terus dimansuhkan.

Saya agak terkedu dan kecewa dengan kenyataan yang telah dibuat oleh persatuan yang berlabelkan pelajar ini yang mahu akta drakonian ini dikekalkan. Ramai yang tidak menyedari bahawa akta ini bukan sahaja tidak menjunjung tinggi semangat demokrasi malahan bersalahan dengan prinsip Islam itu sendiri. Lantaran itu, jangan mudah mempermainkan persatuan pelajar untuk dijadikan kuda tunggangan bagi menghalalkan segala cara yang bertentangan prinsip agama dan demokrasi.

Friday, September 26, 2008

Harga Petrol dan Diesel TURUN RM0.10 Sahaja!!!


Harga petrol dan disel dikurangkan 10 sen lagi. Ia berkuatkuasa mulai Khamis. Berita ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di Putrajaya menjelang Hari Raya ini.

Thursday, September 11, 2008

Ahmad Digantung Tiga Tahun

Sumber: Malaysiakini.com

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

Ketika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Wednesday, August 27, 2008

Kronologi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh: Anwar menang besar: Majoriti 15,671

Sumber: Malaysikini.com

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.


1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.
12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi: Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.
10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.
10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.
10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.


9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Thursday, August 21, 2008

MPP UIA mahu pakaian konvokesyen lama dikekalkan

Sumber: harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Permohonan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengekalkan pakaian rasmi Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 iaitu jubah hijau beserta songkok ditolak pihak universiti.

Dalam satu pertemuan wakil SRC dengan Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan, Prof Dato' Dr Md Tahir Azhar bersama Presiden SRC, Muhamad Adib Hatim, Timbalannya, Nor Hafizah Ismail dan Abdul Hayyi Salim pihak universiti bertegas mahu meneruskan pembaharuan yang telah dirancang dengan alasan ia adalah sempena ulang tahun universiti tersebut ke-25.

Mengulas mengenai keputusan pihak universiti itu, Adib berkata pihaknya kesal dengan ketetapan yang diambil memandangkan alasan yang tidak dapat diterima pihak mahasiswa.

"Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama pihak universiti sebelum ini pihak universiti juga tidak mahu mengiktiraf petisyen yang dihantar dengan alasan jumlah tersebut terlalu sedikit bagi mewakili sejumlah 25,000 mahasiswa UIAM lain.

Sempena majlis Istiadat Konvokesyen kali ini, pihak UIAM telah membuat pembaharuan pakaian penerima ijazah iaitu jubah yang berwarna hijau sebelum ini kepada warna biru turquoise dan songkok atau tudung putih kepada topi mortar.

Harakahdaily mendapatkan pandangan Md Tahir selepas pertemuan bersama wakil SRC untuk menjelaskan pendirian dan reaksi beliau ekoran permintaan mahasiswa terhadap pembaharuan yang dibuat.

"Pihak universiti telah terlebih awal merancang membuat keputusan ini selain menyelaraskan pakaian ini dengan Institusi Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau turut menafikan terdapat unsur pembaziran dengan kos RM2.1 juta untuk tujuan penambah baikan ini.

"Saya tahu bukan mahasiswa sahaja tidak bersetuju, bahkan pensyarah dan kakitangan pun ada yang bantah pembaharuan ini.

"Ianya bukan bermaksud membuang nilai Islam dalam majlis istiadat tahunan ini, tetapi ia adalah proses biasa," ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuan sebelum ini bersama wakil pimpinan mahasiswa, beliau menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dibincangkan bersama mereka.

"Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran-Adib Hatim (Pres MPP UIAM)"

Md Tahir turut menerangkan bahawa pakaian rasmi yang digunakan pada majlis konvokesyen sebelum ini akan dijual kepada pembeli tertentu, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan pembeliannya.

Dalam pertemuan ringkas di pejabatnya, beliau menerima petisyen dan referendum mahasiswa UIAM yang mendesak dibatalkan perlaksanaan pembaharuan tersebut dengan alasan ia adalah identiti UIAM yang tersendiri.

Mereka turut membantahnya dengan alasan pembaziran akibat kos yang tinggi digunakan bagi tujuan itu.

Kajian mengenai pembaharuan ke atas 4,000 mahasiswa UIAM juga mendapati 83 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut.

Namun, Md Tahir tetap menegaskan reaksi mahasiswa yang mahu mempertahankan itu adalah disebabkan mereka masih bernostalgia dengan kenangan lalu selain terpengaruh dengan rakan-rakan dalam menyatakan pendirian.

"Kalau nak kata ia bukan imej Islam, kita tak perlu adakan majlis secara besar-besaran seumpama sebelum ini.

"Buat penyerahan skrol sahaja kerana ia adalah cara kristian, lebih memudahkan pihak universiti," katanya lagi.

Ditanya pemilihan masa perubahan ini dibuat, beliau berkata ia adalah sempena ulang tahun ke-25 kampus tersebut.

"Kalau kita buat tahun depan, orang tanya kenapa tak buat tahun ini," ujarnya lagi.

Namun, ia menimbulkan tanda tanya kepada mahasiswa memandangkan kampus berkenaan telah 25 tahun ditubuhkan yang pada ketika itu IPT lain telah pun memiliki pakaian rasmi kononnya kini baru sahaja mahu digunakan oleh UIAM.

Kira-kira 200 mahasiswa berkumpul di perkarangan masjid UIAM membantah tindakan pihak universiti melaksanakan pembaharuan pakaian rasmi majlis konvokesyen kali ini.

Mereka diarahkan bersurai oleh pihak keselamatan universiti sebaik azan Zohor berkumandang.

Menurutnya, majlis istiadat konvokesyen tahun ini akan melibatkan sejumlah 4119 mahasiswa.

Monday, August 4, 2008

YB Dato Dr Hasan Ali di UIAM


[Budak2 CFS kena belasah dengan team HS]

[team konvoi YB Dato' Dr Hasan Ali]

[Ajut-Org kuat Ekonomi bersama dengan Maaruf Unit SRC]

Majlis Perwakilan Pelajar UIAM telah mengadakan satu perlawanan bola sepak antara Kulliyyah di universiti ini. Pada malam Sabtu hari Jumaat, saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa utk memberikan sokongan kepada team yang bermain pada malam itu (final).

Apa yang menarik ialah kehadiran YB Dato' Dr Hasan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor). MPP UIAM telah bersetuju mengadakan konvoi untuk menyambut kehadiran YB Dato Hasan Ali. Seperti biasa dalam mana2 aktiviti yang bersifat sosial ini memang merupakan kegemaran saya dan Alhamdulillah, malam itu saya sempat meluangkan masa bersama mereka untuk ikut serta dalam konvoi itu.

Walaupun ia hanyalah keputusan untuk bersama yang dibuat dalam masa yang singkat, saya tetap yakin bahawa mahasiswa yang ada pada malam itu, menghormati YB Dato sebagai wakil kerajaan yang sah pada malam itu. Semoga YB Dato' dapat melaungkan lagi masa bersama kami mahasiswa UIAM.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato atas kesudian merasmikan majlis penutup Perlawanan Bola Sepak Antara Kuliyyah UIAM.

Tuesday, July 1, 2008

Nikah:Let's Halal Connected!!!


SALAM PERKAHWINAN
Ust Tarmizi Md Din dan Ustazah Arfifah Mohd Sabian
5 Julai 2008
Pahang Darul Makmur

Semoga Allah memberi Rahmat dan Inayah sepanjang meniti rumah Tangga
Amin!!!

Wednesday, June 11, 2008

Presiden UIA DIPECAT !!!

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden universiti itu sekali pun wujud tekanan daripada pihak tertentu. Beliau berkata, dia akan terus memegang jawatan itu sehingga tamat tempoh pada 2010.

Katanya, mengikut Perlembagaan UIAM Bahagian IV (20) (iii), "Presiden boleh menulis surat kepada Ketua Perlembagaan untuk meletakkan jawatan atau jawatannya boleh ditamatkan oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Perdana Menteri."

"Saya tidak akan berhenti dengan sendiri daripada jawatan saya sebagai Presiden UIAM kerana menganggap tugas saya sebagai ibadat. Saya juga berhubungan sangat baik dengan Ketua Perlembagaan UIAM iaitu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah."
-Sanusi Junid

DIPECAT

DIGANTI

"Saya tidak percaya Duli Yang Maha Mulia Ketua Perlembagaan (UIAM) akan memecat saya kecuali dengan nasihat `Host Member' iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada UIAM,"

-Sanusi Junid

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Presiden kelima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa 2 Jun lalu. Beliau menggantikan Tan Sri Sanusi Junid yang tempoh perkhidmatannya dipendekkan dua tahun.

Tempoh perkhidmatan Sanusi sepatutnya berakhir pada 2010. Walaupun tempoh perkhidmatan Sanusi berakhir pada tahun 2010, namun menurut Perlembagaan UIAM, kedudukan beliau selaku Presiden tidak semestinya tidak boleh diganti biarpun tempoh perkhidmatannya belum berakhir.

Sebelum ini, spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar Umno mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Baca Berita Sanusi di Pecat


Friday, May 30, 2008

ISU SEMASA: Ezam Md Noor Sertai UMNO


Semalam mantan Ketua Pemuda PKR telah kembali menyertai UMNO dan beliau telah mendaftar sebanyak RM 100 sebagai ahli UMNO seumru hidup. Buletin Utama TV3 memberikan ulasan lanjut berkaitan penyertaannya semula ke dalam UMNO yang dianggap sebagai positif.

Ramai yang beranggapan bahawa Sdr Ezam Md Noor telah bertekad mahu membasmi rasuah melalui dalam kerajaan dan kuasa di luar kerajaan agak terhad. Nantikan perkembagan terbaru dari ahli poltik mu da ini.

Friday, May 23, 2008

Tontonilah Keputusan Rasmi Perbicaraan Pulau Batu Putih melalui Hafizbad.blogspot.com dari TV 1 secaa langsung pada 23 Mei 2008 (Hari INI)

Pulau Batu Putih Sewaktu Penghujahan Dua Buah Negara

Wednesday, May 21, 2008

sumber:Malaysiakini.com

Muhyiddin: Tindakan Dr M 'kritikal'

Naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".

Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu?

"Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.

Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.