"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Berjaya dalam Pelajaran: Kenali Dirimu!!!

Ramai yang ingin berjaya dalam kehidupan dan pelajaran. Namun masih ramai yang gagal dalam kehidupan mereka. Kenapa hal ini berlaku? Hal ini berpunca kerana mereka TIDAK mengenali Diri mereka dan potensi.

Jom kita lihat apa Unsur yang ada dalam badan manusia yang mampu memandu kita untuk berjaya dalam kehidupan seharian mahupun pelajaran. Manusia telah dibahagikan kepada 4 Unsur Utama:

1. Ruh
Setiap manusia diciptakan permulaannya ruh. Ruh merupakan antara perkara Gyaibiyyat (perkara2 ghaib) yang wajib kita yakini dan wajib kita imani. Hal ini telah dibuktikan lagi dengan Firman Allah dalam Al Quran: "Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka ruh2 menjawab:Bahkan Ya Allah!" Ini merupakan perkara asas bahawa setiap diri manusia mempunyai ruh dan makanan ruh ialah Ibadah. Sekiranya ruh tidak diberikan makan maka secara tak langsung kita juga akan menghadapi gangguan emosi dan psikologi. Itulah mengapa kita selalu gagal dalam kehidupan kerana Ruh kita tidak DIISI dengan IBADAH.

2. Jasad
Tubuh badan manusia yang berbentuk JISIM dipanggil sebagai JASAD. Jasad yang berbentuk jasmani merupakan bentuk luaran kepada ruh. Jasad perlu dijaga kerana ia memberikan kekuatan kepada kita untuk belajar dan bekerja. Saya teringat satu pesanan kaunseling yang saya terima di Ampang Putri Medical Centre.

Kata Kaunselor Kesihatan sana kehidupan manusia ini akan dijamin sihatnya dengan 4 Perkara. Pertama, pastikan ada rutin senaman yang cukup. Kedua, pastikan kita punya diet. Ketiga, Supplement atau makanan tambahan pun diperlukan.Keempat, Medical Check up setahun sekali. Oleh itu, jasad yang ada perlu dijaga agar dapat kembalikan tenaga utk kejayaan kehidupan

3. Akal
Antara yang membezakan manusia dan binatang ialah akal. Seperti yang Allah nukilkan dalam Quran,"Sesungguhnya aku jadikan manusia ini sebaik2 ciptaan" Oleh itu, akal perlu dijaga dengan baik. Antara makanan akal ialah ILMU. Ilmu perlu disadur agar ilmu yang diberikan bukanlah ilmu yang menyeleweng mahupun sesat.

4. Nafsu
Antara kelebihan lain pada manusia ialah NAFSU. Kalau manusia tidak punya nafsu, maka kehidupan manusia bagaikan malaikat. Seperti kata2 ulama Feqah, Iman Malaikat Tidak pernah naik dan tidak pernah turun. Jadi kehidupan mereka statik iaitu Mengabdikan diri kepada Allah semata2. Mereka tidak berkahwin, berkeinginan dan sebagainya. Nafsu ini perlu dikawal kerana nafsu juga membantu kepada kejayaan sekiranya nafsu ini dibentuk.

Imam Ghazali menafsirkan nafsu sebagai hati nurani dalam kitab Ihya Ulumuddin. Justeru nafsu terbahagi kepada tiga kategori. Tiga kategori nafsu manusia adalah:

a. Nafsu Mutmainnah. Tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara daripada penyakit hati.
b. Nafsu Lawwamah. Ia mempunyai pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji.
c. Nafsu Amarah. Nafsu yang berkehendak melakukan perbuatan keji.

Kesimpulan
Kejayaan dalam Kehidupan didorong dengan mengenali diri terlebih dahulu. Sekiranya 4 Unsur Manusia ini digabungkan dengan baik, I'allah ia akan membuahkan hasil yang cemerlang. Kejayaan bakal milik ANDA!!

Tuesday, May 19, 2009

MOTIVASI ISLAM TENTANG ILMU

Sabda nabi:

“Jadilah kamu orang yang ALIM (Mampu menyampaikan ilmu), ataupun orang yang BELAJAR ILMU, ataupun orang yang MENDENGAR ILMU, ataupun orang yang MENYUKAI ILMU tetapi JANGAN kamu JADI orang yang KELIMA-maka BINASAlah.”

Islam secara tidak langsung memotivasikan umatnya dengan TUNTUTAN ILMU. Jom kita lihat dan renung tuntutan dalam Hadis tadi:

1. ALIM

Islam menuntut agar umatnya berilmu. Bukan sekadar mempunyai ILMU tetapi Menyampaikannya kepada orang lain. Orang yang menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran sepanjang kehidupannya apabila orang menuntut tadi mengamalkannya. Selain itu orang yang berilmu ini akan lebih dekat dan bertakwa pada Allah. Maka benarlah seperti yang dijanjikan Allah, “Sesungguhnya orang yang benar- benar takut pada Allah ialah orang-orang yang berilmu (Ulama’)."

2. Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu juga dijanjikan Allah balasan yang baik. Hadis nabi berbunyi, “Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan – jalan ke syurga.” Jadi para pembaca budiman, walaupun usia kita sudah tua mahupun muda, kita masih lagi perlu menuntut ilmu kerana ILMU ini akan membantu kita mendapatkan jalan ke syurga Allah. Selalunya dalam menuntut Ilmu kita perlu membawa bersama buku untuk di damping.

3. Mendengar ILMU

Tuntutan yang ketiga ini bermaksud wujud juga kadang – kadang ada orang yang tidak berilmu ataupun tidak mahu menuntut ilmu. Tetapi mereka lebih suka untuk mendengar ilmu. Mereka lebih cenderung untuk membeli kaset dan cakera padat kerana mereka terlalu sibuk dengan tanggungjawab seharian. Maka orang yang sekadar mendengar ini pun diberikan balasan Allah.

4. Menyukai ILMU

Ada juga orang yang tidak sempat untuk belajar mahupun mendengar ilmu, tetapi mereka sekadar menyokong majlis – majlis ilmu. Sebagai contoh orang yang menderma kepada forum agama dan seminar motivasi tetapi mereka tidak pun terlibat secara langsung ataupun tidak. Orang seperti ini pun akan dikasihi Allah.

5. Orang yang KELIMA

Kita mungkin tertanya – tanya mengapa nabi memasukkan elemen ‘suspen’ dalam hadis baginda tentang orang yang kelima. Sesungguhnya orang yang kelima ialah golongan yang tidak SUKA langsung kepada ILMU. Mereka menolak majlis ilmu, forum dan seminar serta tidak memberikan segala bentuk sokongan. Oleh itu, kalau ada sifat kita tak suka pada ilmu, malas nak belajar, benci pada buku, maka jalan keluarnya ialah kita buang semua sifat dan sikap ini.

Jom sama-sama kita menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang kelima.

Tuesday, April 14, 2009

Menghadapi Rakan yang ‘moody’

Masalah
Baru – baru ini saya menerima satu persoalan yang diajukan oleh seorang mahasiswi yang bertanyakan tentang bagaimana menghadapi masalah rakan atau sahabat yang mudah ‘moody’. Soalan ini juga akan bertambah menarik sekiranya rakan yang ‘moody’ itu tidak mahu berbicara dengan rakannya selama beberapa hari ataupun minggu.

Mungkin bunyinya lawak tapi itulah reality apabila kita berhadapan orang yang ‘moody’. Mereka bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan orang disekeliling mereka. Yang penting bagi mereka (orang yang moody) cukuplah dengan sikap moody mereka memuaskan hati mereka. Hati orang lain tidak perlu dijaga kerana mereka memang terkenal dengan sikap PENTINGKAN DIRI.

Penyelasaian
Baiklah, mari kita lihat penyelesaiannya. Bagi saya, mereka yang menghadapi orang ‘moody’, mereka perlu BERSABAR. Cubalah berkawan juga dengannya walaupun orang ‘moody’ ini kasar pada kita. Sabar mereka ini akan dijanjikan balasan ALLAH. Kedua, YAKIN kerana Allah akan membalas sikap buruk orang ‘moody’ dengan seadilnya. Balasan Allah kadang berupa azab, hidayah dan sebagainya. Yang ketiga, kita perlu rajin BERDOA. Doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada rakan kita ini. Ingat kita berhadapan orang yang menjadikan emosi sebagai teman dan kita juga perlukan jadikan Allah sebagai teman. Teruskan amal ibadah dengan solat jemaah dan sunnat kerana Allah akan menemani kita berhadapan dengan emosi dan nafsu yang menemani orang ‘moody’.

Ingat, walau baik macam mana sekalipun kita bersamanya, kita tiada kuasa untuk memberikan hidayah padanya. Sepertimana kasihnya Nabi pada bapa saudaranya, Abu Talib, beliau tetap mati dalam kekufuran. Lalu nabi berdoa agar Allah memasukkan Abu Talib dalam golongan salihin kelak. Tetapi Allah menemplak nabi dengan mafhumnya, “Sesungguhnya kamu tidak mampu memberikan Hidayah terhadap orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah mampu memberi hidayah kepada siapa yang beliau kehendaki.” Selamat Berukhwah!

Friday, March 20, 2009

Antara Sahabat Karib dan Rakan Kenalan

Bah. Kedua

Imam Ghazali dalam bukunya yang bertajuk Bidayatul Hidayah menceritakan panjang lebar hubungan dan adab2 tentang persahabatan dalam Islam. Beliau telah membahagikan adab2 antara Sahabat Karib dan Rahabat Kenalan (Bukan sahabat Karib).

Kalau mengikut konsep Lingkaran Zon Persahabatan di dalam RK Training, sahabat Karib ialah orang yang kita kenal hati budinya manakala Rakan kenalan ialah orang yang kita kenalnya tetapi tidak kenal sangat hati budinya. Maka Imam Ghazali menekankan aspek Pemilihan Sahabat sebelum menunaikan hak sahabat.

Kata Imam Ghazali, “Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak dijadikan sahabat.” Ini bertepatan dgn Hadis nabi yang mafhumnya, “seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.”- hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi).

Teringat saya kepada satu Hikam arab yang menyebut kalau kamu berkawan dengan penjual atar maka kamu dan orang lain juga akan terasa wangi pada kamu tetapi kalau kamu berkawan dengan tukang besi maka kamu dan orang lain juga akan terasa busuknya pada kamu. Memang Hadis dan Hikam ini tepat dalam kehidupan seharian. Kalau tidak, masakan masalah moral yang berlaku ini akan dikaitkan dgn pengaruh rakan.

Kesimpulannya mudah. Kita kena yakin dengan sahabat yang kita pilih. Pilihlah sahabat yang bila kita bersamanya, kita rasa dekat dengan Allah. Tetapi bila kita berjauhan dengannya terasa jauh kita dengan Allah. Itu sifat fitrah manusia. Kalau tidak, masakan nabi sentiasa berdampingi bersama sahabatnya. Ingat! Sahabatlah yang akan membentuk diri kita. I’allah pada entry akan datang, saya akan huraikan apa lima kretaria untuk memilih sahabat.

Monday, March 16, 2009

Antara Dihargai dan Menghargai

Bah Pertama

Anda pernah Dihargai?
Anda pernah Menghargai?

Mungkin dua soalan sudah cukup untuk saya merungkai masalah hubungan antara rakan2. Rakan atau sahabat merupakan teman kepada sahabat yang lain. Yang menjadi permasalahan dalam hubungan persahabatan ialah PERSEFAHAMAN. Kalau salah seorang tidak belajar cara memahami, maka akan musnah persahabatan.

Dihargai
Ramai yang tidak pandai untuk menghargai penghargaan yang diberikan orang terhadap kita. Kita lebih selesa untuk senyap dan lupa untuk berterima kasih. Sikap begini tidak baik dalam pergaulan persahabatan. Kita seharusnya menginsafi apabila kita dihargai.

Menghargai
Apabila kita ditimpa musibah, dan kita dibantu oleh rakan kita, kadang2 kita lupa untuk menghargainya. Kita juga lupa untuk menghargai rakan2 yang mengambil berat terhadap kita. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya mudah. Kita kadang2 terlalu Pentingkan Diri.

Jom kita lihat betapa mulianya persahabatan akrab disisi Allah. Mafhum sebuah Hadis Sahih yang bermaksud, 7 gologan yang mendapat naungan Allah. Salah satu daripadanya ialah pertemuan dan perpisahan dua orang lelaki kerana Allah. Hebatkan Ukhwah kerana Allah. Itulah kelebihan yang ada apabila rakan memahami antara satu sama lain kerana Allah.