"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, July 7, 2013

Transformasi Diri bersama Maktab Mahmud Yan Kedah

Baru-baru ini saya sempat berkongsi pandangan bersama Maktab Mahmud Yan yang berkursus selama 3 Hari 2 Malam di Universiti Utara Malaysia. Sesi saya telah diadakan di Pusat Islam, UUM atas jemputan daripada Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Al Fadhil Ustaz Azman Abd Rahman yang merupakan mentor saya semenjak saya di bangku sekolah lagi. 

Saya sempat berkongsi SATU (1) kisah kejayaan tentang seorang insan yang kini dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia. Insan tersebut suatu ketika dahulu merupakan seorang yang hanya berkelulusan SPM dan lahir dalam keluarga yang tidak berada. Namun kini, beliau telah berjaya dalam hidupnya dan menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa beliau merupakan antara insan yang paling banyak mendirikan masjid di seluruh Kedah dan beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

[Para Pelajar MMCY yang sedang mengikuti perkongsian di Pusat Islam UUM.]


Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.


Share

No comments: