"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label GGC. Show all posts
Showing posts with label GGC. Show all posts

Monday, June 21, 2010

GGC di Dusun Eco Resort, Pahang

[keberangkatan pulang adik - adik peserta di atas lori]

[Memori Terakhir sebelum meninggalkan DER]

Seronok dan Mencabar! Itulah gambaran terbaik yang ingin saya kongsikan bersama anda. Pihak GGC mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan tertinggi Kelab TM Malaysia yang sudi menjemput kami untuk bersama para peserta serata Malaysia selama Tiga Hari Dua Malam di Dusun Eco Resort (D.E.R), Bentong, Pahang.

Peserta yang seramai hampir 120 orang memberikan semangat kepada kami bahawa mereka percaya yang mereka mahu mengecap kejayaan dengan cemerlang. Bengkel yang telah diterapkan dengan semangat Super Studi beserta Teknik Memori mampu memberi kelainan kepada pelajar apabila mereka pulang ke rumah.
Antara pengisian yang telah dikongsikan:

1. Super Study
2. Teknik Memori
3. Kuasa Fokus
4. Kepimpinan Super
5. Spiritual Quotient

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang menghadirkan diri. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Salam Sukses!




[ketika sesi Ice Breaking]

[Riadah Bermodul]

[Adik - adik yang 'sporting']

Saturday, May 8, 2010

Bengkel Seronok Bekerja di Hotel Quality KL


Pada hari Selasa yang lalu, saya menemani Konsultan Kanan Global Genius Consultant Sdn Bhd, Tuan Haji Fadzli Yusof bagi mengendalikan satu bengkel untuk merangsang minat para pekerja untuk bekerja. Program berjaya dilaksanakan DUA HARI dibawah pengelolaan SPACE UTM. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih buat UTM kerana menjemput kami.

Saturday, May 1, 2010

Siri-4 bagi Kursus Pintar Belajar SPM (9-11 April 2010)

Ini merupakan KPB SPM Siri-4 yang berjaya dibuat di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat. Terima kasih saya ucapkan kepada Syarikat Nuri Mesra, syarikat pengangkutan yang berjaya membawa para pelajar ke kem ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua peserta yang sudi hadir dan datang untuk membawa IMPIAN dan HARAPAN BARU bagi kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Semoga senantiasa Sukses!

[bersemangat dalam sesi pembentangan]

[ketika menyanyikan lagu tema]

[fasi dan peserta akrab dalam berprogram]

[tumpuan dan fokus kunci kejayaan]

Thursday, April 29, 2010

KPB Siri-5 di Nur Lembah Pangsun (16 - 18 April 2010)

[Jom menadah tangan sebelum makan]

[bersama penghulu KPB-5]

[boleh tahan jugak 'pitching'...]



Menarik dan Bersemangat. Itulah gambaran yang diberikan kepada para peserta KPB Siri 5 yang berlangsung di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Kehadiran dua sekolah utama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memberikan inspirasi baru untuk mereka. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam mengajar erti mereka tentang Potensi dan Perubahan Diri. Semoga anda semua meneruskan kecemerlangan anda!

Beberapa perkara yang telah dikongsikan bersama dalam program tersebut. Dalam membuat Kumpulan Belajar (KP) anda perlu bijak mengaihkan tugasan.

1. Bahagikan secara samarata
Pastikan anda membahagikan tugasan itu secara adil dan samarata. Jangan biarkan seseorang itu dibebani tugasan yang banyak berbanding rakan yang lain.

2. Tentukan standard pembentangan
Anda perlu menentukan format pembentangan anda. Boleh dimuatkan gambar, carta, dan sebagainya. Ini akan membuatkan KB menjadi lebih seronok dan interaktif.
 
3. Tempat & Suasana yang sesuai
Faktor tempat dan suasana juga penting dalam mempengaruhi KB. Jangan pilih tempat yang terlalu gelap kerana boleh menyebabkan kita mudah terlena. Begitu juga tempat yang bising kerana boleh menghilangkan konsentrasi. Pilihlah kawasan yang tenang dan selesa.

[cantik muka suma...!]

[berani cabar diri]

[sesi suai kenal yang hebat sambil berlakon]

Monday, April 19, 2010

Kursus Pintar Belajar SPM di Lembah Azwen- (26 hingga 28 Februari 2010)

[Memori indah bersama peserta]
[Mengalunkan bersama lagu tema program]
[Menguji diri sendiri dalam Permainan Motivasi]

Kali ini, Global Genius Consultant Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan untuk membimbing para pelajar dari Daerah Kuala Selangor. Program ini mensasarkan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Lembah Azwen Resort merupakan destinasi pilihan bagi menjayakan program para pelajar di sini. Turut memeriahkan program ialah para pelajar dari Asrama Anak Yatim Sabak Bernam.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang berani BERUBAH DIRI bersama di program Kursus Pintar Belajar SPM 2010. Semoga Sukses Selalu!!!
[Jom berkongsi pendapat]
[Port cantik di Lembah Azwen]

Friday, April 16, 2010

Kursus Pintar Belajar di Nur Lembah Pangsun! (19-21 Feb 2010)

[Salah seorang peserta yang menyambut hari kelahirannya]

[Papan tanda bukti kehadiran kami]

[bersama fasilitator wanita, Pn Siti Nabilah]

Nur Lembah Pangsun adalah destinasi kedua kami utk Kursus Pintar Belajar SPM Siri 2 bagi para pelajar SPM Daerah Sabak Bernam. Kali ini para peserta penuh satu bas iaitu seramai hampir 40 orang. Kecerian tergambar di wajah mereka kerena mereka begitu yakin, komited dan percaya bahawa dengan kehadiran mereka ke program kali ini akan mengubah persepsi dan meningkatkan motivasi kendiri masing - masing.

Seperti dalam program - program lain, saya dan rakan - rakan konsultan percaya bahawa mereka yang hadir dengan penuh keikhlasan ini bakal melakar satu sejarah untuk merubah diri mereka. Antara slot yang menarik ialah Strategi Membina Kumpulan Belajar (Study Group). Untuk membina sebuah kumpulan belajar ada beberapa perkara asas yang diperlukan. Antaranya ialah:

1. Ahli yang berdisiplin
Para pelajar perlu memastikan ahli Kumpulan Belajar (KB) itu terdiri di kalangan mereka yang berdisiplin. Disiplin yang perlu dipatuhi ialah masa, tugasan dan buku rujukan.

2. Jumlah yang munasabah
Pastikan kehadiran ahli KB dalam jumlah yang munasabah. Tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu ramai. Sebenarnya kalau ahli KB itu sekadar 2 orang pun berkesan tetapi hasilnya tak banyak berbanding dengan ahli KB yang seramai 5-8orang. Kalau anda inginkan hasil besar maka binalah ahli KB yang besar Seperti pesanan Norman Vincent Peale, 'Think Big, Act Big and Be Big!' Tetapi jangan terlalu besar sehingga10-15 orang kerana Kb akan menjadi pasar dan bising.

3. Lantik Koordinator
Setiap organisasi perlukan seorang ketua. Begitu juga keadaan dalam KB. Walaupun ia hanya kumpulan kecil namun perlantikan seorang ketua memudahkan urusan KB dalam pembahagian tugasan dan penetapan tempat.

Ini merupakan antara tips penting dalam menjiwai sebuah Kumpulan Belajar (KB) yang berkesan. Selamat mencuba!



[Gerak kerja berkumpulan]

[menguji kemahiran berkomunikasi]

Monday, March 29, 2010

GGC-AZAS-Azwen 12-14 Rebruari 2010

[bersama sebahagian peserta putra]

[membantu para pelajar]

Global Genius Consultant Sdn Bhd membuka tirai baru 2010 melalui program di bawah AZAS dengan penglibatan pelajar dari Sabak Bernam. Program ini mensasarkan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Lembah Azwen Resort merupakan destinasi pilihan bagi menjayakan program para pelajar di sini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berani mencabar diri untuk bersama di program Kursus Pintar Belajar SPM 2010.


[fokus dalam memahirkan diri]

['binding' yang kuat memastikan kumpulan yang TERBAIK]

[sambil belajar sambil beriadah]

Thursday, January 14, 2010

Program Remaja Perdana (Prebp 09) PMR [281209 - 301209]

Memang happening!!! Itu yang dapat saya gambarkan untuk peserta PREBP 09 yang telah saya dan rakan2 lain kemudikan untuk kali terakhir ini sebagai penutup tirai tahun 2009. Peserta yang terlibat dalam program kali ini sporting abis. Memang diJAMIN Syok!!!

Program kali ini bertambah menarik apabila ada seorang pelajar yang telah di BANG - BANG BOOMkan. Dia menjadi 'mangsa' WAKANABEB ini kerana menyambut hari lahirnya di hari terakhir program tersebut. Saya juga begitu tersentuh apabila terdapat juga para pelajar yang hadir dari kalangan Asrama Damai Sg Buloh yang pernah tidak mempunyai ayah dan lebih malang anak yatim piatu.

[Mangsa Bang Bang Boom..!!!]

[Bersiap sedia dengan Kertas Survivor masing - masing]

Saya dan rakan2 telah menyatakan dengan tegas walaupun anda lahir dari keluarga yang susah, miskin, tiada keluarga dan sebagainya, anda sebenarnya mampu Mencipta Sejarah. Tolak di tepi segala bentuk kelemahan, kekurangan dan penat lemah. Hal ini kerana hanya otak yang sentiasa positif mampu mengecapi kejayaan sebenar.

Lihatlah Nabi Muhammad menolak kelemahannya yang buta huruf. Lihatlah Julias Ceaser yang menolak kekurangannya yang pernah mengidap sawan. Lihatlah Umar Mukhtar yang menolak penat lelahnya berjuang dan berperang tika berumur 80 tahun. Mereka semua berjaya dalam lapangan masing - masing kerana mereka tetap dengan Fikiran Positif.

[Macam - macam Berus Gigi ADA...]

[Macam mana nak berfikir secara kreatif yer??]

[Jom beraksi]

Friday, January 1, 2010

Program Remaja Perdana (Prebp 09) PMR [141209 - 161209]

[Senaman 'Hantu Pocong']

Lembah Azwen Resort di Hulu Langat kini menjadi tapak baru utk GGC melebarkan sayap. Kami telah diberikan kepercayaan sekali lagi oleh LZS untuk menjayakan program peringkat remaja bagi daerah Hulu Selangor.

Program ini mensasarkan Dua Matlamat Utama:
1. Keinginan Pelajar untuk menyambung pelajaran 2. Keperluan Pelajar memilih Pekerjaan dan Cabarannya.

Dalam program tersebut, alhamdulillah saya telah sempat kongsikan bahawa kehidupan ini setelah berjaya melalui peperiksaan SPM akan melalui beberapa cabaran:

1. Kewangan 2. Ilmu 3. Racun 4. Cabaran

Semua pelajar secara tidak langsung terperangkap dengan faktor yang disebutkan di atas. Cumanya, penyelesaian tersebut hanyalah dapat dicari sekiranya remaja bijak membuat keputusan. Apa yang ditunggu lagi? Buatlah keputusan tepat untuk diri anda.

[Wajah ceria yang tidak dapat dirahsiakan lagi]

[Berani atau tidak mencuba?]
[Jom kita senaman dengan cara yang betul]

[Kumpulan Butterfly hampir menjadi kumpulan terbaik]

[Takut untuk berbicara. Kenapa yer?]

[Apa yang menarik tue?]

Tuesday, December 29, 2009

Program GGC bersama YTM di Langkawi Seaview [071209-091209


Terima kasih saya ucapkan buat Mentor saya, Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk bersamanya menjayakan program Yayasan Telekom Malaysia di Langkawi, Kedah. Perjalanan yang bermula di LCCT dan menetap selama 3 hari di Langkawi Seaview memberikan semangat baru kepada semua peserta yang merupakan Executive Staff Telekom yang menuntut pelajaran di IPTA.

Pengisian yang diberikan begitu menarik dan berbaloi kepada semua peserta. Tuan Fadzli telah berkongsi beberapa perkara:

1. Merangsang Kuasa Minda Super
2. Meningkatkan Prestasi Minda Super
3. Mencipta Kuasa Memori dengan Minda Super
4. Pengurusan Diri dengan Minda Super
5. Kuasa Hijrah, Kuasa Berubah!

Kepada semua peserta, tahniah kerana berani mencabar diri masing - masing untuk turut serta program GGC kali ini. Buku yang ditempah sepanjang program sudah boleh didapati dibahagian Sekretariat YTM di Menara Telekom.

Wednesday, December 23, 2009

Smart Ibadah Camp di Kalumpang Resort [21-22 November 2009]

[En Rafi selaku wakil LZS menyampaikan 10 hadiah terbaik]

[Para pelajar putra yang dahagakan ibadah sohihah]

Kali ini saya bersama rakan - rakan saya berada di Kalumpang Resort untuk membantu para pelajar Hulu Selangor bagi memahami konsep ibadah yang sohihah. Hampir 40 orang berkumpul di sana selama dua hari semalam untuk menyelami konsep ibadah yang sebenar.

Beberapa perkara yang sempat saya kongsikan bersama para pelajar tentang Tahsin Solat iaitu bagaimana untuk mencantikkan dan menyempurnakan solat. Antaranya:

1. Hadhir Hati
2. Tafahum (Memahami Solat)
3. Ta'dzim (Mengagungkan Allah)
4. Haibah ( Takut Allah)
5. Raja' (Berharap dalam Solat)
6. Haya' (Malu pada Allah)

Kalaulah kita sudah lama mengamalkan keenam - enam tips ini, saya yakin dan percaya anda akan merasai keseronokan beribadah sepanjang melaknakannya. Salam Ibadah.

[Pelajar Putri yang menunjukkan komitmen mereka]

[mereka yang bersedia melakukan perubahan]

[pelajar tunggal dari Sek Men Sains Hulu Selangor]