"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Tahniah kepada Yang Berjaya dalam STPM dan SPM 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang lalu. Kejayaan ini adalah berkat usaha anda dan doa orang yang menyayangi kita. Teruskan SUKSES anda bermula hari ini dan seterusnya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan berasa tewas kerana kehidupan anda sebagai manusia dewasa baru bermula dan anda masih mempunyai masa untuk berubah.

 Ingat! Orang yang BERJAYA ialah mereka yang pernah jatuh dan belajar untuk bangun semula. Tetapi orang yang GAGAL ialah orang jatun dan terus jatuh kerana tidak belajar untuk bangkit kembali.


Share

Sunday, July 7, 2013

Transformasi Diri bersama Maktab Mahmud Yan Kedah

Baru-baru ini saya sempat berkongsi pandangan bersama Maktab Mahmud Yan yang berkursus selama 3 Hari 2 Malam di Universiti Utara Malaysia. Sesi saya telah diadakan di Pusat Islam, UUM atas jemputan daripada Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Al Fadhil Ustaz Azman Abd Rahman yang merupakan mentor saya semenjak saya di bangku sekolah lagi. 

Saya sempat berkongsi SATU (1) kisah kejayaan tentang seorang insan yang kini dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia. Insan tersebut suatu ketika dahulu merupakan seorang yang hanya berkelulusan SPM dan lahir dalam keluarga yang tidak berada. Namun kini, beliau telah berjaya dalam hidupnya dan menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa beliau merupakan antara insan yang paling banyak mendirikan masjid di seluruh Kedah dan beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

[Para Pelajar MMCY yang sedang mengikuti perkongsian di Pusat Islam UUM.]


Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.


Share

Thursday, January 31, 2013

Munajat Cinta di POLIMAS, Jitra.

Pertemuan saya di Pusat Islam Polimas Jitra bersama dengan Ustaz Faisal Mustafa dalam pentas yang sama membicarakan Munajat Cinta pada tahun lalu memberikan seribu satu erti CINTA. Munajat Cinta yang dimaksudkan sini ialah rasa dan kasih sayang kepada Allah swt untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Pelbagai isu yang telah dikupaskan bersama dalam program tersebut antaranya: 
1. Definisi Munajat dan Cinta
2. Tanda2 Seseorang tenggelam dengan Cinta 
3. Istiqamah Cinta kepada Allah 
4. Konsep Kebergantungan kepada Allah

Mudah-mudahan perkongsian memberikan manfaat penuh kepada rakan-rakan pelajar.




Share

Wednesday, January 30, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Anak-Anak Staf Petronas Zon Utara

Assalam dan Salam Sejahtera. Sedikit rangkuman galeri bergambar perkongsian saya bersama anak-anak staf Petronas di Gurun, Kedah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat sekolah. Perkongsian yang saya bawakan pada majlis tersebut ialah Bijak Sana dan Bijak Sini. Tahniah atas kejayaan anda semua.



Share

Saturday, November 10, 2012

Salam Kejayaan SPM 2012

Assalamualaikum wrh wbt dan Salam Sejahtera.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Kejayaan kepada semua pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Semoga anda semua berjaya menempuhnya dengan hati yang TENANG, SABAR dan REDHA dengan segalanya. 

Amalkan konsep ini:

Doa + Ikhtiar & Usaha + Tawakkal = KEJAYAAN 

(D . U . I . T)

Salam Kejayaan!

Share

Saturday, November 3, 2012

Kecemerlangan Akademik di Madrasah Taklimiah Khairiah Tok Keling

Penetapan Matlamat pada asasnya bermula dalam Islam. Setiap perkara perlu dimulakan dengan niat. Niat itu ialah Matlamat. Niat akan menentukan pergerakan seterusnya. Begitu juga matlamat. Matlamat akan menentukan kejayaan seterusnya. Binalah matlamat anda bermula hari ini. 

[Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan]

[Peserta Muslimin sedang mencuba menetapkan matlamat]

[Seorang peserta Muslimat mencabar diri]
Share

Monday, October 29, 2012

Syoknya Kerja bersama Petronas Fertilizer

Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Wan, Pegawai Agama PFCK yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pandangan semasa Majlis Keraian Pemegang Lesen CO di puncak Gunung Jerai, Kedah. Sempat berkongsi pandangan tentang MAHU vs TAHU dalam bekerja dan Bekerja itu Ibadah. Semoga perkongsian membawa manfaat bersama. 

[Pemandangan dari atas Gunung Jerai]

[Kenderaan yang membawa saya naik ke Gunung Jerai]

[Kredit kepada Ustaz Wan dalam pejabat PCFK]

[Dihadapan pejabat PCFK Kedah]

Share

Wednesday, July 25, 2012

Sekitar Kem Anak Soleh di Maktab Mahmud Alor Setar (Putra & Puteri)








Share

Monday, June 18, 2012

Beraksi untuk Ujibakat Rancangan Realiti TV Adik-Adikku

 [Bergambar bersama Ustaz Amin-Penerbit Rancangan Adik-Adikku]

Buat julung kalinya, Allah telah memberikan peluang untuk saya berkongsi pandangan sebagai salah seorang jurubakat untuk Rancangan Realiti TV Adik-Adikku anjuran JAKIM bagi menggantikan Ustaz Hariri Daud yang tidak berpeluang untuk hadir ke Gurun, Kedah. Suatu pengalaman yang cukup bermakna dan setinggi ucapan penghargaan kepada Ustaz Hariri yang sudi memilih saya menggantikannya. 

 Sebelum ini kita hanya 'beraksi' di hadapan audien dan bukan di hadapan kamera. Maka ini satu cabaran baru yang telah dilalui dengan sebaik yang mungkin. Beberapa perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang menghakimi para pelajar yang rata-rata terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5 di sekitar Kedah iaitu Keberanian dan Persiapan. 

1. Keberanian 
Seharusnya mana-mana pelajar yang ingin terlibat dalam ujibakat untuk mana-mana rancangan realiti tv perlu berani dan yakin. Jangan malu untuk beraksi dan menunjukkan bakat yang terpendam. Kegagalan untuk menyakinkan para hakim membolehkan kita selaku peserta terkeluar awal daripada termasuk 'short-listed' untuk ujibakat masa akan datang. Pengalaman ujibakat yang lalu menunjukkan ada para peserta yang malu-malu untuk bercerita, bercerita dengan suara yang gugup dan adakalanya terlupa skrip. 

2. Persiapan 
Keberanian sahaja belum menentukan kita layak untuk menjadi calon rancangan realiti televisyen. Kita juga perlu bersiap sedia dengan segala persiapan sebelum memasuki sesuatu pertandingan. Untuk rancangan 'Adik-Adikku', para pelajar seharusnya mengetahui lebih awal bahawa pihak JAKIM ingin para peserta yang memenuhi kriteria berikut: 

1. Mampu mengalunkan Azan 
2. Menghafal surah-surah pilihan dan memperdengarkan bacaan secara tarannum 
3. Berpidato secara berkeyakinan 
4. Mampu menjawab soalan-soalan pengetahuan am 

Apa yang berlaku sepanjang ujibakat yang berlangsung di Karnival BEST, Gurun agak mendukacitakan apabila majoriti pelajar tidak bersedia dengan sebaiknya untuk menghadiri sesi ujibakat. Ramai yang sekadar berdoa dan mencuba sehingga apabila ditanyakan, "Adik nak kongsikan apa pagi ini yer?" Lidah mereka menjadi kelu dan hanya sekadar tersenyum. Itulah telatah sepanjang ujibakat tersebut. 

Apapun didoakan kepada semua adik2 peserta seluruh Malaysia yang bakal mengikuti ujibakat dapat mengikutinya dengan penuh sabar dan berkeyakinan. Moga sukses bersama anda!!! 


 [Seorang waris yang ditemubual oleh Penerbit]

 [Seorang peserta yang menguji bakat dengan penuh keberanian]

[Detik-detik mendebarkan]

               [Sedang berkemas untuk pulang ke Putrajaya]         [Karnival BEST, Gurun]

Share

Saturday, June 16, 2012

Rahsia Kejayaan di Kem Bina Insan di Sekolah Agama DARIS

Beberapa minggu yang lalu saya telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama para peserta Kem Bina Insan semasa minggu percutian sekolah. Tajuk perkongsian kali ini ialah Rahsia Kejayaan atau Tips Kecemerlangan Diri. Antara tips yang sempat saya kongsikan ialah KUASA DOA.

Doa merupakan antara pengharapan yang terakhir setelah usaha dan ikhtiar kita lakukan. Kita harus mewajibkan diri kita untuk berdoa kerana kita merupakan makhluk ciptaan Allah. Allah yang merupakan Khalik (Pencipta) mengharapkan doa daripada hambaNya. Kalau kita tidak berdoa bererti kita mencabar Allah. Ini berlaku apabila kita beranggapan dengan usaha kita sendiri, kita akan mendapat hasilnya. Sedangkan Allah yang menentukan segala hasil samada dengan usaha sendiri ataupun keajaibanNya.

Belajarlah daripada segala nabi yang tidak putus-putus berdoa walaupun mereka semua adalah kekasih Allah yang dijamin masuk syurga. Sejarah membuktikan apabila Nabi Adam dilemparkan ke dunia daripada syurga setelah melanggar larangan Allah swt dek pujukan syaitan maka Nabi Adam berdoa sepertimana yang termaktub dalam Surah Al A'raf:23.

 [Begitu asyik melakukan aktiviti]

 [Peserta Pelajar Putra dan Pelajar Putri]

Begitu juga dengan Nabi Nuh yang berdoa untuk menyelamatkan anaknya apabila ditelenggami oleh banjir besar seperti yang termaktub dalam Surah Hud ayat 45. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya apabila anak Nabi Nuh tetap mati dalam kekufuran walaupun Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah swt untuk menyelamatkan anaknya.

Banyak lagi Al Quran telah merakamkan kepada kita tentang kehebatan para nabi yang tidak putus-putus doa. Antara lain terungkap dalam kisah Nabi Ibrahim yang telah dipaksa oleh ayahnya agar berpaling daripada Allah. Maka Nabi Ibrahim terus berdoa, "Wahai Tuhanku! Jadikanlah Aku orang yang mendirikan solat dan demikian jugalah zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan Aku." Doa ini telah dititipkan oleh Nabi Ibrahim seperti yang terkandung dalam Surah Ibrahim ayat 40.

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri berdoa ketika pasukan musuh yang lebih ramai daripada muslimin dalam peperangan Badar. Nabi berdoa sehingga jatuh serban. Saidina Abu Bakar yang berada di situ mengangkat serban dan berpesan kepada nabi bahawa Allah akan memustajabkan doa baginda. 

Begitulah doa para nabi dan rasul. Kalau mereka berdoa, bukankah kita perlu lebih banyak berdoa berbanding mereka. Hanya berdoa yang mampu membantu kita. Kehidupan kita penuh dengan kekurangan. Kekurangan itu perlu kepada Kebergantungan. Kebergantungan kita ialah hanya pada Allah melalui DOA. Jom doa!


Share

Friday, March 30, 2012

Transformasi Diri di Maktab Mahmud Pokok Sena, Kedah

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Sahanita, Penolong Kanan HEM, Maktab Mahmud Pokok Sena(Guru Kelas saya sewaktu belajar di MMAS) dan juga Kaunselor MMPS atas kepercayaan yang diberikan. Saya nampak sinar-sinar perubahan di mata para pelajar. Moga mereka terus cemerlang dan sukses dalam setiap masa dan keadaan.





Share

Saturday, January 14, 2012

Sekitar Program Bersama Tinta Hikmah Consultant di Sek. Men. Sains Syed Putra, Perlis






Share