"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Kampus. Show all posts
Showing posts with label Kampus. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Bengkel Pengucapan Awam KUIN

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdri Nurul Ain selaku barisan Exco untuk Kelab Pengucapan Awam, Kesenian dan Kepimpinan (KEMUDI) atas jemputan yang diberikan untuk berkongsi ilmu dalam pengucapan awam tersebut. Tidak lupa juga buat Ustaz Faisal (UUM CAS) kerana memberikan peluang untuk saya berkongsi bersama mahasiswa KUIN.

Bengkel tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun kehadiran tidak mencecah sehingga 50 orang. Namun bilangan peserta bukan penentu kepada kejayaan program tetapi kesungguhan beserta keihklasan akan membuktikan kejayaan sesuatu perancangan.

Dalam perkongsian tersebut saya sempat berkongsi beberapa pandangan saya untuk menjadi Perucap yang terbilang. Antaranya ialah:

Tujuan Komunikasi
Salahtanggapan Komunikasi
Jenis-jenis komunikasi dan pengucapan
Asas – asas penting komunikasi
Persiapan dan persediaan komunikasi

Sebelum memulakan sesi komunikasi dan pengucapan, seseorang perucap perlu mengetahui tujuan ucapan tersebut. Tujuan ucapan dan komunikasi bergantung kepada situasi dan kondisi. Di sini saya gariskan beberapa tujuan itu:

Mendapat Dan Memberi Maklumat
Komunikasi digunakan sebagai alat untuk mendapatkan dan memberi maklumat. Tanpa komunikasi suatu maklumat itu gagal untuk didapati dan diberi kepada sesiapa yang ingin berhubung. Cara komunikasi dalam mendapatkan maklumat boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan termasuklah penggunaan alat elektronik.

Mengubah Perlakuan
Selain itu, komunikasi juga digunakan sebagai alat untuk mengubah perlakuan. Komunikasi ini sering diamalkan dalam hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan. Hasilnya ialah untuk memberikan suatu impak motivasi yang tinggi kepada perucap.

Memujuk
Bahkan komunikasi juga diwujudkan bagi tujuan untuk memujuk. Pujuk rayu ini selalu berlaku antara pasangan suami isteri, ibu bapa serta bagi jurujual jualan barang secara langsung atau secara terus. Tanpa komunikasi pujuk rayu, kemungkinan suatu permasalahan suami isteri sukar diselasaikan. Malahan suatu jualan barang misalnya secara juaran langsung mungkin tidak terjual. Itulah kepentingan untuk memujuk.

 [Bengkel yang dipenuhi mahasiswi KUIN]

[Siapakah Pengucap TERBAIK?]

Memberi Kefahaman
Antara punca pergaduhan dan pertikaman mulut adalah kerana salah faham. Oleh itu, komunikasi juga dijadikan sebagai alat untuk memberikan kefahaman antara satu sama lain. Tanpa komunikasi yang memberi kefahaman yang baik memungkinkan perucap untuk ebrhadapan risiko salah faham.

Memberi Tindakan
Hubungan antara pemimpin dan penyokong atau pekerja bergantung kepada komunikasi dalam bentuk arahan dan tindakan. Arahan untuk memberi tindakan adalah asas penting merencanakan sesuatu perancangan yang berjaya. Tanpa arahan berkemungkinan besar pekerja dan penyokong akan menjadi pasif dan tidak aktif dalam bertindak.

Itulah antara tujuan komunikasi dan pengucapan awam. Semoga maklumat ini dapat memberikan manfaat bersama. Salam Sukses. =)

Wednesday, November 4, 2009

Haflah Wada' USIM Semester 1, 2009/2010

[Hidangan yang disediakan sendiri oleh HAA6 FKP]

[Para pelajar HAA6 FKP]

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dalam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dakwah kerana telah menganjurkan Haflah Wada' untuk semester ini. Tahniah saya ucapkan atas kerjasama kalian semua sepanjang perkongsian ilmu selama satu semester ini. Semoga Allah memberikan kemudahan buat antum selalu.

Jadikan perkongsian kitab2 yang kita bicarakan sebelum ini sebagai aplikasi dalam kehidupan. Makalah - makalah ilmiah yang sempat kita diskusikan bersama seperti kitab Ihya' Ulum Ad Din karangan Imam Ghazali, Adab Ad Dunya wa Din karangan Imam Mawardi, Mughni Muhtaj karangan Imam Khatib Syarbini rahimahumullah dan Fatwa Muassarah himpunan karangan Yusof Qardhawi hafizahullah, jadikannya sebagai pegangan dan cara kehidupan.

Semoga diberikan sinar baru setiap detik waktu dan kehidupan. Syabas dan tahniah!!!

[Tak jelas-sesi bersama pelajar HAA8]

[Jamuan bersama pelajar HAA 8]

[Bersama para pelajar HAA 5]

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI di UIA beberapa hari yang lalu...

[Kepulangan MP Pasir Salak dengan awal membuatkan banyak pihak tak puas hati]

[Ucapan dari Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin]

UIA sekali lagi menjadi pentas mahasiswa dengan jayanya mengadakan diskusi ilmiah yang bertemakan MANSUHKAN PPSMI. Saya bersama rakan2 yang lain sempat untuk meluangkan masa berdiskusi dan berforum bersama mereka. Kehadiran panelis ditunggu2 oleh mahasiswa kerana forum ini melibatkan pemimpin parti pembangkang dan kerajaan.