"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Tahniah kepada Yang Berjaya dalam STPM dan SPM 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang lalu. Kejayaan ini adalah berkat usaha anda dan doa orang yang menyayangi kita. Teruskan SUKSES anda bermula hari ini dan seterusnya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan berasa tewas kerana kehidupan anda sebagai manusia dewasa baru bermula dan anda masih mempunyai masa untuk berubah.

 Ingat! Orang yang BERJAYA ialah mereka yang pernah jatuh dan belajar untuk bangun semula. Tetapi orang yang GAGAL ialah orang jatun dan terus jatuh kerana tidak belajar untuk bangkit kembali.


Share

Thursday, November 7, 2013

Salam Tahun Baru Islam 1435H


Semoga Allah mempermudahkan laluan kita semua untuk mencapai matlamat sepanjang tahun 1435H. Insya-Allah!

Share

Tuesday, July 9, 2013

Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari Tertentu dan DUA HARI Terakhir Syaaban

"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas  
 
IBADAT PUASA Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut: 

Puasa Pada Kedua-dua Hari Raya Alim ulama' rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya "Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat. Dalilnya ialah hadith yang berikut:

35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري) 35- 

Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata: "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."(1) (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari) 
__________________________ 
1. Fath al-Bari (5:142). 

Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara lain seperti berikut: 
36- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم) 36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."(1) (Hadith Sahih - Riwayat Muslim) Dalam sebuah hadith sahih yang lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah., dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kepada Ibn `Umar, katanya: "Saya telah bernazar untuk berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya puasa atau pada hari raya haji, (bagaimana hukumnya)?" Ibu `Umar menjawab: أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ هَذَا الْيَوْمِ. "Allah Taala telah perintahkan supaya (orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w. pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang tersebut."(2)
 _____________________________ 
1. Ittihaf Ahl al-Islam (250). 2. Kitab yang sama (251). 

Puasa Pada Hari-hari Tasyriq Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas. Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina". Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut: 37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد) 37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1) (Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
 ____________________________ 
1. Nail al-Autar (4:277). 

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut: 38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد) 38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1) (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) Larangan yang tersebut adalah larangan haram.
___________________________ 
1. Al-Fath al-Rabbani (10:144), hadith ini 'sanad'nya jayyid (elok). 


Puasa "Hari Syak": Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: 39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي) 39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1) (Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) "Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya. Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2) Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang. Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang. Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan. 
____________________________ 
1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".
 2. Sabil Al-Muhtadin (2:142). 

Puasa hari Jumaat Dilarang juga berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: 40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد) 40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(1) (Riwayat Imam Ahmad) Larangan yang tersebut ialah larangan makruh. Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu: Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.

 _________________________ 
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim. 

Puasa hari Sabtu Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1) Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)
 _______________________________ 
 1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi. 2. Kitab yang sama (1:446).

[Sumber Ehsan: http://www.islamgrid.gov.my/]
 
Share

Monday, June 24, 2013

Nisfu Syaaban: Jom tarbiyyah diri sebelum Madrasah Ramadhan

[kredit gambar kepada wehdah perkongsian]

Jom kita berdoa agar Allah memperkuatkan kita untuk melalui Madrasah Ramadhan melalui tarbiyah Syaaban. Terkenang suatu hadis Daripada Aisyah radiyaAllahuanha menyebut, "Aku tidak pernah melihat rasulullah berpuasa penuh melainkan bulan Ramadhan&aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa sepertimana dalam Bulan Syaaban." Mafhum hadith riwayat Bukhari&Muslim.

Masanya telah tiba untuk kita melembutkan hati dengan kerap ke masjid atau surau, tadarrus Al Quran, zikir, puasa sunat dan sebagainya agar bertambah iman kita. Semaikan benih amalan agar kita memetik hasilnya di bulan Ramadhan dengan gembira. Salam Nisfu Syaaban.

Share

Thursday, June 6, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Semua Mahasiswa-Mahasiswi IPTA seluruh Malaysia

Share

Tuesday, June 4, 2013

Selamat Bertugas kepada Semua Memanda Menteri 2013

[Ehsan dari Kulanzsalleh.com]

  Share

Monday, March 11, 2013

Selamatkan SABAH!

As salam dan Salam Sejahtera, 

Pertamanya marilah kita memanjatkan setinggi penghargaan kepada Alla Jalla Wa 'Ala yang masih memberikan nikmat Islam, Iman, sihat dan lapang kepada kita semua. Sudah beberapa ketika terhenti dari menulis entri terbaru untuk blog ini dan i'allah cuba untuk 'revive' semula dan berikan yang terbaik dari sudut perkongsian memandangkan ada yang mengikuti perkembangan semasa blog ini. 

Sebelum terlambat dan yang terakhir untuk entri kali ini, izinkan saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga anggota keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada pencerobohan luar di Lahad Datu yang sudah berlarutan sehingga sebulan. Kita mendoakan agar roh para pejuang ini diletakkan dengan para anbiya', syuhada' dan solihin.



Share

Saturday, November 10, 2012

Salam Kejayaan SPM 2012

Assalamualaikum wrh wbt dan Salam Sejahtera.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Kejayaan kepada semua pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Semoga anda semua berjaya menempuhnya dengan hati yang TENANG, SABAR dan REDHA dengan segalanya. 

Amalkan konsep ini:

Doa + Ikhtiar & Usaha + Tawakkal = KEJAYAAN 

(D . U . I . T)

Salam Kejayaan!

Share

Wednesday, September 14, 2011

Salam Sukses UPSR 2011

Didoakan kepada semua pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Malaysia agar tenang dan bersabar menghadapi peperiksaan. Semoga terus sukses dalam peperiksaan kali ini.
"Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan"

Share

Thursday, September 8, 2011

Eid Mubarak Utk Semua Pembaca Budiman!


Saya dengan ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dari semua pembaca dan ampun dari Allah Tabaraka Wa Taala sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang 1432H yang lalu. Satu renungan untuk dikongsikan bersama melalui riwayat Ahmad yang mafhumnya ialah terdapat tiga pemuda malang  di dunia dan salah satu daripadanya ialah beliau sempat bersama Ramadhan ketika hidupnya tetapi tidak terampun dosa. 

Mudah-mudahan kita dikekalkan dengan Ruh Ramadhan untuk terus bertemu Ramadhan mendatang.

Share

Thursday, August 11, 2011

Siri II Ceramah Ramadhan Anjuran Unit Latihan Jabatan Pendaftar UUM

HARI INI (11 Ogos 2011)

Share

Saturday, August 6, 2011

Diskusi Ramadhan Anjuran Pusat Islam

Share

Thursday, August 4, 2011

Tazkirah Ramadhan Hari Ini di UUM.

Share

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Saya dengan rendah diri dan bersyukur mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jaza' kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pelajar atas ucapan dan doa yang diberikan tidak putus-putus sejak semalam hingga hari ini. Semoga kita menjadi lebih baik dari semalam. 

Mudah2an kita berjaya melepasi Universiti Ramadhan melalui ujian dan peperiksaan dalam fasa-fasa Rahmah, Maghfirah dan Pembebasan Api Neraka. Hasil ujian dan peperiksaan ini kita bakal mendapat keputusan dan natijah cemerlang dengan gred Lailatul Qadar. Diharapkan kita bakal berkonvokesyen dengan Ijazah Takwa daripada Allah swt. Biiznillah Wa Insya Allah. 


Ramadhan Kareem untuk semua rakan-rakan pembaca budiman www.hafizbad.blogspot.com


Share

Monday, July 11, 2011

Tahniah Kepada Kepimpinan Baru COLGIS

Ehsan : Pejabat Ketua Pendaftar UUM COLGIS

Majlis Penyerahan tugas dan amanat Penolong Naib Canselor UUM COLGIS telah diadakan pada 3 Julai 2011 bertempat di Dewan Angsana, EDC-UUM. Majlis berkenaan dihadiri lebih daripada 80 orang kakitangan UUM COLGIS daripada bahagian pentadbiran dan akademik.

Majlis dimulakan dengan aluan daripada mantan Penolong Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj Yeon dan diikuti dengan ucapan amanat daripada Prof. Madya Dr. Siti Alida John Abdullah selaku Dekan Pusat Pengajian Kerajaan yang menjalankan tugas sebagai Penolong Naib Canselor. Majlis diteruskan dengan penyampaian surat penempatan kepada Penolong Pendaftar di UUM COLGIS.


Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua penjawat yang telah menamatkan perkhidmatan di UUM COLGIS dan kakitangan yang telah berpindah ke jabatan baru. Majlis berakhir dengan jamuan ringan.

Dengan itu, diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua Penjawat Pentadbiran yang baru dilantik khususnya kepada Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS.

Share

Monday, July 4, 2011

Jom Ngaji Kawan2 di Utara Tanah Air!

Bagi pihak UUM, saya dengan berlapang dada dan terbuka tangan mengajak rakan-rakan yang berada di sekitar Sintok dan utara tanah air untuk bersama-sama Program Membedah Buku di Pusat Islam UUM bersama Ustaz Ahmad Fawwaz Fadhil.


Share

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj 2011

Hari Israk dan Mikraj ialah hari di mana nabi diberikan gelaran Habibullah. Suatu gelaran yang tidak sempat melakukan salah sudah diampunkan Allah. Ia satu khususiyyah nabi. Mari kita rapatkan saf untuk merasai Mahabbatullah! Perjuangkan dan Bebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Zionis Israel. Israk Mikraj adalah tanda agung kesucian Baitul Maqdis di sisi Islam.
Share

Monday, June 6, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Rejab!





اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan”
Artinya: “Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”



Share

Saturday, May 28, 2011

Separuh Hari di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Salam Ceria dan Sukses Untuk Semua.

Pertamanya saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Puan Aminah, Ketua Jabatan Undang-Undang KAYM atas kesudian menjemput saya untuk berkongsi sedikit tips kejayaan dalam menjawab Peperiksaan Undang-Undang Perniagaan UUM. Saya yakin dan percaya walaupun pelajar untuk subjek ini hanya seramai lebih kurang 15 orang, sekiranya mereka memahami tips yang diberikan dan membuat persediaan yang rapi, i'allah kejayaan milik mereka.

Saya berdoa agar semua pelajar KAYM yang telah menduduki peperiksaan tersebut sukses di lapangan mereka. Takziah juga khas buat Puan Aminah atas kehilangan ibu mertuanya baru-baru. Semoga roh Allahyarhamha dicucuri rahmat Allah.

Share

Wednesday, May 25, 2011

Takziah Kepada Semua Waris

Kejadian tanah runtuh yang melibatkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas sangat memilukan. Rumah anak yatim itu didiami oleh 49 penghuni termasuk lima penjaga dan ketika kejadian seramai 20 hingga 30 penghuni dikatakan berada di rumah berkenaan. Kejadian tanah runtuh tersebut telah meragut 16 nyawa anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 9-12 tahun. Buat masa ini terdapat tiga mangsa yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang dan kaki dua daripada mereka terpaksa dipotong sebelah manakala seorang lagi diberi rawatan rapi.

[Foto yang dikatakan semua anak-anak yatim Madrasah Al-Taqwa sebelum peristiwa tanah runtuh berlaku-sumber FB]

Peristiwa yang berlaku pada minggu lepas sepatutnya dijadikan sebagai ibrah dan mengambil istifadah darinya. Ini menunjukkan Kudrah dan Iradah Allah melampaui pemikiran manusia. Hidup dan mati tidak mengira usia, bangsa dan tempat. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz yang hanya berada dalam ilmuNya. Oleh itu, satu pengajaran perlu diambil agar kita bersedia menghadapinya dengan hati yang redha.

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Ku Halim Ku Hamid menyatakan bahawa penghuni bangunan atau rumah berhampiran tebing tinggi dinasihatkan supaya sentiasa memantau struktur tanah di sekitar kawasan mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlakunya pergerakan tanah yang luar biasa.

Tambahnya, keadaan tanah di tebing bukit yang berubah keadaan fizikalnya boleh dikesan apabila kawasan tersebut kelihatan tidak stabil strukturnya serta tidak mampu menyerap air hujan yang bertakung di kawasan tanah tinggi itu.

Oleh itu, marilah sama-sama kita beramal dengan doa yang warid susunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di sini saya kepilkan beberapa doa berkaitan alam untuk bacaan bersama:

Doa Ketika Hujan Turun
Allahumma Shoyyiban Nafia (Riwayat Bukhari)
"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat"

Doa Ketika Guruh dan Petir
Allahumma La Taqtulna Bi Ghadhabika Wa La Tuhlikuna Bi Azabika Wa 'Afina Qabla Zalika (Riwayat Tirmidzi)
"Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami kerana kemurkaanMu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan seksaanMu. Ampunilah kami sebelum berlakunya semua itu."


Takziah kepada semua mangsa tanah runtuh. Mudah-mudah anda semua berada di sisi anbiya' dan salihin. "Sesungguhnya bagi Allah apa yang diambilNya dan bagiNya jua apa yang diberikanNya dan setiap di sisiNya ada tempoh tertentu." (Riwayat Bukhari). Al-Fatihah!


Share