"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, July 24, 2011

Bengkel Menulis Biografi dan Autobiografi Anjuran Penerbit UUM

Kursus seperti ini yang dianjurkan oleh Penerbit UUM bukan merupakan kursus kali pertama saya lalui. Walaupun begitu, kursus penulisan biografi ini merupakan kursus yang pertama saya ikuti sepanjang sejarah hidup saya. Ada beberapa perkara yang menarik minat saya apabila berbicara tentang teknik menulis biografi ini. Dalam kursus tersebut, kami telah didedahkan oleh dua orang kuat UKM iaitu Dr Roosfa Hashim dan En Hasrom Haron.

Setelah mengikuti kursus ini barulah saya sedar rupa-rupanya terdapat sedikit perbezaan antara biografi dan memoir.

Memoir merupakan satu judul buku yang ditulis semasa seseorang tokoh itu masih hidup. Tokoh tersebut masih boleh diwawancara dan kadangkala tokoh tersebut sendiri menulisnya. Jarang sekali orang menulis memoir untuk seorang tokoh yang telah meninggal dunia.

Biografi pula merupakan satu judul yang kebanyakkannya ditulis tatkala tokoh tersebut telah meninggal dunia. Walaupun begitu banyak juga biografi yang ditulis oleh penulis yang tokohnya masih hidup.

Kedua-dua kategori ini menjurus penulisan yang bukan sekadar latarbelakang tokoh tetapi meliputi sisi-sisi kemanusiaan tokoh. Kewujudan buku-buku ini penting bagi merungkai segala sejarah yang berlaku pada diri seseorang tokoh dan sejarah tanah tumpah darah tokot tersebut.

Terdapat beberapa bentuk penulisan Autobiografi dan Memoir. Antaranya ialah:
a. Memoir Kerjaya
Satu judul yang banyak mengkisahkan tentang kerjaya seseorang tokoh dan cabaran yang dihadapi. Contohnya Memoir Seorang Guru dan sebagainya.

b. Memoir Perang
Ada juga buku yang disemadikan sejarahnya berkaitan perang. Dua atau tiga dekad yang lalu sudah banyak lambakan buku tentang Memoir Perang Vietnam dan sebagainya.

c. Memoir Pengakuan
Judul ini sangat menarik kerana penulisannya lebih menjurus kepada pengakuan dan pendedahan yang dilalui oleh tokoh tersebut. Selalunya buku seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh tokoh politik.

d. Autobiografi Kanak-Kanak
Ada juga penulis yang gemar membuat autobiografi yang hanya fokus kepada usia remaja dan kanak-kanak seorang tokoh sahaja. Ini bermakna keseluruhan cerita tersebut hanya berkisar permulaan hidup tokoh tersebut.

e. Autobiografi Lengkap
Buku seperti ini ialah buku yang banyak boleh didapati di mana-mana toko buku berhampiran. Segala sejarah bermula di permulaan hidup hingga ke pengakhiran hidup semuanya dicatat.

Ala Kulli Hal, telah menjadi satu kewajipan kita untuk menitip dan menulis kembali tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara tercinta. Tidak dilupakan, kisah perjuangan para ulama' samada ulama terdahulu ataupun ulama terkemudian di Malaysia perlu dinukilkan. Sejarah biografi kehidupan tokoh sudah lama dinukilkan dalam Islam. Sebagai contoh, Syamail Muhammadiyyah yang merupakan karya Imam At Tirmidzi merupakan karya agong biografi nabi yang 'details' dan menyeluruh. Jom kita menulis!

[Bersama staf akademik yang mengikuti kursus]

Share

No comments: