"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, June 18, 2012

Beraksi untuk Ujibakat Rancangan Realiti TV Adik-Adikku

 [Bergambar bersama Ustaz Amin-Penerbit Rancangan Adik-Adikku]

Buat julung kalinya, Allah telah memberikan peluang untuk saya berkongsi pandangan sebagai salah seorang jurubakat untuk Rancangan Realiti TV Adik-Adikku anjuran JAKIM bagi menggantikan Ustaz Hariri Daud yang tidak berpeluang untuk hadir ke Gurun, Kedah. Suatu pengalaman yang cukup bermakna dan setinggi ucapan penghargaan kepada Ustaz Hariri yang sudi memilih saya menggantikannya. 

 Sebelum ini kita hanya 'beraksi' di hadapan audien dan bukan di hadapan kamera. Maka ini satu cabaran baru yang telah dilalui dengan sebaik yang mungkin. Beberapa perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang menghakimi para pelajar yang rata-rata terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5 di sekitar Kedah iaitu Keberanian dan Persiapan. 

1. Keberanian 
Seharusnya mana-mana pelajar yang ingin terlibat dalam ujibakat untuk mana-mana rancangan realiti tv perlu berani dan yakin. Jangan malu untuk beraksi dan menunjukkan bakat yang terpendam. Kegagalan untuk menyakinkan para hakim membolehkan kita selaku peserta terkeluar awal daripada termasuk 'short-listed' untuk ujibakat masa akan datang. Pengalaman ujibakat yang lalu menunjukkan ada para peserta yang malu-malu untuk bercerita, bercerita dengan suara yang gugup dan adakalanya terlupa skrip. 

2. Persiapan 
Keberanian sahaja belum menentukan kita layak untuk menjadi calon rancangan realiti televisyen. Kita juga perlu bersiap sedia dengan segala persiapan sebelum memasuki sesuatu pertandingan. Untuk rancangan 'Adik-Adikku', para pelajar seharusnya mengetahui lebih awal bahawa pihak JAKIM ingin para peserta yang memenuhi kriteria berikut: 

1. Mampu mengalunkan Azan 
2. Menghafal surah-surah pilihan dan memperdengarkan bacaan secara tarannum 
3. Berpidato secara berkeyakinan 
4. Mampu menjawab soalan-soalan pengetahuan am 

Apa yang berlaku sepanjang ujibakat yang berlangsung di Karnival BEST, Gurun agak mendukacitakan apabila majoriti pelajar tidak bersedia dengan sebaiknya untuk menghadiri sesi ujibakat. Ramai yang sekadar berdoa dan mencuba sehingga apabila ditanyakan, "Adik nak kongsikan apa pagi ini yer?" Lidah mereka menjadi kelu dan hanya sekadar tersenyum. Itulah telatah sepanjang ujibakat tersebut. 

Apapun didoakan kepada semua adik2 peserta seluruh Malaysia yang bakal mengikuti ujibakat dapat mengikutinya dengan penuh sabar dan berkeyakinan. Moga sukses bersama anda!!! 


 [Seorang waris yang ditemubual oleh Penerbit]

 [Seorang peserta yang menguji bakat dengan penuh keberanian]

[Detik-detik mendebarkan]

               [Sedang berkemas untuk pulang ke Putrajaya]         [Karnival BEST, Gurun]

Share

No comments: