"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, June 24, 2012

"Bersyukurlah!" di Tamrin Maahadi, Maktab Mahmud Pokok Sena

Kali ini saya diberikan peluang untuk berkongsi pandangan bersama para pelajar dari sekolah saya , Maktab Mahmud. Walaupun suatu ketika yang lalu, Maktab Mahmud hanya merupakan Induk kepada Maktab Mahmud Putera dan Puteri. Kini Maktab Mahmud sudah berkembang menjadi hampir 9 cawangan semuanya. Alhamdulillah. Kerapkali saya tegaskan kepada para pelajar terutamanya di sekolah agama bahawa kita harus bersyukur dan berbangga kerana kita telah memilih sekolah agama sebagai asas untuk kita berjaya di kemudian hari. Sekolah agama telah melahirkan ilmuan, korporat malahan teknokrat Islam. Jangan berasa sedih dan gundah walau kita dilahirkan dari sekolah agama. 

Jutawan Akhirat 
Sedar atau tidak, dengan menjejakkan kaki ke sekolah agama, kita hanya tinggal selangkah untuk menjadi jutawan akhirat. Manakan tidaknya, seharian kita terpaksa menadah kitab agama daripada tok-tok guru kita. Kitab-kitab agama ini merupakan silibus atau Manhaj Azhari yang perlu dipelajari oleh semua pelajar sekolah agama. Hadis, tafsir, ulum quran, mutholaah, feqah, usul fiqh, Insyak, Balaqhah dan sebagainya merupakan subjek2 yang berkisar keagamaan. Kalau kita yakin dan beramal dengan segala kitab yang dipelajari sepanjang berada di sekolah agama, i'allah kita sudah lebih bersedia untuk bergelar jutawan pahala. 




Kesenangan Dunia 
Selain pada kejayaan akhirat, belajar di sekolah agama juga mampu untuk kita menempa nama di dunia. Walau senakal dan sejahat mana pelajar itu, di kemudian hari pelajar nakal itu akan mula teringat dan menyesal apa yang telah dilakukannya semasa di sekolah. Perubahan yang berlaku menyebabkan pelajar itu menjadi istimewa di kalangan teman sekerja biarpun gaji yang diperolehi adalah jauh lebih kecil dari pelajar cemerlang. Inilah hakikat yang ditelan pahit tetapi merupakan sisi sebenar dan realiti yang berlaku hari ini. 

Guru Mursyid dan Tawaddhu
Di sebalik kemeriahan menuntut ilmu di sekolah agama, jauh di sudut hati kita pasti akan gembira kerana mempunyai guru yang boleh mendidik dan mengajar kita hingga berjaya ke hari ini. Merekalah murabbi yang mengajar erti adab dan akhlak. Merekalah mursyid yang menunjuk kita jalan ke syurga. Bila kelamaan bersama mereka, baru kita mengerti yang dikejar hanyalah redha Allah dan bukannya penghormatan manusia. Itulah sikap tawaddu' yang ada pada guru sekolah agama. Kadangkala guru-guru di sekolah agama dibayar gaji yang tidak setimpal. Tetapi dengan pelaburan IKHLAS yang dibuat oleh mereka tanpa mengenal penat lelah tidak mampu dibayar dengan duit ringgit. 

Ayuh, marilah adik2 sekalian kita bersyukur dan mara kehadapan untuk menjadi mata rantai dakwah pada masa hadapan.

Share

No comments: