"Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2015"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, March 23, 2014

Tahniah kepada Yang Berjaya dalam STPM dan SPM 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang lalu. Kejayaan ini adalah berkat usaha anda dan doa orang yang menyayangi kita. Teruskan SUKSES anda bermula hari ini dan seterusnya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan berasa tewas kerana kehidupan anda sebagai manusia dewasa baru bermula dan anda masih mempunyai masa untuk berubah.

 Ingat! Orang yang BERJAYA ialah mereka yang pernah jatuh dan belajar untuk bangun semula. Tetapi orang yang GAGAL ialah orang jatun dan terus jatuh kerana tidak belajar untuk bangkit kembali.


Share

Thursday, November 7, 2013

Salam Tahun Baru Islam 1435H


Semoga Allah mempermudahkan laluan kita semua untuk mencapai matlamat sepanjang tahun 1435H. Insya-Allah!

Share

Saturday, September 21, 2013

Perkongsian Bersama Sekolah Insan Bestari





Share

Wednesday, September 18, 2013

Simpan Dulu ATAU Belanja Dulu?

Share

Monday, September 16, 2013

Sedutan Khutbah September 2013 di Masjid UUM

Alhamdulillah dengan berkat, limpah dan perkenanNya Allah swt telah memberikan saya satu peluang untuk berkongsi bersama para jemaah tentang Zikrullah: Hati Akan Tenang. Berikut merupakan sebahagian daripada perkongsian dalam khutbah Jumaat yang lepas:

Menurut satu riwayat, seorang lelaki menemui Ibnu Masoud R.A. untuk meminta nasihat. Katanya: “Wahai Ibnu Masoud, berilah saya nasihat untuk penawar jiwa saya yang gelisah, tidak tenteram, fikiran kusut, tidak selera makan dan sukar melelapkan mata ketika tidur malam”. Ibnu Masoud menjawab: “Wahai saudara, bawalah hatimu itu mengunjungi tiga tempat”: 

Pertama : Pergilah kamu ketempat orang membaca al-Quran. Di sana engkau boleh bersama-sama membaca al- Quran atau mendengar orang lain membacanya. 

Kedua : Pergilah kamu ke majlis-majlis ilmu, untuk mendapat petunjuk dan mengingatkan kebesaran Allah SWT. 

Ketiga : Carilah masa dan tempat sunyi, di saat orang sedang tidur nyenyak. Engkau bangun dan lakukan solat-solat sunat, serta mohon doa kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Setelah mendapat nasihat itu, dia pun balik kerumahnya dan melakukan apa yang dinasihatkan. Beliau berwuduk dan solat sunat dengan khusyuk dan membaca al-Quran. Selepas melakukan amalan tersebut, maka di dapati jiwanya merasa tenang, tenteram dan hilang segala kegelisahan yang dihadapinya.

Sesungguhnya mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berzikir boleh menghilangkan kerunsingan dan kesusahan hati.

Share

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2013


Saya mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2013 nanti dengan hati yang tenang dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Buat pembaca sekalian, saya sisipkan bersama petua dariada Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah tentang persiapan ibu bapa apabila anak-anak menduduki peperiksaan:

 1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pep, sbb doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yg sdg berpuasa!
2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dpt jwb semua soalan dgn cemerlang.
3. Baca Quran & hadiahkan pahala kpd anak agar terang hati & tenang fikiran,
4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak,...
5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala utk anak,
6. Berterusan berzikir & berdoa,
7. Hantar gelombang positif kpd anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dpt jwb semua soalan dgn tepat.
8. Benar2 bertawakkal kpd Allah & redha dgn segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yg ambil peperiksaan. Aameen, wassalam.


Share

Sunday, September 1, 2013

Salam Kemerdekaan ke-56


Berdoa agar kita semua merdeka bukan hanya pada jasad tetapi merdeka dari sudut jiwa dan ruh. Setiap kali merdeka pastinya terkenang memori indah terlibat dalam perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka mewakili IPTA Malaysia pada tahun 2007.
 
 
Share

Thursday, August 29, 2013

Taqabalallahu Minna Waminkum! Salam Lebaran 2013!

Share

Monday, August 5, 2013

Matrix Jangkaan Lailatul Qadr


Malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling baik antara seribu bulan. Ini telah dirakamkan oleh Allah dalam surah Al Qadar, "لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ" yang bermaksud "Malam Al Qadr itu lebih baik dari seribu bulan." Kajian secara saintifik juga telah menunjukkan kenapa Ramadhan telah dipilih sebagai bulan yang mengandungi Lailatul Qadr ( ttp://taotauajer.blogspot.com/2012/08/pembongkaran-kenapa-1-malam-lailatul.html). 

Walaubagaimanapun, kita dianjurkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir dan bukan sekadar bersikap selektif kepada tarikh-tarikh tertentu kerana itu semuanya tidak pasti. Malam tersebut hanya sanya dalam pengetahuan Alla Jalla Wa 'Ala. Jom kita suburkan Malam Lailatul Qadr. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha, Rasulullah beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ). Jom sibukkan diri dengan beribadah.

- See more at: http://fuh.my/tanda-tanda-malam-lailatul-qadar/#sthash.vtc6CR3f.dpuf
 


Share

Sunday, August 4, 2013

Sudah Hari ke-26 dalam Ramadhan

Share

Monday, July 15, 2013

Solat Tarawih hanya di bulan Ramadhan sahaja

Bulan Ramadhan menjelang lagi. Kehadirannya dinantikan oleh seluruh makhluk yang beriman di muka bumi. Kedatangannya penuh dengan barakah dan rahmah. Kewujudannya membawa suatu perintah yang bersifat wajib iaitu tuntutan untuk berpuasa. Allah swt berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 183, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

Ketibaannya juga ditemani dengan Ibadah Tarawih yang tiada di bulan - bulan yang lain. Suatu ibadah yang penuh keampunan dan rahmat dariNya. Suatu amalan yang bersifat sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakannya (sunnah muakkadah). Al-Bukahri dan Muslim telah meriwayatkan suatu hadith yang maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w.  keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat Baginda Rasulullah s.a.w.. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka. Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi.Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya. Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Setelah selesai solat Subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'Sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat  malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'

Apa yang ingin saya sampaikan dalam entri kali ini ialah tentang semangat seorang lelaki tua yang telah berusia lebih daripada 70 tahun untuk beribadah di bulan Ramadhan. Sebenarnya situasi ini berlaku hasil pemerhatian saya di Masjid Nurul Ehsan yang terletak di Seberang Perak, Kedah. Seorang lelaki berusia yang pernah berjabat tangan saya untuk menikahkan saya pada tahun 2009 kini telah bersara daripada menjadi Imam Utama di masjid tersebut. Beliau ialah Ustaz Abd Ghani Ibrahim yang merupakan abang kepada Mantan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu Dato' Dr Ismail Ibrahim.

Beliau kini kelihatan agak uzur. Apabila ingin berjalan, beliau perlu dipimpin. Kalau tidak dipimpin, beliau berjalan sangat perlahan demi memastikan setiap langkahnya tersusun dan teratur. Namun, apa yang mengejutkan ialah beliau masih lagi mampu mengepalai solat tarawih biarpun usia dan kekuatannya sedemikian. Solat yang dipimpinnya pula sehinggalah ke rakaat yang ke-20. Amat memalukan dan menjelikkan sekiranya kita yang usia muda belia ini gagal menunaikan ibadah tarawih secara sempurna. Orang yang begitu 'lama' dan 'senior' ini walaupun kudratnya tidak berkemampuan tetapi hatinya masih kukuh berpegang kepada janji nabi yang pasti iaitu, "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." ( Hadith Al Bukhari dan Muslim).

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita terus istiqamah menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan solat Tarawih. Semoga kita tergolong dalam golongan muttaqin yang sentiasa mencari keampunan daripada Allah dan terhindar daripada golongan muflisin yang sentiasa mendapat penghinaan daripada malaikat seperti sabda nabi, “Celakalah orang yang menjumpai Ramadan lalu tidak diampuni” (Hadith riwayat Al Hakim) 

Share

Saturday, July 13, 2013

Marhaban Ya Ramadhan 2013M | 1434H


Moga kita diberikan kekuatan untuk mengharungi Ramadhan kali ini dengan lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu dan diberikan ruang dan peluang untuk menambah amal ibadah. Insya-Allah.

Share

Tuesday, July 9, 2013

Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari Tertentu dan DUA HARI Terakhir Syaaban

"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas  
 
IBADAT PUASA Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut: 

Puasa Pada Kedua-dua Hari Raya Alim ulama' rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya "Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat. Dalilnya ialah hadith yang berikut:

35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري) 35- 

Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata: "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."(1) (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari) 
__________________________ 
1. Fath al-Bari (5:142). 

Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara lain seperti berikut: 
36- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم) 36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."(1) (Hadith Sahih - Riwayat Muslim) Dalam sebuah hadith sahih yang lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah., dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kepada Ibn `Umar, katanya: "Saya telah bernazar untuk berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya puasa atau pada hari raya haji, (bagaimana hukumnya)?" Ibu `Umar menjawab: أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ هَذَا الْيَوْمِ. "Allah Taala telah perintahkan supaya (orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w. pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang tersebut."(2)
 _____________________________ 
1. Ittihaf Ahl al-Islam (250). 2. Kitab yang sama (251). 

Puasa Pada Hari-hari Tasyriq Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas. Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina". Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut: 37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد) 37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1) (Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
 ____________________________ 
1. Nail al-Autar (4:277). 

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut: 38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد) 38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1) (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) Larangan yang tersebut adalah larangan haram.
___________________________ 
1. Al-Fath al-Rabbani (10:144), hadith ini 'sanad'nya jayyid (elok). 


Puasa "Hari Syak": Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: 39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي) 39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1) (Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) "Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya. Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2) Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang. Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang. Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan. 
____________________________ 
1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".
 2. Sabil Al-Muhtadin (2:142). 

Puasa hari Jumaat Dilarang juga berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: 40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد) 40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(1) (Riwayat Imam Ahmad) Larangan yang tersebut ialah larangan makruh. Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu: Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.

 _________________________ 
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim. 

Puasa hari Sabtu Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1) Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)
 _______________________________ 
 1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi. 2. Kitab yang sama (1:446).

[Sumber Ehsan: http://www.islamgrid.gov.my/]
 
Share

Sunday, July 7, 2013

Transformasi Diri bersama Maktab Mahmud Yan Kedah

Baru-baru ini saya sempat berkongsi pandangan bersama Maktab Mahmud Yan yang berkursus selama 3 Hari 2 Malam di Universiti Utara Malaysia. Sesi saya telah diadakan di Pusat Islam, UUM atas jemputan daripada Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Al Fadhil Ustaz Azman Abd Rahman yang merupakan mentor saya semenjak saya di bangku sekolah lagi. 

Saya sempat berkongsi SATU (1) kisah kejayaan tentang seorang insan yang kini dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia. Insan tersebut suatu ketika dahulu merupakan seorang yang hanya berkelulusan SPM dan lahir dalam keluarga yang tidak berada. Namun kini, beliau telah berjaya dalam hidupnya dan menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa beliau merupakan antara insan yang paling banyak mendirikan masjid di seluruh Kedah dan beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

[Para Pelajar MMCY yang sedang mengikuti perkongsian di Pusat Islam UUM.]


Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.


Share

Monday, June 24, 2013

Nisfu Syaaban: Jom tarbiyyah diri sebelum Madrasah Ramadhan

[kredit gambar kepada wehdah perkongsian]

Jom kita berdoa agar Allah memperkuatkan kita untuk melalui Madrasah Ramadhan melalui tarbiyah Syaaban. Terkenang suatu hadis Daripada Aisyah radiyaAllahuanha menyebut, "Aku tidak pernah melihat rasulullah berpuasa penuh melainkan bulan Ramadhan&aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa sepertimana dalam Bulan Syaaban." Mafhum hadith riwayat Bukhari&Muslim.

Masanya telah tiba untuk kita melembutkan hati dengan kerap ke masjid atau surau, tadarrus Al Quran, zikir, puasa sunat dan sebagainya agar bertambah iman kita. Semaikan benih amalan agar kita memetik hasilnya di bulan Ramadhan dengan gembira. Salam Nisfu Syaaban.

Share

Sunday, June 9, 2013

Salam Israk Mikraj 1434H | 2013M



Peristiwa Israk Mikraj merupakan anugerah Allah kepada hambaNya yang tercinta sebagai suatu hadiah untuk memberi ketenangan setelah melalui pelbagai peristiwa pahit dalam ranjau dakwah bermula dengan herdikan dan lontaran batu sehinggalah kematian sang isteri yang banyak berkorban. Begitu juga dengan kehidupan kita yang perlu diberikan 'hadiah' selayaknya oleh diri sendiri apabila melalui suatu cabaran yang getir atau mengeluarkan suatu usaha yang besar. Israk Mikraj adalah satu bentuk motivasi Allah kepada nabiNya!

Thursday, June 6, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Semua Mahasiswa-Mahasiswi IPTA seluruh Malaysia

Share

Tuesday, June 4, 2013

Selamat Bertugas kepada Semua Memanda Menteri 2013

[Ehsan dari Kulanzsalleh.com]

  Share

Monday, March 11, 2013

Selamatkan SABAH!

As salam dan Salam Sejahtera, 

Pertamanya marilah kita memanjatkan setinggi penghargaan kepada Alla Jalla Wa 'Ala yang masih memberikan nikmat Islam, Iman, sihat dan lapang kepada kita semua. Sudah beberapa ketika terhenti dari menulis entri terbaru untuk blog ini dan i'allah cuba untuk 'revive' semula dan berikan yang terbaik dari sudut perkongsian memandangkan ada yang mengikuti perkembangan semasa blog ini. 

Sebelum terlambat dan yang terakhir untuk entri kali ini, izinkan saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga anggota keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada pencerobohan luar di Lahad Datu yang sudah berlarutan sehingga sebulan. Kita mendoakan agar roh para pejuang ini diletakkan dengan para anbiya', syuhada' dan solihin.



Share

Thursday, January 31, 2013

Munajat Cinta di POLIMAS, Jitra.

Pertemuan saya di Pusat Islam Polimas Jitra bersama dengan Ustaz Faisal Mustafa dalam pentas yang sama membicarakan Munajat Cinta pada tahun lalu memberikan seribu satu erti CINTA. Munajat Cinta yang dimaksudkan sini ialah rasa dan kasih sayang kepada Allah swt untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Pelbagai isu yang telah dikupaskan bersama dalam program tersebut antaranya: 
1. Definisi Munajat dan Cinta
2. Tanda2 Seseorang tenggelam dengan Cinta 
3. Istiqamah Cinta kepada Allah 
4. Konsep Kebergantungan kepada Allah

Mudah-mudahan perkongsian memberikan manfaat penuh kepada rakan-rakan pelajar.




Share

Wednesday, January 30, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Anak-Anak Staf Petronas Zon Utara

Assalam dan Salam Sejahtera. Sedikit rangkuman galeri bergambar perkongsian saya bersama anak-anak staf Petronas di Gurun, Kedah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat sekolah. Perkongsian yang saya bawakan pada majlis tersebut ialah Bijak Sana dan Bijak Sini. Tahniah atas kejayaan anda semua.



Share

Tuesday, December 4, 2012

Kem Bina Insan Sekolah Agama Tarbiyyah Diniyyah Kulim 2012






Share