"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, June 16, 2012

Rahsia Kejayaan di Kem Bina Insan di Sekolah Agama DARIS

Beberapa minggu yang lalu saya telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama para peserta Kem Bina Insan semasa minggu percutian sekolah. Tajuk perkongsian kali ini ialah Rahsia Kejayaan atau Tips Kecemerlangan Diri. Antara tips yang sempat saya kongsikan ialah KUASA DOA.

Doa merupakan antara pengharapan yang terakhir setelah usaha dan ikhtiar kita lakukan. Kita harus mewajibkan diri kita untuk berdoa kerana kita merupakan makhluk ciptaan Allah. Allah yang merupakan Khalik (Pencipta) mengharapkan doa daripada hambaNya. Kalau kita tidak berdoa bererti kita mencabar Allah. Ini berlaku apabila kita beranggapan dengan usaha kita sendiri, kita akan mendapat hasilnya. Sedangkan Allah yang menentukan segala hasil samada dengan usaha sendiri ataupun keajaibanNya.

Belajarlah daripada segala nabi yang tidak putus-putus berdoa walaupun mereka semua adalah kekasih Allah yang dijamin masuk syurga. Sejarah membuktikan apabila Nabi Adam dilemparkan ke dunia daripada syurga setelah melanggar larangan Allah swt dek pujukan syaitan maka Nabi Adam berdoa sepertimana yang termaktub dalam Surah Al A'raf:23.

 [Begitu asyik melakukan aktiviti]

 [Peserta Pelajar Putra dan Pelajar Putri]

Begitu juga dengan Nabi Nuh yang berdoa untuk menyelamatkan anaknya apabila ditelenggami oleh banjir besar seperti yang termaktub dalam Surah Hud ayat 45. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya apabila anak Nabi Nuh tetap mati dalam kekufuran walaupun Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah swt untuk menyelamatkan anaknya.

Banyak lagi Al Quran telah merakamkan kepada kita tentang kehebatan para nabi yang tidak putus-putus doa. Antara lain terungkap dalam kisah Nabi Ibrahim yang telah dipaksa oleh ayahnya agar berpaling daripada Allah. Maka Nabi Ibrahim terus berdoa, "Wahai Tuhanku! Jadikanlah Aku orang yang mendirikan solat dan demikian jugalah zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan Aku." Doa ini telah dititipkan oleh Nabi Ibrahim seperti yang terkandung dalam Surah Ibrahim ayat 40.

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri berdoa ketika pasukan musuh yang lebih ramai daripada muslimin dalam peperangan Badar. Nabi berdoa sehingga jatuh serban. Saidina Abu Bakar yang berada di situ mengangkat serban dan berpesan kepada nabi bahawa Allah akan memustajabkan doa baginda. 

Begitulah doa para nabi dan rasul. Kalau mereka berdoa, bukankah kita perlu lebih banyak berdoa berbanding mereka. Hanya berdoa yang mampu membantu kita. Kehidupan kita penuh dengan kekurangan. Kekurangan itu perlu kepada Kebergantungan. Kebergantungan kita ialah hanya pada Allah melalui DOA. Jom doa!


Share

No comments: