"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, April 17, 2011

'Saya Insan Cemerlang Akhlak dan Akademik' - Sek Keb Kg Selayang

Sebelum terlupa, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Farhana,Kaunselor SKKS atas jemputan yang diberikan kepada saya untuk berkongsi pengalaman kejayaan bersama para pelajar. Ini merupakan perkongsian kedua saya di sekolah ini.

 [Antara kunci kejayaan ialah Akhlak kepada Ibu bapa dan Guru]

 [Apakah kesalahan dan janji anda pada guru]

Tajuk yang diberikan kali ini sungguh menarik kerana beberapa sentuhan perlu diberikan khususnya kepada akhlak pelajar tatkala para guru dirundung dengan masalah akhlak para pelajar yang semakin hari semakin teruk. Kes yang terbaru melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar di mana pelajar sakolah tersebut didakwa telah menumbuk batang hidung seorang guru wanita. Apakah ini sikap sebenar palajar berjaya? Adakah ini akhlak yang ditunjukkan oleh Islam?

Benarlah hadis nabi yang shahih iaitu, "Aku telah dibangkitkan (ke muka bumi) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Ini menunjukkan bahawa sikap, perbuatan, tingkah laku itu masih teruk dan rosak bukan hanya di zaman jahiliyyah bahkan sehingga ke hari ini. Sebab itu, Dr Tengku Asmadi, seorang pakar motivasi menekankan bahawa SIKAP akan menentukan halatuju kejayaan pelajaran. Ini dapat di lihat melalui petua beliau iaitu 3S.

Para pelajar saharusnya menjadikan ulama'-ulama' muktabar terdahulu sebagai contoh ikutan dan tauladan. Hal ini kerana, akhlak mereka yang sejahtera terhadap guru menjadikan ilmu semakin barakah dan mulia dijiwa. Lihatlah bagaimana Imam Syafie begitu beradab apabila berhadapan dengan Imam Malik dalam menuntut ilmu sehingga helaian kitab yang dibuka tidak berbunyi lantaran hormatnya pada guru.

 [Mari kita bina IMPIAN Hidup kita]
 
 [Tangisan pelajar ini bererti pelajar ini mahu berubah]

Hal yang sama turut berlaku apabila Imam Rabi' belajar dengan Imam Syafie sehinggakan Imam Rabi' tidak berani membunyikan sebarang suara kerana menghormati gurunya itu. Begitu juga kisah-kisah lain seperti kisah Saidina Ali KWJ dan sebagainya. Kisah-kisah ini telah dinaqalkan dalam sebuah kitab yang ditulis oleh Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Hebat bukan para pelajar terdahulu? Atas penghormatan mereka terhadap guru, ilmu mereka digunapakai oleh kita hari ini. Nama mereka sentiasa meniti di bibir kita setiap hari. Tapi apakah nama kita akan meniti dibibir manusia 100 tahun akan datang dek kerana akhlak kita yang rosak dan tiada lagi penghormatan terhadap guru.

Tepuk dada, tanyalah selera!

No comments: