"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 20, 2011

Jangan Banyak Beralasan di Sek. Men. Keb. Bedong

Salam kejayaan buat semua!

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat bertemu dan berkongsi pandangan bersama para pelajar SMKB yang sekolah tersebut tidak jauh dari rumah saya. Perkongsian saya kali ini ialah bersama para pelajar Pra Universiti yang bakal menduduki Peperiksaan STPM. Terima kasih Cikgu Azma.

Dalam perkongsian kali ini, saya sempat berkongsi dengan para pelajar bagaimana untuk transformasi diri supaya menjadi pelajar sukses. Antara rahsianya ialah Elakkan dari memberi banyak alasan!

 [Mari kita tiup ramai-ramai]

Cabaran untuk menduduki STPM ialah satu cabaran yang berat. Apatah tidaknya, ramai rakan2 yang baru mendpt keputusan SPM terus bekerja samada sektor swasta seperti kilang atau sektor kerajaan seperti Pembantu Am Rendah. Setelah bekerja selama 2-3 bulan mereka sudah mampu memiliki kenderaan sendiri. Ini berlainan pula dengan pelajar STPM. Mereka tidak bekerja kerana mereka belajar. Sudah pasti terliur melihat rakan2 menaiki motorsikal yang baru dibeli dan membawa kita menaiki kereta yang baru dipesan. Adakah itu alasan untuk kita berhenti belajar STPM?Jawapannya tidak para pelajar.

Alasan menghancurkan peluang masa hadapan
Senario di atas adalah antara senario mengapa kita suka beralasan untuk elak keuntungan masa hadapan. Alasan mampu menghalang kita mencapai kejayaan di masa hadapan. Hentikan diri kita daripada melihat kejayaan tempoh terdekat. Tapi fokus diri kita untuk mendapat kejayaan bagi tempoh atau jangka masa yang panjang. Alasan menutup pintu kejayaan kita pada masa hadapan.

Belum cuba belum tahu
Ramai pelajar yang banyak memberi alasan sedangkan mereka belum lagi mencubanya. Kata sebahagian mereka, kita pelajar miskin, memang ditakdirkan untuk miskin. Jadi tak perlu belajar rajin-rajin. Adakah benar dakwaan ini? Rakan saya sekarang bertugas sebagai pensyarah IPTA di Nilai yang merupakan anak kepada seorang penoreh getah. Dia berjaya mendapat Anugerah Diraja ketika belajar. Ini membuktikan bahawa kalau kita belum mencuba maka kita belum tahu potensi kita. Benarkan diri anda untuk mencuba.


Orang Berjaya tidak beralasan
Orang berjaya ialah orang yang tidak memberi alasan. Mereka terus mencuba melakukan suatu perkara tanpa mempedulikan orang lain. Lihatlah sirah perjuangan nabi dalam segenap peperangan dan dakwah baginda. Biarlah orang di sekeliling mahu katakan apa sahaja tetapi baginda tetap teguh melaksanakan perintah tanpa memberikan alasan. Tapi setengah di kalangan kita sanggup berhenti di tengah jalan dengan bermacam-macam alasan. Nah! Bukti jelas dalam sejarah Islam. Mahukah anda masih lagi beralasan?

No comments: