"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, April 15, 2011

Teknik Belajar Berkesan di Kolej Za'ba Universiti Malaya

Salam ceria buat semua!

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudari Farhah, Mahasiswa UM yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pandangan bersama mahasiswa-mahasiswa Kolej Za'ba Universiti Malaya. Tahniah atas penganjuran program ini!

[begitu asyik mencatat nota]

 [Kolej Zaba]

Dalam program kali ini, saya telah berkongsi bersama para pelajar tentang bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaan otak kanan dan otak kiri manusia. Secara umumnya kita telah mengetahui Teori Otak Kanan Kiri ini telah diperkenalkan oleh Roger Sperry. Hasilnya beliau telah mendapat hadiah Nobel pada tahun 1981 hasil kajian ini.

Otak kanan berfungsi dalam hal kreativiti, emosi, musik, khayalan, dan warna. Sekiranya terjadi kerosakan otak kanan maka fungsi otak yang terganggu ialah kemampuan visual dan emosi.

Otak kiri berfungsi dalam hal angka, nombor, tulisan, bahasa, an logik. Sekiranya terjadi kerosakan otak kiri maka gangguan berlaku dalam berbicara, berbahasa dan menghitung.

Oleh itu, para mahasiswa dinasihatkan mengoptimumkan penggunaan otak kanan dan kiri. Hal ini kerana situasi pendidikan di Malaysia, hanya menggalakkan mahasiswa menggunakan otak kiri semata yang menyebabkan mereka mudah lupa dan gagal untuk berjaya. Alternatifnya anda boleh mencuba menggunakan otak kanan apabila belajar dengan menggambarkan sebarang fakta dalam bentuk Gambaran atau susunkan kotak Emosi anda bersama dengan nota-nota belajar anda. Teknik ini akan lebih memantapkan ingatan anda.

Selamat Mencuba!

[Jom uji Otak Anda]


[Mari kita cuba fizikal anda!]


[Siapa yang lebih cenderung kepada Otak Kanan atau Kiri]

[bersama urusetia program. Tahniah!]

No comments: