"Kepimpinan adalah suatu perkara yang boleh dipelajari, sesuatu perkara yang boleh diajari dan dinafikan tidak boleh dapat dipelajari." Begitulah antara ungkapan yang boleh kita hayati melalui salah satu word of wisdom yang dinukilkan oleh ahli falsafah barat. Ternyata teori yang dipersembahkan oleh barat senada dengan teori yang wujud dalam Islam.
Islam sendiri menegaskan bahawa kepimpinan lahir dalam setiap orang yang bernama manusia. Manusia yang dilahirkan kedunia telah diberikan beban amanah menjadi Khalifah. Dalam erti kata lain, khalifah yang wujud dalam khilafah itu merupakan sebuah kepimpinan yang perlu dipelajari sejak lahir sehinggalah mereka menjadi pemimpin sebenar.
Itulah antara perkara yang saya sempat tekankan apabila berkongsi dengan para pelajar UiTM yang bakal menjadi pemimpin JKP Kolej Kediaman di Kem Idaman Nurani, hulu Langat. Semoga bekalan yang diberikan antaranya 20 sifat kepimpinan yang digariskan oleh Mustafa Mashyur memberikan suatu kekuatan bagi mereka. Terima kasih Sdr Hazimin yang menjemput saya. Tahniah dan semoga sukses selalu buat JKP UiTM.

No comments:
Post a Comment