"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, April 16, 2010

Kursus Pintar Belajar di Nur Lembah Pangsun! (19-21 Feb 2010)

[Salah seorang peserta yang menyambut hari kelahirannya]

[Papan tanda bukti kehadiran kami]

[bersama fasilitator wanita, Pn Siti Nabilah]

Nur Lembah Pangsun adalah destinasi kedua kami utk Kursus Pintar Belajar SPM Siri 2 bagi para pelajar SPM Daerah Sabak Bernam. Kali ini para peserta penuh satu bas iaitu seramai hampir 40 orang. Kecerian tergambar di wajah mereka kerena mereka begitu yakin, komited dan percaya bahawa dengan kehadiran mereka ke program kali ini akan mengubah persepsi dan meningkatkan motivasi kendiri masing - masing.

Seperti dalam program - program lain, saya dan rakan - rakan konsultan percaya bahawa mereka yang hadir dengan penuh keikhlasan ini bakal melakar satu sejarah untuk merubah diri mereka. Antara slot yang menarik ialah Strategi Membina Kumpulan Belajar (Study Group). Untuk membina sebuah kumpulan belajar ada beberapa perkara asas yang diperlukan. Antaranya ialah:

1. Ahli yang berdisiplin
Para pelajar perlu memastikan ahli Kumpulan Belajar (KB) itu terdiri di kalangan mereka yang berdisiplin. Disiplin yang perlu dipatuhi ialah masa, tugasan dan buku rujukan.

2. Jumlah yang munasabah
Pastikan kehadiran ahli KB dalam jumlah yang munasabah. Tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu ramai. Sebenarnya kalau ahli KB itu sekadar 2 orang pun berkesan tetapi hasilnya tak banyak berbanding dengan ahli KB yang seramai 5-8orang. Kalau anda inginkan hasil besar maka binalah ahli KB yang besar Seperti pesanan Norman Vincent Peale, 'Think Big, Act Big and Be Big!' Tetapi jangan terlalu besar sehingga10-15 orang kerana Kb akan menjadi pasar dan bising.

3. Lantik Koordinator
Setiap organisasi perlukan seorang ketua. Begitu juga keadaan dalam KB. Walaupun ia hanya kumpulan kecil namun perlantikan seorang ketua memudahkan urusan KB dalam pembahagian tugasan dan penetapan tempat.

Ini merupakan antara tips penting dalam menjiwai sebuah Kumpulan Belajar (KB) yang berkesan. Selamat mencuba!



[Gerak kerja berkumpulan]

[menguji kemahiran berkomunikasi]

No comments: