"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, April 8, 2010

Motivasi Kendiri Sek Keb Kg Selayang

 [begitu ceria untuk menanti sesi berkongsi pengalaman]

 [gelagat adik - adik tahap dua]

Sek Keb Kg Selayang merupakan sebuah sekolah yang kecil dan comel. Rata - rata pelajar dalam sebuah kelas hanyalah sekitar 15-20 orang sahaja. Ini memudahkan para guru untuk memberikan tumpuan 100% untuk memastikan para pelajar berjaya dengan cemerlang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Farhana kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan bersama para pelajar tentang bagaimana meningkatkan semangant motivasi dan kendiri.

Antara kejayaan bagi pelajar cemerlang ialah SIKAP. Saya telah berkongsi pandangan dengan para pelajar bahawa untuk berjaya kita perlu merubah sikap. Antaranya ialah berubah daripada Sikap Negatif kepada Sikap Positif. Antara sikap negatif ialah Malas, Malu, Sombong, dan sebagainya. Sikap negatif ini perlu ditransformasikan kepada sikap positif seperti Rajin, Berani, Rendah Diri dan lain - lain. Ingatlah KEJAYAAN bermula dengan Perubahan Sikap. Anda mampu mengubahnya!

Semoga perkongsian yang kita bincangkan pada masa yang lalu memberikan kekuatan kepada semua pelajar Tahap Dua SK Kg Selayang.

[Gelagat adik - adik putri]

[ketika sesi perkongsian]

No comments: