"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, January 17, 2010

Islamic Youth Camp Anjuran ILuvIslam Consultant dan UNITEN


Alhamdulillah, saya telah diberikan keizinan untuk berkongsi pandangan bersama para peserta dalam suatu program yang bertajuk Cinta Hakiki. Semanis tajuk tetapi sesukar huraian. Itulah pandangan saya secara peribadi dalam menangani isu cinta bagi dua insan yang belum berkahwin.

Cinta Hakiki adalah milik Ilahi. Saya sempat diskusikan dua buah buku sepanjang perkongsian itu. Buku tersebut ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yang telah ditulis oleh Fatimah Syarha Noordin. Dalam buku ini, mungkin pendekatannya agak keras sedikit iaitu saranan yang dibawakannya ialah Bercinta setelah Berkahwin. Itu mungkin pendapat peribadinya dan mengajak orang lain mengikutinya kerana Bercinta setelah Berkahwin lebih selamat daripada Bercinta dan kemudian berkahwin.

Diskusi buku kedua yang sempat saya sisipkan bersama ialah buku yang berjudul Bercinta Sampai ke Syurga yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil. Bahagian yang perlu dibahaskan ialah Bahagian Pra Perkahwinan. Pendekatan Ustaz Hasrizal agak jelas dalam penulisannya. Beliau mencermati penulisannya dengan menyanggah pendapat yang menyatakan beliau menghalalkan gadis dan pemuda yang bercinta sebelum berkahwin berpeleseran dan berdua-duan. Katanya, mereka yang menyandarkan namanya dan blognya untuk menghalalkan Couple adalah Pendusta!!

Namun, tegas Ustaz Hasrizal, perhubungan itu perlu dihadkan dengan HIJAB. Apa itu HIJAB? Itulah Batasan Allah dan bukannya batasan manusia yang pandai membatasi mengikut nafsu nafsi.

Ustaz Hasrizal dilihat menyanggah persepsi menyatakan 'kenapa mesti bercinta semasa belajar. Bukankah jodoh telah Allah tentukan?'

Beliau memberikan analogi sanggahannya, 'Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki. Bukankah makan dan minum ditentukan Allah?'

Ini menunjukkan Ustaz ingin memahamkan kepada kita bahawa usaha untuk bercinta untuk mencari ikatan yang sah DIBENARKAN tetapi perlulah ada 'Shariah Compliant' dan batasan Syaraknya dan bukannya 'coupling' dan sebagainya. Katanya juga mencari calon yang sesuai ketika zaman pengajian adalah baik kerana kita duduk dalam lingkungan kafaah dan sekutu dalam pencarian. Tetapi pencarian itu bukanlah bermaksud ke hulu ke hilir dan mengHalalkan cara yang Haram.

Untuk menilai, saya serahkan kepada pembaca semua meneruskan pencarian dalam kedua- dua buku ini. Keputusan di tangan anda. Tepuk dada, Tanya Iman.

No comments: