"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, February 16, 2010

Belangsukawa Arwah Tengku Onn

[dibawa untuk kembali ke rahmat Allah]

[sekitar Masjid Kg Pintu Padang, Raub]

Tuhan Maha Kuasa. Mungkin itu kalimah yang agung sesuai untuk dinisbahkan dan disifatkan kepada Allah Azza Wajalla. Alhamdulillah, saya sempat utk berada di Pusara Arwah ketika beliau telah disemadikan jasadnya di kampung halamannya. Walaupun keadaan saya demam dan terpaksa uzur dari Kelas Master, saya tetap menggagahkan diri utk menjengok arwah kali terakhir tambahan pulak arwah ditimpa kemalangan ngeri di Raub sehari sebelum dikebumikan.

Alhamdulillah, dua minggu selepas itu, saya dan rakan berjaya jua untuk membuat majlis bacaan tahlil untuk arwah. Kehadiran peserta amat memberangsang apabila turut dihadiri Tuan Ali dan Puan Ramlah selaku Pegawai PDRM di UIAM dan juga adik2 Suksis lain. Hari itu juga mengketemukan kami semua walaupun tidak cukup korum tapi cukup utk bergambar pada hari tersebut.

['Reunion' rakan2 Inspektor Sukarelawan dalam menjayakan majlis tahlil buat Arwah di UIAM]

SEKITAR KENANGAN BERSAMA ARWAH

Terkenang juga sekali sekala pengorbanan arwah kepada saya. Kebetulan kami tinggal di blok yang sama ketika saya menuntut dalam Ijazah Sarjana dulu di Malhallah Bilal, Blok G. Memang selalulah pinjam dengan arwah 'Cat Kilat' kalau nak pergi berkawad. Jazakallah atas segalanya.

Tambahan lagi, apa yang mengingatkan saya pada arwah ketika beliau menjadi Watak Utama dalam lakonan yang saya arahkan ketika di Perting Valley, Bentong. Waktu itulah Shahril mendapat jolokkan 'ATUK' kerana watak yang saya berikannya ialah sebagai Atuk. Arwah memang watak pelakon utama sebagai Sarjan Trafik, Pegawai Penyiasat, SB dan Ketua Polis Daerah.

Itupun kalau ada yang masih ingat 'scene' yang saya berjaya dalam itu iaitu Scene 1 : Rempit, Scene 2: Bilik Gelap, Scene 3: Ajaran Sesat, Scene 4: Demonstrasi dan Scene 5: Mengaji Quran. Alhamdulillah, lakonan itu mendapat jolokan lakon terbaik dalam Kursus Suksis di Bentong itu. Semuanya juga adalah hasil bantuan dan kejayaan Arwah bersama rakan2 yang lain.

Yang Pergi tetap Pergi. Kini yang tinggal ialah kita yang masih hidup. Firman Allah yang mafhumnya, Setiap yang bernyawa pasti MATI. Benarlah firmanNya itu. Teringat juga pepatah melayu menyebut, Patah Tumbuh Hilang Berganti. Tetapi yang patah itu sukar dicari ganti.

[Selesai brunch dalam sambutan Dato' Sri Najib Razak di UIAM]

[Program Luar pertama Suksis Class of 2009]

[Program Kompas dan Pandu Arah di Sekolah Latihan Luar Tupah, Bedong, Kedah

2 comments:

Adib Saat said...

Ya Allah, semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang Soleh... teringat juga masa arwah tolong banyak sangat tugas-tugasku dalam mengendalikan SUKSIS...

Hafiz Nabilah said...

Betui tue Adib... Arwah memang tak berkira pun apa2 ngan kita. Alhamdulillah. Semoga tergolong dalam golongan Solihin.