"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, April 25, 2009

TIPS PEPERIKSAAN DARI PELAJAR CEMERLANG


Isu yang ingin saya bangkitkan ialah TEMPAT ‘STUDY’ yang Cemerlang. Di mana? Berikut hasil penelitian saya sepanjang bersama – sama dengan rakan2 yang cemerlang.

“Kalau study di Library musim ‘exam’ selalu saja rasa sejuk dan bising. Boleh menyebabkan mengantuk. Saya pilih untuk ‘study’ di kelas.
-Adam Al Baqir-Deans’ List Class of 2009


“ ’Study’ di Library boleh focus dan bersemangat’ ”
-Siddiq Masror-Rectors’ List Class of 2008 & Deans’ List Class of 2009

“ ‘Library’ bukan ukuran tempat orang yang cemerlang belajar. Tempat yang sesuai belajar ialah ditentukan diri sendiri. Kadang2 orang sesuai ‘study’ di bilik, kelas, masjid dan sebagainya selain daripada ‘Library’. Malahan orang yang Berjaya adakalanya lebih baik dari orang yang ‘study’ di ‘Library’.”
-Adib Saat- Rectors’ List Class of 2008 & Deans’ List Class of 2009


Oleh itu, secara peribadi, saya tujukan tips ini kepada mereka yang masih lagi berbaki peperiksaan akhir semester. Ingatlah, sememangnya TEMPAT merupakan antara factor kejayaan seseorang. Namun kefahaman dalam mengulangkaji lebih penting daripada lokasi dan tempat belajar.

Jangan anda sempitkan pemikiran hanya STUDY di LIBRARY sahaja seseorang boleh cemerlang. Bahkan kalau anda ‘study’ di mana – mana pun selagi tumpuan tidak hilang dan terjejas, percayalah kejayaan akan menjadi milik anda. Jangan sesekali menghina apatah lagi mengeji rakan – rakan anda yang tidak ‘study’ di Library.

Yakinlah, kejayaan bukan dicapai dengan SIKAP MENUNJUK DIRI kononnya ANDA rajin ‘study’ di ‘Library’, dan rakan anda yang tidak berada di Library dianggap MALAS dan RUGI. Tetapi kejayaan merupakan hasil dari keikhlasan dan tulus hati budi kerana ALLAH. Selamat Belajar!!

No comments: