"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, April 28, 2009

Kursus HPA di Adamson Hotel, Kuala Lumpur

[Lepak sebentar. Bak kata iklan Radix, 'Mai Secawan...']

[Sebahagia peserta puteri]

[Sesi Praktikal rawatan Iridiology]

Pada 18hb Jun 2009, setelah tamat sudah ranjau berduri yang telah Berjaya kuharungi dalam menyahut peperiksaan akhir semester, Farhan, pelajar IRK akhir semester mengajak untuk bersamanya dalam kursus HPA (Herba Perubatan Al Wahida), salah satu syarikat MLM bumiputera yang sedang meningkat maju bersama produk2 Muslim.

Peluang yang ada tidak disia – siakan kerana farhan boleh dikatakan bersungguh – sungguh mengajak saya sejak awal tahun lalu. Namun disebabkan program yang memakan masa selama dua hari pada hujung minggu, maka saya terpaksa menolaknya dengan sopan sebelum ini kerana saya terikat dengan komitmen latihan SUKSIS.

Segalanya menarik dalam kursus ini yang dinamakan sebagai Kursus Program Bijak Cemerlang (PBC). Kami didedahkan pada hari pertama tentang Perubatan Tapak tangan iaitu melihat penyakit melalui tapak tangan. Allahuakbar! Itulah kalimah mulia terpacul dari lidahku pabila memikirkan kehebatan-Nya yan menciptakan manusia dengan segala kelebihan. Penyakit pun dapat diketahui simptomnya melalui tapak tangan. Syukur, mungkin perkataan yang sesuai untuk dilafazkan kerana kini sudah Berjaya menguasai sikit tekniknya. Jadi kepada sesiapa yang berminat utk bertanyakan penyakitnya bolehlah berjumpa dengan saya.

Keesokkan harinya, kami didedahkan pula dengan Perubatan Iridology iaitu melihat symptom penyakit melalui mata. Memang menarik dan tidak diduga bahawa penyakit pun boleh dilihat melalui kesannya pada mata. Bila sudah diketahui penyakitnya, maka kami didedahkan pula pada ubat untuk mengubati penyakit melalui herba – herba HPA. Petangnya pula latihan praktikal dengan menjual produk HPA kepada orang ramai. Bayangkan rupa saya yang terpaksa melalui jalan2 Chow Kit dengan menjual kopi Radix dan produk HPA. Nampak macam kelakar kan? Tapi itulah pengalamn menarik.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin terlibat dalam PBC utnuk mengenali Perubatan Tapak Tangan dan Iridology bolehlah menghubungi saya pada bila2 masa.

1 comment:

sihatselalu said...

kami juga menyediakan rawatan iridiology.
rawatan ini memang dapat mengesan hampir 90++% ketepatanya..
bukan sahaja sakit, sejarah dan tanda2 awal sakit juga dapat dikesan..
lanjut --> http://sihat-sihatselalu.blogspot.com