"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, April 21, 2009

Kenangan Terakhir Ijazah Kedua Shariah

[Bersama Dato' Salleh Ahmad-Pensyarah Sistem Kehakiman]

[Bersama Dr Abdullahi Mohd-Pensyarah Mauritia]

Berlalu sudah penantian selama setahun untuk mendapatkan segulung ijazah dalam jurusan undang – undang Shariah. Tepat jam 12.15pm pada hari Sabtu bersamaan 18 April 2009, apabila Ketua Pengawas membuat pengumuman supaya meletakkan pen untuk berhenti menulis, saya akur dan terus sahaja bertawakal.

Sepanjang tarikh keramat 1 April sehingga 18 April 2009 (waktu berlangsungnya Peperiksaan Akhir Semester-Ijazah Kedua) hati saya sentiasa berdebar2 dalam lingkungan waktu itu. Apa tidaknya, sepanjang tarikh itulah saya terpaksa bergelumang hidup bersama dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan. Antara gerak kerja yang perlu diselesaikan seperti ‘submission’ artikel mingguan, Kelas Asas Bimbingan Al Quran, ‘Update’ entri blog dan sebagainya.

Saya cuba untuk menghapuskan persepsi ‘Aku Sibuk”, “Aku tak ada masa”, “Musim Exam Nie. Kena Fokus!!” dan sebagainya. Sebenarnya itu Semua adalah ALASAN!!! Semester lepas ketika saya mengulangkaji pelajaran bersama rakan saya (tak perlu dinyatakan nama) ketika dalam ‘revision week’ musim ‘exam’ bayangkan rakan saya tadi sempat utk bermain futsal jam 3am walaupun esok dan lusa harinya exam. Akhirnya apabila keputusan diumumkan dia Berjaya mendapat Dean’s List.

Sebenarnya kita semua mempunyai masa walaupun dalam waktu Exam. Persoalannya ialah Bijak atau tidak dalam menguruskan masa.? Disiplin atau tidak dalam menguruskan masa? Bayangkan untuk bekerja dan meng’update entry’, kita hanya perlu pastikan waktu rehat dalam waktu ‘study’ dimanfaatkan sebaiknya.

Ramai kalangan pelajar yang saya perhatikan mereka apabila rehat daripada ‘revision’ lebih cenderung untuk main ‘game’, layan Filem, sembang kosong dan sebagainya. Jika perkara ini berlaku, maka anda sebenarnya memang TIDAK BIJAK manfaatkan masa dan Pelbagai ALASAN anda ciptakan untuk menutup kelemahan anda. Mari kita belajar bersama menguruskan Masa..!!

No comments: