"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, February 20, 2009

Jom kita mengenali Kitab Mughni Al Muhtaj!

Kitab ini merupakan Kitab Turath yang muktabar dan digunapakai dalam kebanyakkan hujah yang dibawa oleh Peguam Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia. Mughni Al Muhtaj merupakan hasil karangan Imam As Syeikh Muhammad Khatib As Syarbini rahimahullah. Beliau merupakan imam dari mazhab As Syafie dan kitab ini telah mensyarahkan beberapa kitab sebelum ini.

Kitab ini mensyarahkan sebuah kitab yang ditulis oleh Imam As Syafie (maaf saya lupa nama kitab itu). Kemudian kitab tersebut telah disyarahkan oleh Imam Al Haramain (Nihayatul Matlub Fi Dirasatil Mazahib). Setelah itu, kitab ini pula disyarahkan oleh Imam Al Ghazali dengan kitabnya yang pertama iaitu Al Basit. Namun Imam Ghazali masih tidak berpuas hati dengan syarahannya dalam kitab itu dan telah mensyarahkan Al BAsit dengan kitab kedua iaitu Al Wasit.

Sungguhpun begitu, kehebatan ilmu tokoh yang diberikan gelaran Hujjatul Islam tiada tolak bandingnya apabila beliau mengarang kitab ketiga bagi mensyarahkan kitab keduanya dan diberi nama Al Wajiz. Setelah berpuas hati terhadap karangannya, Imam Rafie mengarang kitab Al Muharrar untuk mensyarahkan kitab Al Ghazali. Selepas berlalu sebuah kitab masyhur ini, maka Imam Nawawi pula mengarang kitab Minhaj Thalibin untuk disyarahkan kitab Al Muharrar.

Beberapa ketika selepas itu, maka Imam Khatib pula menulis kitab yang diberikan nama Mughni Al Muhtaj. Kitab ini merupakan seangkatan dengan beberapa kitab muktabar lain seperti Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj dan sebagainya.

Kitab ini telah saya pelajari namun tidak pada kesemua kandungan yang ada. Cuma beberapa bab yang dianggap penting untuk Ijazah Syariah. Terima Kasih saya ucapkan kepada Al Fadhil Dr Naim (Pensyarah AIKOL) yang mengajar saya dalam Kitab Nikah (Mughni Muhtaj) dan juga kepada AL Fadhil Ustaz Dato’ Hashim Yahya (Mantan Mufti W.Persekutuan-Pensyarah AIKOL) yang mengajar saya dalam Kitab Talaq, Ar Radha’, Al Adad, Al Ila’, Ar Ruj’ah, Al Kafarah, Al Lian (Mughni Muhtaj). Jasa kalian telah membentuk saya untuk menyumbang khazanah ilmi ini kepada adik2 yang berada di USIM.

5 comments:

sumaiya said...

salam..saya nak bertanya..dalam kitab mughni al muhtaj ni ada tak menerangkan bab balutan luka dalam imam syafie yang marjuh...sekiranya ada boleh tak tolong terangkan...terima kasih

mr ( fox ) said...

(manhaj al thalibin) kot...

Kwol Hafizi said...

Salam, syukran atas info. Nak tanya, kitab ini ada syarah berkenaan zihar dgn lebih mdalam x? Mksudnya bkn skdr makna, hukum dan kafarah shj...

ahmad nabawie said...

Ya..manhaj al thalibin karangan imam nawawi..ada kat cover dia

Sarah Adnan said...

Your super junior here because an assignment from al-Fadhil Ust Naim untuk mencari Maraji' di dalam Mughni Muhtaj! Alhamdulillah... semoga saya berjaya menghabiskan LLBS seperti Tuan. Amin.