"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, February 21, 2009

Tahniah Kepada Semua Pendebat USIM!!!

[Bersemangat pelajar TAA 4]

[Barisan Hukumah TAA 4]

[Tgh berbincang utk pergulungan TAA2]

[barisan Hukumah TAA 2]

Tajuk yang diberikan mudah iaitu Az Zawaj fi Asna’ Ad Dirasah. Fi Ra’yikum?. Mungkin ini terkandung dalam huraian yang telah termaktub dalam khazanah ilmu Kitab Mughni Al Muhtaj yang telah dinukilkan oleh Imam Khatib Syarbini. Namun terjemahan ini telah dilestari dengan jayanya oleh adik – adik dari Fakulti Kepimpinan Dakwah dan Pengurusan.

Tahniah kerana anda semua telah berusaha untuk memberanikan diri dalam berhujah dan berdebat dalam Bahasa Arab. Itulah yang diingin oleh pentadbiran USIM dan merupakan Hadaf Utama pengajian UTA 2082 yang mahukan para pelajar mengenali dan mampu membaca kitab turath.

Kelucuan dan keseronokan berhujah kadangkala melalaikan kita dalam menjaga masa. Sebab itu, walaupun debat yang diadakan secara informal, secara tidak langsung, debat ini ingin mengajar kita bagaimana untuk menjaga waktu. Seperti mana yang pernah dilontarkan oleh Hasan Al Banna, Al Wajibat Akthar Minal Awqat. Yang bermaksud Kewajipan kita sebagai Daie lebih banyak berbanding masa yang kita milik.

Malahan ada juga pepatah arab menyebut, Al Waqtu Kassaif, Fain Lam Taqtuq, Qata’ka, yang bermaksud masa itu diibaratkan seperti pedang, kalau anda tidak tahu membunuh menggunakan masa maka masa akan membunuh kamu. Ini bermaksud kalau dahulu dalam peperangan kita menggunakan pedang untuk membunuh. Jadi sekiranya kita lambat untuk mengayunkan pedang kepada mush maka pedang mereka pula yang akan singgah ke batang tubuh kita. Itulah yang diumpamakan masa dengan mata pedang tadi.

Ala kullihal, Alfun Mabruk Alaikum. Tahniah kerana Anda MAMPU dan BERANI !!!

No comments: