"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, December 1, 2008

Mendaki di Bukit Jambul Pulau Pinang [291108]

Rakan saya Mohd Kasyfi Mohd Taufik, yang bekerja di USM mengajak saya untuk mendaki Bukit Jambul. Inilah keunikan Pulau Pinang di mana sebuah bukit dijadikan tempat rekreasi dan riadah. Bagi saya mendaki sebuah bukit sememangnya memenatkan apatah lagi bagi individu seperti saya yang jarang mendaki bukit. Yang lebih mengejutkan lagi betapa hebat rakyat di tanjung ini apabila ramai yang mendaki ini terdiri dari orang tua berbangsa cina. Saya pula memulakan aktiviti ini sebelum melakukan rutin harian saya iaitu membanci di Teluk Bahang.

Aktiviti saya pada pagi itu lebih menarik lagi apabila diketemukan dengan tokoh sasterawan negara dan aktivis rakyat iaitu Prof Madya Dr Fatimah Busu. Beliau merupakan mantan pensyarah USM dan pernah beberapa kali mendapat anugerah hadiah kesusasteraan dari DBP dan badan berkanun serta kerajaan. Saya bertemu dengannya secara tidak sengaja di Bukit Jambul ketika saya menuruni bukit itu.

Banyak perkara yang telah dikongsi bersamanya. Sejarah kehidupannya begitu berliku dan pernah beberapa kali bakal ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana begitu lantang menyuarakan masalah rakyat. Kini beliau masih lagi menyuarakan pendapatnya namun melalui cerpen dan penulisan sastera yang boleh didapati di dalam akhbar Siasah. Antara karya terbaru beliau ialah berkaitan isu untuk membangkitkan semangat bumiputera Pulau Pinang yang dilihat seakan tersisih dari pola masyarakat Pulau Pinang.

[Ni track dalam Bukit Jambul-Kasyfi]

[Bersama Dr Fatimah Busu di Bukit Jambul]

Secara keseluruhan saya rasa bersyukur kerana telah diketemukan bersamanya dan banyak nasihat yang saya timba darinya. Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa terus kekal dan bangkit seperti zamannya yang begitu lantang membela nasib rakyat. Siapa lagi yang akan membela nasib rakyat kalau bukan para pelajar.

1 comment:

MizShuai said...

awak sangat beruntng bertemu muka dengan beliau. Kite sangat teringin nak bertemu mka dengan belia. Tapi siapalah saya , yang hanya mampu meminati dan membeli semua karya dia dari jah.