"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, December 2, 2008

Bancian di Kg Nelayan, Kuala Sg Pinang & Telok Bahang

Kg Nelayan, Kuala Sg Pinang
Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di perkampungan moden nelayan. Selalunya kita terbayang perkampungan nelayan, kehidupan mereka susah dan perumahan mereka selalunya di hujung tanjung dan berhampiran laut. Tetapi apabila saya sempat menjengah kehidupan keluarga nelayan di sini, kehidupan mereka sederhana kerana rumah mereka telah disediakan oleh Perda, Pulau Pinang.

Namun pengetahuan mereka berkaitan Sains dan teknologi masih lagi biasa dan perlu mendapat perhatian yang secukupnya dari pihak berwajib.


[Perkampungan di Telok Bahang]

Mukim 2, Telok Bahang
Manakala perjalanan saya di sebelah petang di Telok Bahang keadaannya juga agak berbeza. Kalau sebelum ini perumahan mereka dua tingkat namun di sini banyak rumah teres. Telok Bahang menjanjikan seribu satu kenangan yang indah. Penduduknya senang didampingi. Tahap pengetahuan juga agak tinggi kerana segala kemudahan amat mudah untuk di akses.

Apa yang menarik ialah cerita berkaitan Ular Tedung Raksasa yang ditemui oleh beberapa remaja Melayu yang berasal dari Balik Pulau. Kejadian dikatakan berlaku di Empangan Pulau Pinang yang baru di bina berdekatan situ. Berita ini tersebar luas apabila aksi sang ular itu dirakam oleh rakan2 yang lain. Saya cuba mendapatkan ‘Bluetooth movie’ daripada masyarakat setempat tetapi gagal.


[Mencari - cari rumah berikutnya]

Ular Tedung Raksasa
Ular itu dikatakan setinggi pokok hutan dan sedang menjalar di atas rimbunan pokok hutan. Beberapa remaja Melayu tadi yang merasakan pelik lalu mengganggu ular tersebut untuk kepastian. Ular tadi menyedari gangguan itu terus ‘panggung kepala’ dan aksi itu sempat dirakamkan dan dikatakan panggung kepalanya setinggi pokok kelapa. Saya sendiri tidak yakin dengan realiti sumber cerita ini. Tetapi apabila ditanya kepada semua lapisan masyarakat dalam bancian saya semua versinya sama iaitu “Ular Tedung Raksasa”. Wallahualam.

No comments: