"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, November 30, 2008

Kembara di Sungai Petani Bersama Faiz (271108)

[Faiz Abu Samah-Itulah nama diberi-Di Pantai Merdeka, tempat dikunjungi]

[Plat besi besar pada jam besar SP-lama nie]

[Jom makan ais krim!!!]


Kembara di Sungai Petani bersama Faiz Abu Samah memang menyeronokkan. Baru2 nie tak ada ribut tak ada taufan, tiba2 jadi plak mamat sorang nie nak duduk Kedah lama2. Bagi saya memang tak ada masalah. Rumah saya dah dikunjung oleh beberapa rakan yang memang bukan berasal dari Kedah. Antaranya Kelantan (Adib), Terengganu (Najmuddin), N9 (Hazwan), Melaka (Zukhairi), dan kini Kuala Lumpur (Faiz Abu Samah).

Sekali tengok memang happy abis kawan saya nie. Mana tidaknya, dia dah berada di Langkawi samapai 1 minggu lebih. Kemudian ke Perlis 2 hari, lepas tu ke Baling sampai sempat mandi air hangat di Legong. Kemudian berangkat plak ke rumah saya di Sungai Petani(Bandar paling maju di Kedah).
[Gambar sebelah-Faiz kat jam besar SP]

Hari pertama dia sampai memang petang sangat lepas Asar. Jadi kami tak ke mana2 sebab saya pun baru balik dari Bayan Lepas buat survey MOSTI.

Maknanya, saya dan Faiz akan meulakan perjalanan kami pada keesokkan harinya. Jadi ceritanya bermula pada esok, bila destinasi pertama kami ialah di Tg Dawai dan Pantai Merdeka. Seperti biasa, saya dan FAiz memulakan langkah dengan menaiki bot laju untuk ke Pantai Merdeka. Disana kami makan rojak, Ais krim dan jalan2 amik angin.

Lepas tu kami balik dan menuju ke Sungai Petani sebab perut pun dah berkeroncong. Jadi, saya bawa Faiz ke Radix Fried Chicken (RFC) kepunyaan HPA. Syarikat ini adalah syarikat pertama kepunyaan bumiputera yang memasarkan produk resipi ayam goreng ala2 KFC. Yang paling penting RFC ini hanya boleh didapati di Sungai Petani. Itu yang uniknya kampung halaman saya.

Sudah habis makan, kami bergerak pula ke Village Mall yang dalamnya macam khas untuk korporat sahaja. Village Mall ni macam shopping complex yang biasa cuma dalam dia ada shop lot banyak dan tak ada hyper market yang share dengannya. Antaranya, Starbuck, Secret Recipi, Pizza Hut, NashDonnut dan banyak lagi.


Lepas tu, kami ke Masjid Daerah Sungai Petani yang senibinanya di ambil dari Masjid Morroco yang terletak di Rabat, Morroco. Memang cantik. Sudah abis solat kami bergerak pula ke Central Square (CS). Di sana, Faiz nak dapatkan key chain tapi macam tak ada. I'allah lepas ini, saya cuba dapatkan untuk Faiz. Bila dah habis pusing CS, kami ke SP Plaza. Di sana kami menunaikan solat Asar. SP Plaza adalah pusat pentadbiran PBT MPSPK. Dalamnya ada shop lot dan hyper market. Lepas tu, kami park keta di sana dan bergegas berjalan kaki pula ke Jam Besar SP (satu peninggalan sejarah). Selepas tu bergegas mencari tiket keretapi utk Faiz balik KL tapi malang sekali tiket semuanya sudah abis. Jadi kesimpulan dia kena cari tiket bas. Faiz tak berminat naik bas sebab tiket dia mahal. Sebab tu yang mencari2 tiket naik ketapi.
Alhamdullilah bila dah jumpa tiket bas yang paling murah (RM36) untuk perjalanan esok, saya pun menghalakan kereta saya yang tua nie ke rumah. Maka itulah perjalanan saya yang jauh dan berliku. Apapun memang sangat menyeronokkan sebab dalam saya bekerja sempat juga utk release tension dengan berjalan2 dua hari dengan kawan.
I'allah, esok saya akan menghabiskan kerja saya di Telok Bahang dan Kg Nelayan, Balik Pulau. Doakan segala2nya.

No comments: