Persahabatan yang tidak pernah mengenal erti perpisahan. Mohd Farid Abd Muttalib merupakan seorang rakan dan teman yang setia bersama saya ketika dibangku sekolah lagi. Saya masih ingat kami bersama2 duduk di rumah sewa ketika Form 1 & 2 walaupun telah ditawarkan masuk ke asrama. Kami sengaja menolak dengan alasan nak elakkan diri dari orientasi. Walaupun rumah sewa kami pada mulanya hampir empat puluh dan bilangannya semakin susut dari masa ke semasa dan akhirnya tinggallah kami berdua lelaki melayu terakhir.
Farid yang kukenali,
Sewaktu dibangku sekolah, dialah orang yang pertama mengajar saya erti dunit IT (Internet). Malahan sewaktu internet baru berkembang di Malaysia seawal tahun 1998, saya bersamanya pada waktu itu baru mula berjinak mengenali dunia tanpa sepadan. Selain itu, dialah orang yang mula memperkenalkan tangan saya ini untuk mula memegang dan memiliki sendiri bat ping pong. Dengan pujukan dialah saya pernah mendapat tempat kedua pertandingan ping pong di sekolah dulu (tu pun sebab 'by' :) )
Yang pelik pun kami pernah lakukan bersama. Sebagai contoh, masa belajar di Alor Setar dulu, kami sanggup berjalan kaki dari Bandar AS balik ke Simpang Kuala melalui jalan keretapi. Bayangkan mengikuti jambatan keretapi (jambatan sungai tu) yang sememangnya tiada jalan raya sebab hutan dan kiri serta kanan hanyalah air sungai memang sengaja kami mencari nahas. Itulah Farid yang kukenali. Berbisnes juga melalui ideanya apabila kami berdua menjual Aiskrim Malaysia di asrama yang berharga RM 0.10 selepas balik solat Jumaat memang menguntungkan.
Farid yang kukenali,
Habis sahaja masuk universiti, kami masih bersama. Walaupun berlainan kuliah, makan dan 'outing' masih tetap bersama. Dari Petaling Jaya ke Gombak persahabatan tetap tsabat. Saya masih lagi teringat ketika kami keluar ke Jalan Tunku Abd Rahman (Jln TAR) tahun 2002, kami berjalan hampir 3 jam mencari baju raya sampai terpaksa berbuka di Masjid Jamek kerana tak sempat balik ke Petaling Jaya. Di samping itu, ketika berada di bumi Gombak, saya masih lagi bersamanya, menziarahinya di bilikwalaupun sudah tak selalu macam dulu (di PJ).
Farid yang kukenali,
Beliau kini telah lama tamat pelajaran di UIA. Bekerja sebagai pegawai bank (AM Bank) dalam bahagian syariah sememangnya mencabar jiwa mudanya. Kini beliau melanjutkan pelajaran ke UK untuk meneruskan pengajian Master dalam bidang Islamic Banking. Tahniah Farid. Aku berbangga punya kawan sepertimu. Doakan daku semoga cita2ku seiring cita
2mu. Maafkan daku kerna tak sempat menghantarmu di KLIA. Semoga kita dapat berjumpa lagi tahun depan 2009, Bulan September seperti yang kau janjikan dengan segulung ijazah sarjana.
1 comment:
huish.. tahniah2..
Post a Comment