"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, July 28, 2008

Bersama UTHM di Melaka

[Bersama dengan Penceramah Motivasi pagi]


[Dua Kaunselor UTHM yang komited]


[Pepasir Pantai Pengkalan Balak]

Ini kali pertama saya menghadiri program RK Training & Management di Melaka. Kali ini kami diberikan peluang untuk bersama di Pengkalan Balak, Masjid Tanah,Melaka. Sebuah resort (ISMAH Resort) telah ditempah oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).

Program ini menghimpunkan pelajar - pelajar 'istimewa' dari kampus UTHM yang bertujuan untuk memberikan rangsangan dan motivasi untuk terus KEKAL belajar di IPTA itu. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof kerana memberikan peluang untuk saya berada di sana. Kelainan di program kali ini aialh apabila adanya aktiviti Explore Race di tepi pantai. Kemungkinan ini merupakan kali pertama yang saya ikuti bersama RK dan mungkin telah beberapa kali diadakan modul seumpama ini.

Ini juga kali pertama saya mendengar betapa 'nervous' Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof ketika ingin menyampaikan ceramah kerana baginya program kali ini adalah program pertama beliau kemukakan modul baru bagi Pelajar Super. Tetapi beliau berjaya telan sifat ketakutan dalam dirinya. Inilah antara yang perlu saya pelajari daripadanya.

Tahniah kepada semua pelajar UTHM kerana berjaya memaksa diri untuk melalui 'proses redifination' ini.

No comments: