"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, July 15, 2008

Ayuh, Bangkitkan Momentum CONVEST 2008 | 13 Julai 2008


Convest Group Binding yang diadakan berhampiran Convest Hill menandakan permulaan gerak kerja untuk pesta konvokesyen pada tahun ini. Kehadiran yang merangkumi 'Management Board dan Program Manager Sub Programmes' sangat menggalakkan. Semangat berpasukan jelas terbayang di wajah mereka yang bakal memikul bebanan tugas sangat berat dan mengazabkan pada Ogos ini. Saya pernah mempunyai pengalaman sebanyak DUA KALI dalam CONVEST iaitu 2004 (Head Unit PUBLICITY) dan 2007 (PM Opening Ceremony). Memang pengalaman indah itu mengajar pelbagai erti ranjau dan duka bagi diri saya.

Seperti biasa, saya pada kali ini bertemankan Sdr Zukhairi yang bersama - sama menjadi instructor utk GB ini. Kami hanya sempat memuatkan beberapa modul yang dianggap sebagai PENTING dalam menjayakan GB kali ini. Beberapa sasaran telah dikenalpasti antaranya :-

1.Knowing Yourself
Slot ini dinamakan sebagai slot taaruf. Dalam aktiviti ini, para peserta akan berkenal - kenalan antara satu sama lain secara Seimbas Pandangan. Apakah 'First Impression' mereka terhadap rakan - rakan mereka? Kekadang kita hanya mengenali diri kita tanpa mengambil pandangan pihak lain. Sebab itu, saya menyarankan kepada anda semua bahawa rakan Ibarat CERMIN. Kita TIDAK NAMPAK diri kita TETAPI kita hanya dapat melihat melalui pandangan rakan. Oleh yang demikian, apa yang diberikan oleh rakan segala yang positif perlu diteruskan dan perkara negatif perlu dijauhkan.


2.Meeting Management
Ramai yang menyedari bahawa kuasa 'meeting' adalah membuat keputusan. Namun ramai juga yang tidak menyedari bahawa banyak masa diBUANG melalui meeting. Kenapa? Ini berlaku kerana pelbagai agenda yang tidak relevan dimasukkan tanpa henti - henti. Walaupun kita telah belajar bahawa dalam bermesyuarat kita perlu menghormati pandangan orang lain namun sekiranya pandangan itu berbentuk membuang masa, maka sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menghentikannya.

3.Team Building
Semangat kerjasama perlu dipupuk agar tidak berlaku sebarang percanggahan pendapat. Tn Hj Fadzli Yusuf pernah menyebut bahawa, jangan kita menjadi orang yang akan mengangkat kera untuk orang lain. Ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk kita bijak dalam membahagikan gerak kerja. Jangan kerana gerak kerja berlebihan kita telah 'exhausted' awal dan tidak memacu kehadapan. Bukankah ini berlawanan dengan sikap 'teambuilding'.

4. Ukhwah
Konsep Ukhwah ataupun berkasih sayang sememangnya diterapkan oleh Nabi Muhammad. Ini pernah saya jelaskan kepada anda di dalam beberapa entri yang lepas. Namun u khwah yang dibina seharusnya bukan hanya atas dasar kerja , rupa paras atau warna kulit tetapi ukhwah itu perlu dibina atas nama Islam kerana Allah Taala. Maka secara praktikalnya di dalam berorganisasi semangat berukhwah sangat penting kerana ia mengajar kita erti Tafahum(memahami) dan Takaful(bantu membantu).

Semoga kecemerlangan CONVEST 2007 dimantapkan dengan kehebatan Convest 2008.

1 comment:

abdul hayyi said...

terima kasih banyak2 abg pit atas segala pertolongan.

Moga Allah balas dengan sebaik2 ganjaran.