"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, June 8, 2008

Smart Camp 1: Satu Permulaan | 6-8 Jun 08

[Motivasi hebat dari YB Dr Hasan Ali]

[Barisan fasilitator yang komited]

Buat pertama kali, saya menjejaki kaki ke Kem Rebutia untuk mengikuti program rasmi. Pada kali ini program yang saya ikuti sebagai fasilitator ialah Smart Camp 1 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia pada 6 Jun hingga 8 Jun 08. Apa yang menarik perhatian saya ialah yuran yang dikenakan begitu murah iaitu RM10 beserta sijil dan baju percuma. Itulah kelebihan Smart Camp 1.

Selama dua hari program banyak perkara yang saya timba. Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa fasi dari IPT yang pelbagai dan fasilitator bukannya didominasi oleh para pelajar UIA. Pengisiannya juga agak berbeza dengan beberapa IPT yang lain.

Apa Khabar semua?? Sihat??Boleh saya teruskan program??Program BELUM bermula!!!

Saya terterik dengan beberapa pengisian yang diberikan oleh instructor mahupun penceramah. Seperti biasa, dalam mana2 program kuliah atau ceramah awal yang perlu disampaikan ialah berkaitan 'Mengenali Peribadi'. Maka penceramah tersebut telah memberikan pengisian penciptaan manusia, makhluk lain dan kematian. 'Slide' yang menarik ialah berkaitan tanda - tanda kematian bermula 100 hari sehingga saat nak mati. Memang ngeri kerana presentasi disertakan bersama musik dan klips. Instrutor pula selalu 'mengumpan' para pelajar dengan berkata, "Apa Khabar semua?? Sihat??Boleh saya teruskan program??Program BELUM bermula???" dengan tujuan agar para peserta sentiasa tertanya2 dan keep in touch bersamanya.

Hari kedua diteruskan sepagi hingga petang dengan permainan. Peserta seramai 130 orang memakan banyak masa utk ke setiap 10 'check point'. Saya diarahkan untuk menjaga satu 'check point' yang membawa tema Jihad. Namun pengisiannya lebih kepada teamwork. Antara pesanan yang sempat saya kongsi bersama:-


[Macam mana nak angkat botol air guna tali rafia nie???]


A.Lantiklah kepada Ketua
Islam memberikan kebebasan kepada ummatnya untuk melantik ketua. Ketua berfungsi sebagai pemimpin dalam mana2 organisasi. Maka organisasi yang terbaik bermula dengan ketua yang baik. Pepatah Cina ada menyebut, baiknya ikan bermula dengan kepalanya. Oleh itu, kepala yang dimaksudkan ialah ketua kepada badan yang digambarkan badan ikan. dia akan memacu kita kejalan yang betul. Begitu juga, dalam solat berjemaah, kita perlu melantik imam yang akan menjadi ketua solat.

B. Tegurlah Ketua
Ketua yang kurang bijak dan jahil dalam gerak kerja ialah orang yang bersifat diktator. Maka orang yang bersifat ini perlu ditegur. Kadangkala teguran bukan untuk ketua yang zalim bahkan kepada ketua yang baik yang melakukan kesalahan. Tidak salah untuk menegur namun ia perlu mengikut lunas2 yang baik dan ditetapkan Islam. Sebagai contoh, di dalam solat berjemaah imam perlu ditegur dengan sebutan 'Subhanallah'. Cantikkan islam?? Teguran boleh dilakukan namun anda memerlukan adab dan akhlak dalam menegur.

C. Taati Ketua syarat Kemenangan
Walau sehebat mana kita, ketua tetap perlu dituruti dan ditaati. Selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak dan agama, maka wajib kita menuruti ketua. Saya telah berkongsi bersama anda bahawa dalam gerak kerja, ketua perlu memainkan peranan dalam berstrategi. Kreativitinya terletak kepada strategi yang dimainkan. Namun para pengikut tidak salah memberikan pendangan dan menegur pemimpin seperti yang saya bicarakan sebentar tadi. Dengan mentaati ketua, anda akan berjaya dalam organisasi dan gerak kerja anda.

Program sebelah petang diteruskan dengan pengisian menyembelih ayam. Para pelejar telah diberikan penerangan bagaimana untuk menyembelih secara teori dalam 15 minit dan terus kepada praktikal. ini juga merupakan pengalaman saya kali pertama dalam kursus menyembelih ayam. Setelah selesai sembelih, para peserta perlu merendam ayam dalam air panas untuk melembutkan bulu ayam dan mereka perlu mencabut bulu ayam sehingga habis. Kemudian mereka perlu membuang perut dan isi dalaman ayam serta terus memotong ayam. Menarik dan hebatkan??


[Jom cabut bulu ayam kat sungai nie!!!]

Pada malamnya pula diadakan acara malam kebudayaan. Hampir keseluruhan peserta melakukan pentomin dan 'short play' menarik. Siapa kata pelajar sekolah tidak mampu berlakon?? Tgh malam pula, aktiviti 'Night Walk'diadakan untuk menguji keberanian para peserta. Dengan RM 10, anda dapat semua ini. Berbaloikan??

Seperti biasa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun berat hati untuk meninggalkan bumi rebutia tapi apakan daya ini kehendak Tuhan Yang Esa.

[Cantik!!! Ukhwah yang terbina persis sekuntum bina- Bersama dengan kumpulan saya]

No comments: