"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, June 6, 2008

Resipi Kejayaan bersama Pendekatan Agama


[Alamak ngerinya gambar tuu..]


[Wajah adik2 peserta kursus motivasi]


Masjid At Tayyibin Selayang telah mengadakan Kem Motivasi Anak Soleh Cemerlang pada 4 Jun 2008. Sekali lagi saya telah diberikan peluang oleh RK Training bagi mewakili Sdr Fadzli Yusuf yang terpaksa memberikan ceramah sesi petang di Bangi. Terima kasih Sdr Fadzli Yusuf. Program ini merupakan anjuran masjid tersebut dan dihadiri oleh anak – anak kariah masjid dan beberapa peserta dari sekitar Lembah Klang.

Petang itu, saya telah berkongsi dengan beberapa pelajar Tips Resepi Kejayaan yang antara lain turut menyebut 4 Tips untuk mendapat kejayaan yang diberkati. Anda semua perlu memahami bahawa Kuasa Matlamat + Kuasa Usaha = Kejayaan namun sekiranya kejayaan ini ingin digandakan apatah lagi untuk diberkati maka formulanya mudah iaitu:-


Kuasa Matlamat + Kuasa Usaha x Kuasa Akidah + Ibadah + Akhlak
= Kejayaan Diberkati



Kuasa Akidah
Islam telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang tidak mensyirikkan Allah sahaja yang bakal mendapat tempat di syurga. Namun reality semasa seakan melupai konsep asas Islam ini. Ramai yang inginkan kejayaan ‘fast track’ dengan hanya memikirkan seimbas lalu dan berfikiran singkat. Antara contoh yang ketara ialah ada yang ingin Berjaya dengan cemerlang sanggup memakai tangkal dengan niat mereka akan Berjaya dengan cemerlang. Ada juga yang menyakini kemampuan air Yasin dan jampi lebih berkuasa dari Tuhan Yang Maha Esa. Kenapa perkara sebegini berlaku? Ini disebabkan mereka gagal menguasai Kuasa Akidah. Dengan Kuasa Akidah, kita semua yakin bahawa hanya Allah sahaja yang akan memberikan Kecemerlangan. Kecemerlangan bukan disebabkan tonik, tablet, ubat kuat dan sebagainya tetapi keyakinan tinggi kita kepada Allah. Antara tips akidah yang sejahtera ialah kita mengenali dan berakidah dengan tiga tauhid ini : -

1. Tauhid Uluhiyyah
2. Tauhid Rububiyyah
3. Tauhid Asma Wasifat


Kuasa Ibadah
Doa merupakan salah satu konsep ibadah. Allah telah menyebut dengan jelas di dalam Al Quran yang mafhumnya, doalah pada-Ku nescaya akan-Ku makbulkan. Namun doa sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, saya telah menerangkan kepada anda bahawa Kuasa Matlamat bersama Kuasa Usaha akan menghasilkan Kejayaan. Namun kejayaan diberkati ialah dengan ibadah sohihah dan antaranya ialah dengan berdoa. Anda perlu melaksanakan segala amalan wajib dan sunnat maka kecemerlangan anda akan lebih mudah dan diberkati dengan izin-Nya. Maka pastikan anda tidak meninggalkan 2 amalan ini: -

1. Amalan Wajib
2. Amalan Sunnat

Kuasa Akhlak
Akhlak ialah adab. Tanpa adab anda akan dikira sebagai tidak berakhlak. Dalam bahasa moden akhlak dikenali sebagai etika dan moral. Walau apapun bahasa yang digunapakai, Kuasa Akhlak merupakan kuasa paling indah yang menyumbangkan kejayaan. Perkara penting yang perlu anda awasi dalam berakhlak ialah:

1. Ibu bapa
2. Guru
3. Rakan- rakan.


Tanpa akhlak kepada tiga entity ini, anda bakal menghadapi masalah yang paling besar dalam mengejar kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan kecemerlangan turut bergantung kepada adab dan akhlak kita kepada ketiga2 entity ini.


[Sesi fotografi bersama peserta putra]



[adik2 putri pun nak bergambar juga]

No comments: