"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, June 20, 2008

Pengalaman DJ di Kenduri Kahwin

[DJ Hafiz menanti di konti]

Majlis Perkahwinan pasangan sejoli, Khairul Fikri dan Nurul Hayati Husna telah diraikan dengan meriah sekali. Sahabat handai, rakan taulan dan para pendidik dari Maktab Mahmud semua sekali terlibat dan hadir bagi memeriahkan lagi tautan kasih suci antara suami dan isteri yang bakal diredhai ilahi. Saya terlebih awal dihubungi Fikri kerana dia mahu saya menjadi deejay bagi majlis perkahwinannya.

DJ??Ya, itu pengalaman pertama seumur hidup saya. Tidak pernah sekali pun terbayang bahawa diri ini akan menjadi DJ pada suatu ketika nanti. Saya terima dengan hati yang tenang dan terbuka serta berfikiran positif bahawa saya mampu lakukannya.

Beberapa tips menarik saya pelajari sepanjang menjadi DJ:

I)Ceria
Untuk menjadi DJ terbaik, anda perlu sentiasa ceria. Pamerkan wajah anda seceria yang mungkin kerana dengan sifat ini, ia akan menghilangkan perasaan gugup anda. Selain itu, ia bakal menambahkan keyakinan orang ramai yang mendengar dan melihat anda dari dekat terutama kanak - kanak riang.

II)Spontan
Perkataaan yang dihamburkan perlulah sepontan agar ia tampak 'natural' semasa bercakap. Tidak perlu kepada karangan, draf ataupun skrip kerana ia bakal merosakkan 'mood' pendengar dan kelihatan 'skema' serta formal

III)Nada dan Intonasi
Ini adalah bahagian yang paling susah untuk saya sendiri praktikkan. Anda boleh meniru nada dan intonasi mana2 gaya DJ terhebat di Malaysia tapi pastikan anda tidak ter'over' kerana dengan tindakan itu, para hadirin akan terkejut tambahan pula kepada majlis yang dihadiri oleh penduduk kampung. Jalan yang selamat - Be yourself!!

[ Bersama pasangan bahagia, Fikri & Husna-Ambil Berkat :) ]


Setelah bertugas dari pukul 1pm sehingga 5pm, saya pun mengambil peluang mengajak adik2 yang datang dari Kelantan serta Alor Setar untuk bertandang ke rumah saya. Turut dijemput juga konvoi UIA Gombak sebanyak 5 buah kereta. Namun hajat mereka untuk bersama saya tidak kesampaian kerana beberapa rakan mereka bakal menduduki peperiksaan semester keesokkan harinya. Maka mereka perlu bertolak lebih awal untuk persiapan peperiksaan.

Yang paling penting, 'junior' saya, Fikri, kini sudah berumah tangga. Walaupun masih lagi berada di tangga pengajian, namun kalau dah jodoh tidak akan kemana. Tahniah Fikri. Diharapkan hidupnya akan senantiasa ceria dan diberkati Allah.

[geng2 Otai 'time' maktab dulu, la nie dah berubah]

[Aik..Semua batch muda 2 tahun??]

[Sampai juga geng2 Kelantan di teratak buruk saya nie]

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Meriah sungguh no . Siap ada dj lagi no. Abang pit bila lagi? Junior dah langkah bendoi dah tu.Tak tercabarkah anda selaku seorang senior?????????????

Anonymous said...

apit xpa.. dia ada byk masa lagi.. apit mana gmbar pi kedai bratuq paling lama dalam dunia? RFC..

PelikBinAjaib said...

Sedang cari skrip dj majlis kahwin, kalau ada sharekan la sekali. Boleh saya gabungkan dengan teks pengacara kenduri kahwin lain. :)