[Pelajar Puteri yang bersemangat]
Di dalam menyampaikan mesej dakwah dan motivasi, para duat perlu memastikan diri mereka berada dalam lokaliti mad'u. Begitu juga di RK Training, Pendekatan Sekolah Beragama agak beerbeza dengan pendekatan yang digunakan di sekolah kementerian. Ini kerana, di sekolah kementerian pelbagai kaum, bangsa dan agama duduk belajar dan bersekolah bersama. Berlainan pula keadaan di sekolah agama. Saya sempat bersama dan luangkan masa bersama RK Training di Sekolah Hira, Jeram. Ini merupakan kali kedua kaki saya menjejaki bumi Hira.
Dalam kesempatan ini saya turut diamanahkan oleh konsultan kanan utk menguruskan satu sesi ice breaking. Beberapa tips yang dapat dikongsi sepanjang modul Pelajar Super diberikan:
Terdapat TIGA TAHAP PEMBELAJARAN yang perlu diketahui oleh para pelajar:-
1. Faham
Di dalam menjawab soalan peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran para pelajar perlu memahami subjek yang dibaca. Selepas memahaminya, barulah para pelajar bersedia untuk menguasainya.
2. Ingat
Selepas para pelajar memahami sesuatu tajuk dan pelajaran, barulah mereka mula melakukan aktiviti mengingat. Sekiranya mereka tidak menguatkan ingatan maka fakta yang dibaca dan diulangkaji akan hilang dan luput.
3. Jawab
Setelah melalui tahap Faham dan Ingat, maka strategi pembelajaran ini berpindah kepada proses untuk menjawab. Jawab perlu kepada kefahaman dalam menguasai subjek tertentu dan ingatan itu perlu diterjemahkan dalam bentuk jawaban.
Itulah sedikit sebanyak tips permulaan ringkasan yang disampaikan dalam modul Pelajar Super oleh Sdr Fadzli Yusof. Semoga keceriaan yang tergambar di kalangan para pelajar Sekolah Hira' terus gemilang. Selamat Maju Jaya Semua!!
No comments:
Post a Comment