"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 30, 2008

Setelah bergelar Graduan...

Alhamdullilah, semester lepas merupakan semester terakhir saya dalam pengajian utk jurusan Undang -Undang - 'Common Law'. Kini saya sudah bergelar sebagai graduan dan bakal menduduki utk Ijazah Kedua - Ijazah Syariah di universiti yang sama dan perkara yang sedang saya alami ialah pertanyaan yang bakal menyelubungi setiap manusia saya kira:-

[Hafizbad dah Konvo??]

a)Kalau habis belajar sekolah orang akan tanya-SPM gred apa?

b)Kalau habis keluar keputusan UPU orang akan tanya - Masuk U apa?

c)Kalau habis belajar universiti orang akan tanya - Keja apa?

d) Kalau sudah kerja orang akan tanya - Bila nak kahwin?

e)Kalau sudah kahwin org akan tanya - Bila nak dapat anak?

Tapi soalan yang popular saya kira dua sahaja. Pertama, nak kerja apa? dan Kedua, nak kahwin bila? Bagi saya semua ini rezeki Allah. Yang tentukannya Dia dan yang usahakannya kita. Kalau ada rezeki akan saya beri jawapan dua soalan bila saya habis belajar utk ijazah kedua ini.

Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada semua rakan di AIKOL yang sudah bergelar Graduan.

Tahniah juga kepada rakan2 yang berada di kulliyyah lain yang telah pun tamat pengajian.

Tahniah juga kpd adik saya-Haidar, yang telah pun tamatkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Mekanikal. Bulan 8 nie juga adik kedua saya, Kakngah akan tamatkan pengajian di UKM dalam jurusan Pembangunan Manusia. Kesimpulannya dalam family kami tiga beradik pakat dok konvo bersama tahun. Banyak juga duit mak bapak yang akan kami 'siatkan.'

[Bersama abgnya yang gitu2]


[Dart bersama rakan dan teman]

[Bersama bonda yang tersayang]

No comments: