"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 30, 2008

Bersama SMSS di UKM

[Bersama wakil pelajar SMSS di UKM]

Sehari yang sama masa tamat seminar di Lumut, saya sempat meluangkan masa bersama RK Training and Management berprogram di UKM (Kolej Pendeta Zaaba). Program tesebut melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor selama dua hari bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Saya sempat mengikuti panduan dan tips yang diberikan oleh Sdr. Fadzli Yusuf dan Sdr Amin Idris.

Seperti biasa, Sdr Abd Razak Muttalib merupakan Ice Breaker Man RK Training yang cemerlang. Banyak perkara yang sempat saya ikuti dan alami sendiri terutama apabila terpaksa 'handle' slot Games pada pagi selepas Subuh. Satu lagi perkara yang saya kagumi terhadap sekolah ini ialah, setiap 'batch' akan mempunyai nama tersendiri yang akan menggambarkan identiti mereka. Kepada batch 'Enigma', tahniah kerana anda semua berpeluang utk berjaya apabila bersama RK Training. Satu pengalaman menarik bersama pelajar genius Selangor.



[Abg Amin ketika serius dalam ceramahnya]

[Abg Razak, nampak tenang tapi mantap]

No comments: