"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 30, 2008

Selamat Bersidang wahai Ahli Parlimen...

[Pertemuan antara YAB PM dan DSAI-pagi tadi]

Hari ini merupakan hari pertama Parlimen bersidang secara rasmi. Saya sempat mengikuti persidangan Parlimen melalui siaran langsung RTM melalui internet dengan hanya melayari weblog saya. Apa yang menarik ialah isu teknikal berkaitan bilangan soalan lisan dan jumlah perkataan soalan tambahan dibangkitkan oleh Ahli PArlimen Jelutong, Karpal Sing yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP.

Disebabkan persoalan itu, maka pihak kerajaan hanya mampu menjawab tiga soalan dari pelbagai perkara yang dibangkitkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Nazri Aziz menyatakan bahawa pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan kerana Parlimen telah bersidang secara langsung melalui RTM.

Apapun alasan yang diberikan, sebagai rakyat bawahan kita mengimpikan sebuah perdebatan yang sihat dari kerajaan dan pembangkang. Ini bagi melahirkan sebuah kerajaan yang sihat dan menyanjung tinggi konsep demokrasi. Pembangkang juga diperlukan sebagai agen 'check and balance' dalam membantu kerajaan membantu rakyat.

Selamat Bersidang!!!

[Majlis angkat sumpah semalam oleh kerajaan dan pembangkang]

No comments: