"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, May 3, 2008

Takziah kepada Keluarga Pengasas Naza : Al Fatihah

[Arwah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin]

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amindi atas kehilangannya kerana meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.Allahyarham yang merupakan salah seorang ahli perniagaan Melayu terkaya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi Khamis waktu Los Angeles (1.15 pagi Jumaat waktu Malaysia).3

Antara kecemerlangan NAZA:

Allahyarham memulakan perniagaan automotifnya ketika berumur 21 tahun dengan modal RM80,000 yang dikumpul semasa bekerja dengan ayahnya dalam perniagaan pembinaan.

Dalam tempoh setahun sahaja, beliau membuat keuntungan berjuta. Sejak itu, Allahyarham mencipta kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan.

Kumpulan Naza ditubuhkan oleh Nasimuddin dengan sokongan keluarganya. Hari ini Kumpulan Naza mempunyai 14 cabang perniagaan, antaranya perdagangan kereta dan motosikal, pembuatan, kejuruteraan, perladangan, kredit dan pajakan, hartanah, operasi perhotelan, makanan serta agensi insurans.

Kumpulan itu juga merupakan pemegang francais di Malaysia untuk kenderaan Ferrari, Kia, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di samping turut memegang permit import bagi kenderaan Mercedes Benz dan Mazda.

Selain itu, Kumpulan Naza terlibat dalam pembangunan hartanah melalui Naza TTDI Sdn. Bhd. dan memiliki hotel di Malaysia dan Amerika Syarikat. Kumpulan Naza memiliki Hotel Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.



No comments: