Alhamdulillah, saya sempat untuk merakam detik2 bermakna melalui HP bagaimana kita melontarkan pandangan melalui Televisyen.
Dalam Rancangan Persepektif Kita terbitan Astro, saya telah sempat diberikan peluang sebanyak 3 kali untuk bercakap. Kali Pertama berkaitan dengan kriteria calon pilihanraya, kedua berkaitan Media dan ketiga berkaitan rebuttal media.
Semuanya berlaku dengan spontan dan alhamdullilah saya kira pandangan saya telah diterima oleh semua rakyat mampu berfikir secara terbuka berkaitan pilihanraya.
Isi saya yang pertama berkaitan kriteria calon yang perlu ada sebanyak 3 iaitu idealisme, intelektualisme, dan aktivisme. asya akhiri pandangan saya dengan 'quatation' Plato yang berbunyi "Think Globally, Act Locally."
Isi saya yang kedua berkaitan dengan Fair Media, sekiranya calon - calon tidak diberikan peluang yang adil dan saksama melalui media terutama perdana bagaimana mereka boleh disokong rakyat. Hanya parti dan calon2 tertentu sahaja yang dibenarkan maka tidak wujudlah 'fair media' ketika pilihanraya.
isi Ketiga pula berbunyi 'rebuttal' kepada 'point' Moderator, Saudara Suhaimi Sulaiman yang mengatakan calon perlu kreatif dalam berkempen terutama melalui internet jika tidak diberi laluan media perdana. Persoalan yang sempat saya lontarkan adakah semua penduduk kampung ada 'access internet'?
Tepuk Dada, Tanya Selera
No comments:
Post a Comment