Sudah beberapa hari blog ini tidak dapat di'upadate'kan gara - gara beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Pada hari Jumaat lepas, disebelah paginya saya terpaksa bergegas ke Mahkamah Majistret utk membuat pengamatan kes melalui Assignment Law of Evidence.
Sebelum hari Jumaat, Family sampai dan kena sambut depa dan bawa tidur di rumah paktek di Puchong. Petang Jumaat bergegas plak utk bersiap hantar pengantin ke majlis akad nikah. Pagi Sabtu ada ujian bertulis Polis yang perlu kuhadiri dan tgh ari itulah saya mendapat arahan untuk menjadi pengapit pengantin lelaki. Terpaksalah saya ponteng latihan kawad yang selalu diadakan.
Di bawah adalah rantaian kenangan manis majlis tersebut. Semoga Pak Shidin dan isteri bahagia selamanya.
Selamat Pengantin Baru!!
Bilalah waktu aku ni ???
[ Malam Sabtu sahlah Pakcik Shidin sebagai suami orang]
[Bersama famili pengantin lelaki - Saya sepupu yang paling tua kat di sana-malam akad nikah]
[Pengapit Pengantin Lelaki yang setia :)]
[Macam - macam pantang larang orang tua - payung pengapit kena bagi seiring]
[Bagaikan Majlis Santapan Diraja]
[Semua sanak saudara di Majlis Pernikahan]
No comments:
Post a Comment