"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, January 4, 2008

Tahun Baru 2008

Salam Kemahasiswaan,

Dah lama rasanya menyepi kerana kesibukan masa yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya sempat jugak utk menulis sedikit entry ini. Sedar atau tidak, kini kita telah melangkah ke tahun yang baru iaitu 2008. Tahun yang bakal menyingkapkan pelbagai sejarah sama ada gembira ataupun resah buat seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini bakal menyaksikan pilihanraya umum yang bakal dilaksanakan pada atau sebelum April ini. Pelbagai teka - teki dan teka tekuk dimainkan rakyat tentang PRU namun Pak Lah tetapi membisu seribu bahasa sambil berkata,"tak ada ilham lagi".

Tirai tahun 2008 dimulai dengan penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia kerana terlibat dengan skandal seks pada dua tahun yang lalu. Beliau bertindak demikian (meletak jawatan) disebabkan untuk menjaga nama baik parti. Tetapi tindakan beliau bertentangan dengan kenyataannya yang pada mulanya enggan melepaskan jawatan parti dan kerajaan. Namun sebagai 'common practice' mereka yang enggan berbuat demikian bakal berhadapan pemecatan. Perkara tersebut pernah berlaku ketika DSAI dituduh atas nama seks dan rasuah. Walaubagaimanapun ramai yang beranggapan itu adalah percaturan politik dari mereka yang tidak berpuas hati dengannya apabila klip itu banyak diedarkan dikawasan dun beliau. Hakikatnya beliau tetap mengaku salah kerana berbuat demikian.

Perkembangan tahun baru juga disusuli dengan rasa tidak puas hati rakyat marhaen terhadap yuran sekolah yang dikenakan. Walaupun kerajaan telah berikrar bahawa mereka menjadikan kebajikan rakyat sebagai misi nombor satu namun tindak tanduk mereka seakan melepaskan batuk di tangga. Pancingan mereka tidak mengena apabila mereka sering melolong tentang penghapusan yuran sekolah yang diumumkan pada bajet 2008 yang lalu. Maka sekonyong2nya rakyat yang sempat mukanya masuk TV memuja muji kerajaan yang katanya adil, berhikmah dan murah hati menghapuskan yuran sekolah. Sedangkan secara faktanya yuran tersebut hanya RM6 sahaja. Inilah masalah rakyat yang mudah lupa. Maka rakyat kini dibebani dengan yuran PIBG, yuran insuran, yuran koko, yuran kelas tambahan dan macam2 yuran lagi.

Rakyat kini sedang menanti musibah kedua yang bakal melanda iaitu kenaikan harga minyak dan harga tol. Minyak dikatakan bakal naik sekitar awal tahun ini atau pertengahannya kerana struktur ekonomi semasa dunia tidak seimbang. Oleh itu, sifir politik kerajaan semakin jatuh merudum apabila mereka gagal memimpin negara dengan mengutamakan sistem kronisme dan salahguna kuasa.

Apa sekalipun dikala tahun baru ini, kepentingan azam yang baru perlu diawlakan. Sebagai mahasiswa kita kini perlu berazam kearah memperbaiki diri, akademik dan hubungan kita dengan Sang Pencipta. Tohmahan dan serangan telahpun diberikan tetang sambutan baru tahun ini. Walaupun ada yang mengatakan sambutan ini tidak harus dirayakan oleh orang ISlam kerana ia mula diperkenalkan oleh Kristian namun kita sepatutnya ada cara tersendiri meraikaannya. Jgn terus membuta tuli dengan berkata itu dan ini haram seakan menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang HALAL dan HARAM semata. Sambutan tahun baru boleh diraikan dengan membuat azam baru dan solat taubat serta kenduri kesyukuran dan bukannya hanya mempunyai 'mind block' tentang menari, seks dan sebagainya.

No comments: