"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, January 11, 2008

Pengalaman Katering Yang Menyeronokkan...

[Daging kambing bakar dicicah dengan black pepper]

Setelah mula 'bersara sepenuh masa' dalam bidang organisasi, maka kini visi dan misiku tertumpu pada perniagaan atau bisnes yang menjadi kegilaan ramai muda belia seusia kita. Pelbagai bisnes telah kuranduk demi mencari setitis rezeki Allah Yang Esa. Antara bisnes yang berjaya aku 'running':-

1. Menjual Prepaid
2. Menjual Handphone
3. Membuat Katering
4. Menjual Perfume
5. Kereta Sewa
6. Part Time Computer Lab Assistant
7. Bisnes Rencam dll

Setelah melalui pelbagai proses dan tarbiyah serta jihad ekonomi maka barulah diri yang faqir ini mengetahui betapa susahnya nak mengeajar semangkuk dua rezeki Allah. Masya Allah. Benarlah apa yang dikatakan nabi bahawa perniagaan adalah 9/10 rezeki di atas muka bumi yang terbentang luas. Dengan hasil usaha yang gigih dan tak mengenal erti letih, saya berjaya 'maintain' 'profit' atau 'ar ribhu' sepanjang penglibatan ini. Duit yang berjaya dicari adakalanya disimpan dan adakalanya digunakan utk wat 'research artikel' sebagai penulis bebas atau 'freelance writer'.

Pengalaman Bekerja


Perkara paling menarik utk dikongsi bersama ketika berbisnes ialah apabila saya bekerja sebagai 'waiter' dalam satu 'function' yang melibatkan 'international participants'. Mana tidak cuaknya dengan berbaju serba putih dan hitam kini (ketika itu), hafizbad bukan berdiri sebagai pengarah program, ex officio mahupun sebagai urusetia program tetapi berdirinya hafizbad sebagai pekerja 'kasta bawahan' (maaf terpaksa sebut). terpaksa melayan tetamu kehormat yang menghadiri program di ISTAC (Institut Ketamadunan Islam).


[Roti Nan yang sudah dibungkus utk dimakan dibilik]

Alhamdullilah perkara pertama yang perlu saya lalui ialah dengan mengangkat dan memindah ayam2 ke dalam trail utk buffet. Itu hanyalah kerja mudah. Instruction seterusnya ialah menjaga ABC (Air Batu Campur) atau dalam dialek Sg Petani, Ais Kacang. Mak oi tak pernah2nya buat ais kacang malam tu, terpaksalah menyerah diri sebulat2nya pada Allah utk memahirkan diri saya nie memegang ais dan mengisi 'bahan' ABC.

"Saya rasa kos awak nie, kos membuat ais kacang kot!!" terus jer dia ketawakan saya.

sambil kami (saya dan kawan,Mudin) buat ais kacang itu, kami dihiburkan dengan persembahan ghazal dari wakil Malaysia. Merdu sungguh suara mereka itu dan petah betul gaya dan rentak yang dipalu. Datang dua foreigner minta ABC kat kami. Apa lagi, kami pun taram jer sebab orang asing bukan tahu rasa sebenar ais kacang. Tapi bila kami buat utk orang Malaysia, orang yang tadi datang kali pertama terus jer datang kali kedua. Ingatkan nak ucap kata sedap tapi datang utk minta ais kosong sahaja tanpa perlu diisi 'bahan'. bila ditanya kenapa, dia bingkas menjawab, "Manis sangat ABC ni..." Saya dan Mudin terus tersenyum. Maklumlah kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Selepas pada itu, setelah dua tiga jam berhempas pulas di situ maka kami pun menjadi mahir dan mampu membuat ais kacang setanding KLCC.

Penghinaan

Bila menyebut mencari rezeki, maka apa yang kita bayangkan adalah rezeki yang halal. Maka keberkatan akan diberikan kepada mereka yang mencari rezeki yang halal oleh Allah s.w.t. Namun kadangkala mereka yang bertungkus lumus mencari rezeki ini utk sesuap nasi ditertawakan malah dihina oleh mereka yang kononnya bangga atas nama pangkat dan darjat. Pengalaman penghinaan ini pernah kurasa tika membuat katering ini. Bayangkan bila datang dua orang yang kononnya VIP bertanya, "buat part time ker full time katering?" Saya terus menjawab dengan berkata kerja ini hanyalah part time.

Lalu ditanya lagi, "abis tu kerja apa?" Dengan penuh rasa rendah diri, memberanikan diri saya menjawab, "belajar lagi..." VIP tadi tengok saya dan berkata lagi, "Belajar? Kos apa?" Lalu, saya dengan niat mahu meneruskan dialog menjadi menarik terus mengajak dia meneka kos saya. Apa lagi, VIP tadi dengan selamba berkata, "Saya rasa kos awak nie, kos membuat ais kacang kot!!" terus jer dia ketawakan saya. Hati ini panas membara, tahulah malam itu dia berbaju batik dan saya berbaju 'black n white' atau dengan mudah bahasa berpakaian pekerja. Namun disebabkan malam itu saya bekerja sebagai orang bawahan, saya redha dengan kata - katanya. Mungkin, beliau sekadar berjenaka dan tidak serius ucapan tadi. Namun tampak kemut wajahnya dapat kubaca kata2ya mahu menyinggung perasaan sang pekerja ini.

Dengan penuh rendah hati, saya membalas dengan berkata, "Saya pelajar tahun akhir fakulti undang2." VIP tadi yang gelak sakan terus senyap dan tidak berkata apa apabila mendengar yang saya masih lagi dalam pengajian dan bakal bergelar peguam pada suatu hari nanti, I'allah. Beliau kemudian berlalu pergi dalam keadaan sengap.

Ibrah dan Pengajaran

Kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan weblog ini, ingin saya berpesan pada diri saya dan semua agar kita jangan mudah membuat 'prejudgment' atau 'jump into conclusion.' Kekadang orang yang disangka miskin dan tidak berpelajaran, mereka itulah hebat dan 'kemas ' dari diri kita. Mungkin saya ini bekerja sambilan sebagai katering tetapi jangan ktia pandang hina mereka yang berkerja sebagai orang bawahan ini. Kita takut Allah dengan mudah menjatuhkan kita kerana bongkak dan riya'nya kita. Nauzubillah.

Apa pun paling penting pelbagai pengalaman dan pengarajan yang saya dapati sepanjang pekerjaan saya. Di sana ramai 'kawan baru' yang memegang post yang sama seperti saya iaitu pekerja merupakan penjawat awam iaitu tentera. Kata mereka, tujuan bekerja katering adalah sebagai satu usaha dan tabung mereka utk menampung perbelanjaan pada masa akan datang. Mereka menambah dengan memaklumkan yang had bekerja dikenakan kepada tentera utk hanya berkhidmat selama 3o tahun amat menyusahkan. Bayangkan kalau mereka bekerja sebagai tentera pada usia 20 tahun dan mereka akan pencen pada usia 50 tahun, iaitu lima tahun awal dari persaraan wajib penjawat awam. Kesiankan.?Yang penting malam tu, kami berjaya bawa balik semua menu function itu antara lain kambing bakar, ayam tandori, ayam golek dll. raya sakan dibilik. Itulah pengalaman yang dikatakan sbg 'sambil menyelam minum air.'

[Ikan Merah digoreng hancur]

2 comments:

KET said...

Assalamualaikum,

Bila dah start bagi komen ni,rasa best plak...Sabaq apit...sabar itu subur...tak sabar masuk kubur..(macamla aku sbar sgt)
Pada pendapat anala kan,enta sheikh mungkin masih belum bersedia menerima cubaan dan dugaan yg akan enta hadapi untuk menjadi katerer......sebab enta mungkin terlalu lama berada di atas,sebagai pemimpin..walaupun hakikatnya ana tau enta berjiwa rakyat..ats sebab tu jugak enta mungkin terasa hati skit ats Perlian VIP tu.
Jadikan pengalaman diejek dan diperli tu sebagai satu pengalaman yg manis..Ana juga tertarik ngan kata2 enta,org yang jadi katerer maybe lebih hebat dari kita...ana pernah jugak rasa semua benda tu...dipandang hinala bila buat gheja2 cikai...cuma takdakla pi publish kat blog(blog pun baru buat).
Apapun,ana rasa ini satu permulaan yg cukup baik untuk enta dan bakal adik ipar enta tu(tok mudim),untuk terus berkecimpung dalam bidang katering dan ais kacang.
Sajian yg ditunjukkan cukup untuk membuatkan air liurku melelleh..len kali ajak aku skali,ingat makan ingat shakir.
Kalu ada lubang2 kerja yg enta rasa secocok untuk ana,bagitaula yer..ana pun nak kumpul duit jugak,nak kawin macam hang jugak..
Akhir kata,i'm proud of you..(jgn nak kembang)u are my friend..pastu,mintak maafla kalu tulisan aku mengguris hati dan paru2mu,aku tak reti menulis..hanya reti menaip didalm blog.

hafizbad said...

tekaan dan telahan ket memang tepat. tak sangka nta memang hebat..
tak pa lepas nie kalau ada katering ana panggil nta utk jaga n buat roti nan dan ayam tandori..
Mau ka??
Kalau mau jgn lupa sms dan hantarkan Vote jarak hafizbad jarak katering ke 336644 tekan2 tak dapat..huhu..