"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, September 14, 2007

Kenyataan Akhbar : Selebriti Muda Terkenal Dituntut Mohon Maaf

Kelab Ma’ruf memandang serius terhadap satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang selebriti muda terkenal yang sering terlibat dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Kenyataan beliau berkaitan fotonya dalam adegan bercumbuan di Pulau Bali yang tersebar dalam internet dan dilaporkan oleh media perdana baru – baru ini amat dikesali apabila beliau mengakui kejadian itu dan menyifatkan sebagai cumbuan yang penuh bermakna dengan disertai perasaan. Walaupun beliau menyatakan bahawa keadaan itu terjadi dengan kebetulan dan bukan sekadar suka – suka namun ia menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara kita.

Seharusnya kita mempunyai fikiran yang jelas bahawa tindakan sedemikian adalah terlarang dan bakal memberikan fitnah yang besar terhadap Islam. Bahkan kenyataan dan tindakan beliau akan mempengaruhi remaja dan menggalakan mereka terhadap aktiviti sosial yang bebas dan tidak terbatas tanpa menghiraukan adat dan budaya ketimuran. Sesungguhnya beliau perlu memahami bahawa sebagai seorang idola remaja (public figure), beliau perlu mempunyai adab dan sopan selaras kehendak agama agar dapat dicontohi belia dan remaja kita.

Justeru, Kelab Ma’ruf mengharap beliau agar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam di Malaysia. Selain itu, beliau juga perlu menyesali dan tidak akan mengulanginya lagi demi kepentingan akidah dan ketinggian Islam. Semoga Allah memberi hidayah dan maghfirah kepada beliau dan kita semua.
Sekian, terima kasih.


Muhammad Hafiz bin Badarulzaman
Timb. Presiden 1
Kelab Ma’ruf
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

No comments: