Semoga terus cemerlang dalam organisasi anda! Mungkin itu kalimah yang mampu saya lemparkan khas buat teman-teman di Kolej Universiti Islam Kedah (KUIN) atas penganjuran program Ad Hoc Training Course (ATC) bertempat di Bukit Tembaga Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Kehadiran saya sebagai menggantikan tempat Ustaz Izzat Amin yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab urusan rasmi POLIMAS.
Jazakallah kheir saya ucapkan kepada Ustaz Izzat atas kepercayaannya kepada saya dan terima kasih juga buat semua penganjur yang sudi menjemput utk perkongsian pada malam tersebut.
Pada malam tersebut, saya sempat berkongsi beberapa tips tentang kaedah untuk membuat pembentangan dan pengajaran berkesan dalam organisasi. Objektif pengajaran berkesan ini ialah untuk memudahkan ahlijawatankuasa memahami tugasan dan gerak kerja serta matlamat yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi apabila disampaikan oleh seorang ketua atau presiden.
Terdapat Tiga Kategori Pembentangan yang diamalkan di sekeliling kita. Kategori pembentangan ini dinilai melalui penggunaan optimum otak kita. Sedar atau tidak otak kita mempengaruhi cara penyampaian dan pembentangan kita. Tiga Kategori tersebut ialah:
1.Pembentangan Menggunakan Otak Kiri
Pembentangan ini dikenali sebagai pembentangan infomatif. Selalunya penggunaan otak kiri adalah untuk merangsang fakta, nombor, perkataan, ayat dan sebagainya yang bersifat logik. Aplikasi pembentangan ini banyak digunapakai dalam syarahan dan seminar. Sekiranya pembentang membentangkan dengan nada yang monotone berserta slaid yang banyak tulisan dan nombor sudah pasti audien akan berasa agak tertekan dan susah memahami pembentangan tersebut. Audien mudah menjadi bosan dan mengantuk. Nasihat saya ialah elakkan menggunakan teknik ini kerana ia seolah-olah menggambarkan anda syok sendiri!
2.Pembentangan Menggunakan Otak Kanan
Otak kanan berfungsi membawa imaginasi, warna, gambar dan sebagainya yang bersifat kreatif. Oleh kerana itu selalunya pembentangan yang hanya fokus kepada pengggunaan otak kanan lebih menjurus ke arah humor. Penggunaan yang optimum pada otak kanan menyebabkan audien berasa selesa dan seronok mengikuti pembentangan kerana banyak diselitkan unsur lawak dan jenaka. Namun begitu, kajian menunjukkan apabila audien pulang ke rumah mereka hanya memperolehi lawak dan jenaka sahaja kerana mereka tidak fokus kepada maksud atau substance yang disampaikan pembentang. Kalau anda tidak percaya, cuba anda tonton drama atau pertandingan realiti tv. Rancangan-rancangan iniberjaya menghiburkan anda tetapi anda tidak ingat mesej yang disampaikan.
Melalui penggunaan yang optimum pada kedua-dua belah hemisfera otak mampu merangsang rasa selesa kepada audien di samping mereka memperolehi sesuatu apabila pulang ke rumah. Hal ini terjadi apabila terdapat sinergi antara faktor logik dan kreatif yang membawa kepada pengaruh fakta, warna, nombor, gambar dan sebagainya.
Contoh terbaik kepada pembentangan ini ialah Bengkel Motivasi. Pembentangan di dalam bengkel ini akan membawa fakta-fakta menarik yang dihiasi pelbagai warna dan gambar. Oleh itu, kita tidak hairan apabila audien mengikuti bengkel tersebut maka audien menjadi ceria kerana isi, maksud dan substance yang disampaikan tepat merangsang otak dan sikap audien. Kaedah ini lebih selamat untuk memastikan bahawa audien menerima mesej pembentang dengan jelas.
Ini merupakan antara tips yang disampaikan dalam bengkel tersebut. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, biiznillah.
[Peserta Putri yang terpilih]
[Ramai peserta putra tidak hadir kerana masih bercuti]
No comments:
Post a Comment