"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, March 21, 2010

Muslim Professional Seminar 2010



Pada 21 Februari 2010 yang lalu, saya telah dijemput untuk berkongsi bersama dengan para pelajar UIAM tentang satu tajuk yang penting iaitu Strategi Dalam Berdakwah. Program yang dianjurkan bersama oleh Engenius Society dan Archimic SOciety itu berlangsung di Semianr Room di Kulliyyah of Engineering , UIAM. Peserta rata - ratanya merupakan para pelajar yang giat dalam kedua - dua persatuan.

Saya telah berkongsi beberapa perkara asas. Antaranya ialah:

1. Pensyariatan Dakwah
2. Penderitaan Sejarah Duat
3. Penderitaan Duat Moden
4. Teknik dan Taktik Dakwah
5. Bekalan dan Cabaran Daie

Secara konklusinya, manhaj dan turuq yang perlu dilaksanakan oleh seorang daie mahupun duat ialah dengan berdiri di atas waqi' (situasi) masing - masing. Adakalanya kita perlu bertegas dalam berdakwah, adakalanya kita perlu mesra dan berkasih sayang dan tiada selamanya untuk kita menutup pintu dakwah. Lembaran kejayaan dakwah para duat lampau dan moden perlu dijadikan ibrah, istifadah dan iktibar. Ingatlah, kita adalah mata rantai pejuang. Kita bukanlah yang memulakan dan kita bukanlah orang yang mengakhirkan perjuangan!

No comments: