"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Menjelma Lagi Bersama SUKSIS USIM

[Ketika berkongsi peringatan di Dewan Fakulti Syariah dan Undang - Undang]

Pada dua minggu yang lalu, saya telah dijemput oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) USIM untuk berkongsi sedikit pengisian berkaitan Ramadhan. Kehadiran seramai hampir 170 orang anggota mengingatkan kembali nostalgia saya di bangku universiti ketika bersama-sama dalam pasukan beruniform ini. Saya turut teruja apabila di akhir perkongsian saya,Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin bin Dollah selaku Komandan Kor SUKSIS USIM merangkap Timbalan Naib Canselor USIM sudi untuk menyampaikan cenderahati dari USIM kepada saya.

Tajuk yang diberikan kepada saya pun agak menarik iaitu Ramadhan Kembali Lagi. Mari kita imbas bersama sepotong hadis yang sahih dan mashyur tentang Ramadhan yang telah kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Mafhumnya:

"Di awalnya Rahmah, di pertengahannya Maghfirah dan di akhirnya Pembebasan Api Neraka."


Hadis ini jelas menunjukkan bahawa di bulan Ramadhan Allah telah membahagikan kelebihannya-kelebihannya melalui tiga fasa atau tiga zon.

Fasa Pertama: Rahmat

Anda pasti akan terkejut bahawa inilah satu-satunya bulan yang diberikan Rahmah. Allah bersumpah dan berjanji akan dikurniakan segala kelebihan dan rahmah di dalam bulan Ramadhan terutama fasa yang pertama ini.

Maknanya di bulan lain Allah tidaklah sehingga bersumpah dan berjanji seperti ini di bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain. Sepertimana yang terdapat dalam mafhum hadis Sahih:

Sesungguhnya telah terbuka 7 pintu syurga, ditutup 7 pintu neraka, para syaitan diikat dan dibelengu. Barangsiapa yang tidak mendapatkan rahmat Allah maka sesungguhnya dia pada hakikatnya tidak mendapat rahmat Allah.

Peringatan ini jelas kepada kita bahawa tuntutan yang berada di bulan Ramadhan ialah untuk mendapatkan rahmat Allah agar kita menjadi hamba yang bertakwa.

Fasa Kedua: Maghfirah Allah

Adalah digalakkan apabila berada dalam sepuluh hari di pertengahan Ramadhan disunatkkan utk kita terus memohon keampunan Allah. Inilah yang dimaksudkan sebagai Maghfirah. Kita disunatkan agar banyak beriktikaf di masjid memohon keampunan Allah dan dalam masa yang sama kita mengimarahkan masjid dengan membaca Al Quran. Allah berfirman dalam surah At Taubah:

Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.

Oleh itu, orang yang beriman ialah mereka yang mengimarahkan masjid. Keimanan mereka akan bertambah apabila mereka mengimarahkannya di bulan yang mulia ini dengan tujuan memohon keampunan Allah.

Fasa Ketiga: Pembebasan Api Neraka

Adakah anda mengetahui bahawa anda layak memasuki syurga Allah? Ataupun anda berani menjamin diri anda tidak masuk ke neraka?Marilah sama2 kita imarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini agar diberikan jaminan Allah utk terlepas dari seksaan api neraka. Setelah kita melalui dua fasa terawal, inilah janji yang paling besar yang akan Allah berikan kepada hambanya yang bersyukur.

Allah berfirman di dalam surah Ibrahim yang membuktikan bahawa neraka itu suatu tempat yang padanya azab yang pedih. FirmanNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Itulah janji Tuhan pada mereka yang tidak bersyukur. Oleh itu, bulan Ramadhan ialah bulan yang terbaik untuk bersyukur, di samping untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus dalam Neraka. Inilah sebenar2 janji dari Allah.

Marilah sama2 kita berdoa agar Allah menetapkan keimanan dan ketakwaan kita. Kita juga berdoa agarAllah memberikan peluang untuk kita bertemu Ramadhan yang akan datang dan bukanlah ini menjadi Ramadhan terakhir kita. Tahniah saya ucapkan kepada SUKSIS USIM kerana berjaya mengimarahkan Ramadhan dengan menganjurkan Kuliah Ramadhan setiap minggu bagi menggantikan kawad latihan sempena menghormati bulan Ramadhan. Semoga bertemu lagi di ruangan nanti.

3 comments:

ariff said...

assalamu3alaikum.

"Di awalnya Rahmah, di pertengahannya Maghfirah dan di akhirnya Pembebasan Api Neraka."

hadith tersebut kalau anta khabarkan sebagai masyhur, ana setuju. tapi kalau anta katakan ianya sahih. maka perlu dikaji semula.

matan asal;

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

dikeluarkan oleh beberapa muhaddith dalam kitab mereka seperti; syu3abu al-iman oleh al-baihaqi, ibnu khuzaimah dalam sahih ibnu khuzaimah, dan al-munziri dalam al-targhib wa al-tarhib.

namun, beberapa muhaddith telah menghukum hadith ini sebagai dhai'if, malahan mungkar. kerana wujudnya kecacatan pada sanadnya.

ibnu hajar al-asqalani memberitakan bahawa wujudnya perawi yang dhaif; antaranya yusuf bin ziyad.

al-iraqi dalam takhrij al-ihya2 memberitahu ianya dhaif.

al-albani dalam silsilah al-dhaifah mengatakannya sebagai munkarul hadith.

Hafizbad said...

Jazakallah atas peringatan...

Anonymous said...

Ana pernah ajukan kepada kawan-kawan yang dah dapat master dalam bidang hadis berkaitan hadis ni.. mereka mengatakan hadis ini masih tetap hadis tetapi tarafnya adalah yang paling rendah jika dibincangkan tentang tingkatan hadis... oleh itu selagi ia bernama hadis maka kita tak boleh menolaknya...kecuali hadis maudhuk... wallahu a'lam,